TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, February 9, 2016

Tips Bercuti @ Cameron Highlands 13

# Aktiviti riadah mendaki Gunung Jasar yang santai. Macam daki Bukit Broga sahaja. 
Sambungan TIPS bercuti di sini saya akan kongsikan sedikit lagi..

TIPS 61: Masih berkisar kawasan meletak kereta di Kea Farm. Anda boleh meletak kereta dibahagian bawah yang khas secara percuma.

Caranya anda perlu memandu ke laluan masuk Kea Farm untuk ke Rose Centre dan pada penghujung gerai terdapat papan tanda arah kawasan meletak kereta secara percuma.

Tips di sini, anda boleh menurunkan dahulu keluarga anda sebelum anda meletakkan kereta di sana kerana terletak di bahagian bawah.

Lebih selamat dan tidak menganggu lalulintas.

Jadilah pengunjung yang bijak dan bertimbang rasa.

TIPS 62 ; Masih lagi kawasan meletak kereta secara percuma di Kea Farm iaitu di kawasan laluan Masuk ke Hotel Copthorne.

Bukan kawasan letak kereta hotel ini tetapi terdapat parking bertingkat awam dibawah gerai-gerai di laluan masuk ke hotel ini.

Cari Natasya Resort Reception untuk mencari laluan masuk.

Mungkin agak jauh dari kawasan membeli Belah Kea Farm tetapi lebih selamat dan tidak menganggu lalulintas dan ianya percuma.

Jadi turunkan keluarga anda di sekitar Kea Farm dan anda boleh memandu ke kawasan letak kereta bertingkat ini untuk meletakan kenderaan anda.

Jadilah pelancong yang bijak dan bertimbang rasa....

Terima kasih didahulukan...

TIPS 63: Tips untuk melakukan kegiatan riadah yang tidak terlalu ekstrem. Pertama bagaimana kalau anda melakukan pendakian ke Puncak Gunung Jasar seawal pagi untuk melihat matahari terbit.

Trek pendakian ini amat ringkas dan mudah untuk dicuba oleh anda. Lakukan seawal pagi yang boleh ke puncak gunung ini yang mengambil masa sekitar sejam setengah untuk pendaki amatur.

Namun bersedialah dengan pakaian dan kasut yang bersesuaian untuk melakukan pendakian ini dan lakukan secara santai.

Maklumkan kepada pemilik hotel dan tempat penginapan anda yang anda akan melakukan aktiviti ini sebagai langkah keselamatan kelak.

Catatan awal saya mengenai pendakian ini di sini dan di sini juga.

TIPS 64 : Tips untuk melakukan kegiatan riadah yang tidak terlalu ekstrem saya teruskan dengan melalui denai yang ringkas seperti di denai no 4 ke Parit Fall.

Jika anda menginap di Hotel Century Pines atau Kampung Taman Sedia, anda boleh memanfaatkan kawasan ini kerana ianya hampir dengan lokasi penginapan anda.

Lakukan secara santai di awal pagi untuk menghirup udara yang segar.

Pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian. Maklumkan kepada pemilik hotel dan tempat penginapan anda yang anda akan melakukan aktiviti ini sebagai langkah keselamatan kelak.

Catatan awal saya mengenai aktiviti ini boleh di sini dan di sini..

TIPS 65: Tips untuk melakukan kegiatan riadah yang tidak terlalu ekstrem saya teruskan lagi dan kali ini saya menyarankan anda ke Robinson Fall.

Cuma untuk peringatan awal, bukanlah menarik sangat pun ke sana dengan kemudahan dan pemandangan yang tidaklah memukau.

Apa yang boleh dilakukan adalah bersantai melalui denai yang disediakan dengan sedikit cabaran mudah untuk anda dan anak-anak anda.

Ini adalah untuk mereka yang mencari kelainan berkunjung ke sini.

Agak rugi sebenarnya Robinson Fall ini mendapatkan rating yang tinggi untuk dikunjungi oleh golongan Back Packer dari seluruh dunia.

Maka tidak hairanlah anda akan sentiasa berselisih dengan pelancong asing yang ingin ke sini bukan kerana mereka tahu secara kebetulan tetapi berdasarkan panduan backpacker.

Saya pernah beberapa kali membuat cadangan kepada pihak berwajib untuk menaiktaraf kawasan ini supaya ianya tidak sekadar 'indah khabar dari rupa' sangat.

Namun bagi anda yang inginkan cabaran santai, boleh memilih untuk ke sini.

Catatan awal telah saya kongsikan dahulu di SINI dan juga di SINI

Tak cukup lagi ? ...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock