Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, February 11, 2016

20 kenderaan menjadi mangsa pecah tayar di Cameron Highlands

Hari ini ada sejarah tercipta di Cameron Highlands. Agak Pahit sebenarnya untuk dihadapi oleh mangsa.


Sebanyak 20 buah kereta yang diletakan di Brinchang telah dipancitkan tayar malah bukan setakat dibuang angin malah ditoreh dengan senjata tajam sehingga tidak boleh digunakan lagi.


Saya tidak mahu mengulas sebab tidak tahu apa puncanya walaupun dalam laman facebook ada hangat membicarakan kisah ini.

Saya kongsikan dari Harian Metro sahaja dahulu dan mungkin dalam catatan seterusnya kelak saya kongsikan apakah yang saya tahu atau orang lain tahu dari cerita-cerita yang pasti berterbaran kelak.

Harap semua mangsa dapat membuat urusan berkaitan termasuklah dengan laporan polis.

Cameron Highlands: Kira-kira 20 kenderaan yang diparkir menghalang laluan di sekitar pekan Brinchang, Cameron Highlands, dibocorkan tayar dipercayai dilakukan sekumpulan individu.

Dalam kejadian 3 hingga 5 pagi tadi , semua kenderaan itu dibocorkan tayar dipercayai menggunakan senjata tajam bagi mengeluarkan angin keempat-empat tayar kenderaan yang diparkir di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, hasil siasatan awal dijalankan berdasarkan keterangan saksi mendapati kesemua kenderaan itu dibocorkan tayar oleh sekumpulan lelaki.

Katanya, kesemua kenderaan itu dipercayai diparkir dalam keadaan menghalang laluan jalan dan tempat letak kenderaan di kawasan itu.

"Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan polis sudah menerima sebanyak 11 laporan daripada pemilik sehingga jam 3 petang tadi.

"Rondaan cegah jenayah dijalankan polis sekitar jam 2 pagi tadi tidak mengesan sebarang aktiviti jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: