Catatan seterusnya masih lagi tambahan tips-tips yang mungkin berkaitan dengan percutian di Cameron Highlands dari kaca mata dan tangan saya semata-mata.
Kalau ada yang boleh dipakai, pakailah .. kalau tak ada abaikan sahaja...
Kemaskini 5 Februari 2015 ... Saya sambung kembali tips ke Bercuti di Cameron Highlands.
Kali ini 5 tips seterusnya adalah berkenaan dengan melakukan aktiviti atau mencari sisi yang berbeza.
Tips 31 : Bagi yang sudah sering ke Cameron Highlands, melakukan aktiviti atau ke tempat yang sama mungkin sedikit membosankan terutama kepada anak-anak. Jadi apa kata anda lakukan aktiviti yang sedikit berbeza untuk kunjungan yang seterusnya.
Pertama yang mungkin boleh menjadi pilihan adalah pergi ke lokasi kebun yang terbuka seperti water crest farm, kebun bunga dan kebun sayur yang mudah dikunjungi di tepi jalan.
Kata kuncinya adalah BERHENTI ketika melalui kawasan ini. SINGGAH dan terokai kelainan yang ada di sana tetapi perlu diingat dapatkan keizinan jika perlu dari pemiliknya.
Jangan pakai redah aje pula. Saya pernah membuat catatan mencari sisi yang berbeza ini seperti di dalam catatan di SINI.
Tips 32: Tips seterusnya untuk mencari kelainan dalam kunjungan anda adalah melawat perkampungan orang asli yang terdapat sekitar Cameron Highlands ini.
Tujuannya adalah untuk melihat sendiri perbezaan budaya yang diamalkan.
Cuma memerlukan keberanian dan keramahan anda untuk singgah dan mendekati mereka di perkampungan yang terdapat di sepanjang laluan ke Cameron Highlands.
Mereka mungkin sedikit pasif atau tidak mesra pada awalnya tetapi percayalah anda boleh mengenali mereka dengan lebih lanjut.
Saya pernah membuat catatan tips untuk ke perkampungan orang asli di SINI .
Ada cara yang lebih mudah untuk anda ke sana iaitu dengan mengambil pakej kembara yang disediakan hampir ke semua agen perlancongan tempatan di Tanah Rata dan Brinchang.
Tips 33 : Tips mencari kelainan seterusnya adalah aktiviti PERKHEMAHAN berbanding dengan memilih untuk menginap di hotel dan apartment percutian.
Namun perlu mencari kesesuaian ahli rombangan anda seperti tiada golongan warga emas dan bayi serta yang kurang sihat.
Pastinya cabaran dalam kelainan sebegini memberikan anda sesuatu pengalaman yang sukar diperolehi dengan lebih santai dan dekat dengan alam.
Catatan untuk melakukan aktiviti ini pernah saya kongsikan dalam catatan awal saya di SINI.
Tips 34: Tips mencari kelainan seterusnya adalah melakukan aktiviti yang semakin popular iaitu BERBASIKAL.
Mudah untuk dilakukan dengan pelbagai pelan kayuhan yang bersesuaian boleh anda lakukan baik secara individu ataupun berkumpulan.
Yang terbaik lakukan secara santai sehaja tanpa perlu mendesak ke tahap yang mencabar.
Saya pernah berkongsikan catatan awal di SINI dan aktiviti berbasikal tempatan turut dipelopori oleh CAMERON RIDERS .
Tips 35: Tips mencari sisi yang berbeza yang seterusnya dalah melibatkan diri dengan aktiviti mencabar seperti mendaki gunung dan mencuba denai denai kembara yang terdapat di Cameron Highlands.
Bangun seawal pagi untuk melihat matahari terbit di beberapa lokasi pilihan dan terbaik jugak boleh dilakukan dengan mudah.
Lebih mudah anda kunjungi sahaja selepas itu puncak Gunung Brinchang yang boleh dikungjungi dengan menaiki kereta ke puncaknya.
Singgah sebentar di Mossy Forest atau hutan lumut yang terdapat di dalam laluannya.
Catatan saya terdahulu boleh dilihat di SINI .
Saya selalu menasihatkan rakan-rakan yang sering singgah di Cameron Highlands untuk melakukan aktiviti sebegini kerana sangat berbaloi untuk dilakukan dalam kunjungan yang kedua atau ketiga...
Untuk tips seterusnya ... apakah topiknya... saya pun tak tahu lagi...
No comments:
Post a Comment