TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, February 4, 2016

Tips Bercuti @ Cameron Highlands .. 5

# Pekerja Bangladesh di salah satu kebun Sayur di Cameron Highlands....
Apa nak tulis lagi ya... tapi saya nak buang cuti tahun baru cina sebab tips ini rasanya sepanjang masa boleh dipertimbangkan.. 

Tips apa lagi ... mmmm ... ooooo bab shopping belum masuk lagi .. jom tengok apa yang ada .. anda fikir-fikirkan ya... betul ke tidak... 

Tips 21: Kalau nak membeli belah hampir 95% urusniaga di Cameron Highlands adalah dalam bentuk TUNAI dan hanya sedikit outlet sahaja yang menerima kredit card seperti Hotel dan restoren yang besar.  Jadi, bersedialah dengan bekalan tunai yang banyak atau mencukupi. 

Bank-bank utama terdapat di Tanah Rata, Brinchang, Ringlet dan juga Kg Raja.  Hanya Petronas di Brinchang yang mempunyai mesin ATM RHB.

Saya ringkaskan sedikit lokasi ATM atau Bank:

Ringlet ; CIMB sahaja
Tanah Rata : CIMB (Hotel Planter) Ambank, Maybank, HSBC, Hong Leong Bank, Bank Rakyat, Agro Bank 
Brinchang : Bank Rakyat (Masjid Kayangan), RHB ATM ( Petronas) , Public Bank
Kg Raja ; Maybank dan CIMB 

Tips 22: Kalau anda bercuti panjang dan ingin membeli sayur, pastikan anda lakukan semasa ingin pulang ke rumah bukannya di hari pertama dan kedua anda di sini. Sayur akan cepat rosak dan tidak segar berbanding di hari terakhir anda ke sini. Tambahan lagi ruang simpanan kereta anda akan sesak dan mungkin berbau. 

Tips 23: Kalau anda membeli strawberry, terdapat banyak outlet yang murah seperti pasar malam dan juga KEA Farm. Cuma berhati-hati dengan helah bijak si penjual yang menjual strawberry dengan lapisan daun di bahagian bawah. Nampak cantik tapi daun itu bukan boleh dimakan. 

Beli strawberry yang segar diwaktu anda ingin pulang. Ada gerai atau kebun strawberry yang menyediakan khidmat pembungkusan bertong ais seperti Raju Hill Strawberry di Kea Farm jika anda anda membeli dengan kuantiti yang banyak. 

Tips 24: Mata akan rambang jika melihat tawaran sayur-sayuran yang dijual dengan kuantiti 10 atau 12 bungkus dengan harga RM 10. 

Cuma anda buat kiraan lojik harga sebenar sayur-sayuran tersebut contohnya pak choy sekilo harga jualan di pasar sekitar RM 3-4 sekilogram dan setiap bungkusan sekitar 150 gram. Jika satu bungkus jatuh harga purata RM 1 dengan harga perbandingan sekilorgram harga pak choy adalah sekitar RM 6.60. 

Jadi terlebih mahal sedikit. Begitu juga dengan longgokan sayur seperti kubis bulat, cauliflower, kubis unggu dan juga brokoli. 

Tips 25: Jika anda membeli sayur-sayuran di Cameron Highlands, pastikan anda membeli sayur-sayuran tanah tinggi yang hanya ditanam di Cameron Highlands. 

Bezanya begini.... Carrot merah adalah lobak merah import kecuali babby carrot yang dijual dengan daun.  Contoh lagi Cauliflower berbungkus putih adalah import berbanding cauliflower yang dijual dengan daun. Contoh ketiga adalah buah oren memang tidak ditanam di sini tetapi diistiharkan sebagai oren Cameron. Itu Tipu!!!  kecuali limau hijau yang tak cantik dan masam itu memang ada ditanam di sini. 

Semua sayur yang sebegini ada dijual di kedai dan pasaraya di rumah anda. Jangan membelinya di sini kerana bukan murah pula harganya. 

Cuba tengok Baiya di atas, beliau mengharapkan anda tidak tertipu membeli sayuran import dan dari bawah berbanding dengan apa yang ditanam olehnya...  

Betul tak baiyaaaaaaaa...... "cari makan boss .... sikit jam .. jadi bossssss... lain tahuuuunnnn... "...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock