TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, February 4, 2016

Tips Bercuti @ Cameron Highlands 11

# Gambar pemandangan salah satu kebun terbuka dan tradisional di
Cameron Highlands.

Catatan tips ini akan dikemaskini dari masa ke semasa..

Ok kali ini saya nak berkongsikan tip mengenai tumbuh-tumbuhan di Cameron Highlands. Bukannya apa, memang saya memahami keterujaan anda melihat kesegaran bunga-bungaan yang dijual di beberapa lokasi di sini.

TIPS 51; Bukan semua anak pokok bunga yang dijual di sini sesuai untuk di tanam di bawah terutama yang melibatkan bunga-bungaan yang bersifaf jangka hayat pendek.

Di sini mungkin ianya kelihatan segar dan menarik dengan kelopak bunga yang besar dan pelbagai. Tips yang boleh saya ialah jika bunga-bungaan yang hendak anda beli pastikan ianya ditanam ditempat yang redup dan bukannya terbuka.

Dan harus menerima hakikat bahawa bunga itu bersifat jangka pendek bukannya kekal.

Contoh: Lily, Rose, Kekwa dan pelbagai lagi

TIPS 52; Anak Pokok Berdaun biasanya lebih sesuai untuk ditanam di bawah dengan tarikan adalah daun pokok tersebut bukannya bunganya.

Jadi selalunya saya tidak ragu-ragu untuk membeli dan membawa pulang ke kampung halaman dan sehingga kini ada yang masih segar dan hidup dengan baik di rumah orang tua saya.

Ada beberapa jenis pokok berdaun yang boleh anda tanam di bawah sebagai hiasan dan boleh ditanam secara terus dengan matahari.

Kebanyakkan jenis tanaman ini juga berasal dari bawah.


TIPS 53: Cactus adalah antara tarikan untuk jualan di sini. Saya rasa hampir kebanyakan kiosk atau lokasi persinggahan akan ada menjual cactus.


Adakah cactus boleh di tanam atau mampu bertahan jika di bawah.

Jawapan saya adalah Cactus bukan berasal dari sini dan ianya berasal dari gurun atau kawasan yang panas dan sememangnya amat sesuai di tanam di bawah.

Tidak perlu ragu-ragu untuk membeli cactus kerana anda akan mengembalikannya ke habitat yang lebih sesuai untuknya.

Kunjungi Cactus Valley dan Cactus Point untuk melihat lebih banyak variety cactus untuk dibeli dan ada yang berusia lebih 30 tahun!!!


TIPS 54 : Orkid Liar dan kacukan juga menjadi tarikan utama kepada pengemar orkid jika ke sini.

Cuma saya sendiri yang kurang mengemari orkid ini tidak mengikuti sangat orkid di sini kecuali melihat anak pokoknya dijual di beberapa lokasi seperti sebelum Bee Farm di Habu, Stesen MARDI dan juga Frangance Nursery.

Saya berpendapat ada lokasi orkid yang lebih murah dijual di serata Malaysia namun jika mencari orkid liar saya rasakan Cameron Highlands adalah lokasi yang sesuai untuk mendapatkannya.

Cuma kalau ikut Akta Perhutanan, ada bahagian tertentu yang melarang pemilikan orkid liar tanpa kebenaran Jabatan Perhutanan baik untuk simpanan sendiri ataupun perniagaan.

Cuma saya tak pasti secara terperinci.

Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.

TIPS 55 : Tips seterusnya ialah supaya anda tidak memetik bunga dan mengambil bunga-bungaan atau tanaman yang anda lihat cantik baik di kawasan awam ataupun hotel ataupun rumah penginapan atau di mana-mana sahaja di Cameron Highlands.

Agak menyakitkan hati apabila melihat pelancong yang tidak prihatin sesuka hati memetik bunga dan mengambil tanaman hiasan dan liar untuk simpanan diri sendiri.

Mungkin mereka memikirkan hanya mereka sahaja yang layak untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan ini tanpa perlu memikirkan pula hak orang lain.

Lihat dan simpan gambar kenangan pokok bunga dan tanaman yang menjadi kegemaran anda dan tinggalkan untuk tatapan orang lain pula.  Jika berniat untuk memiliki pokok bunga dan tanaman tersebut sila beli anak pokoknya di mana-mana lokasi yang ada menjualnya.

Jangan pentingkan diri sendiri dan lebih utama jangan jadikan orang lain mangsa kepada sifat tamak anda.

Terima kasih ... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock