TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, February 15, 2016

Tips Bercuti @ Cameron Highlands 18

# Pekerja penuai daun teh di Ladang Teh Bharat
Untuk catatan ini saya kongsikan pula tips untuk ke ladang teh yang terdapat sekitar Cameron Highlands.

TIPS 81: Ladang Teh Terbaik.. Ladang Teh Sungei Palas

Untuk tip pertama mengenai ladang teh ini saya syorkan anda ke Ladang Teh Sungei Palas di Kaki Gunung Brinchang.

Kenapa? Kerana di sana mempunyai satu hentian tea centre yang lengkap dengan paparan sejarah Syarikat BOH, ladang teh,  kilang pemprosesan daun teh, cafe dan anjung pandang yang memukau.

Ianya lengkap dalam satu kawasan berbanding di tempat lain khasnya jika dibandingkan dengan Bharat Tea Plantation yang hanya menyediakan kawasan hentian teh sahaja.

Ladang yang dibuka seawal 1935 ini memang berada di ketinggian sekitar 1500 meter dari aras laut dan ladang teh tertinggi di Cameron Highlands.

Cuma jika di waktu cuti puncak, laluan masuk ke ladang teh ini sangat sesak malah memerlukna lebih dua atau tiga jam untuk sampai ke pusat teanya.

Tidak berbaloi pula untuk ke sini di waktu puncak. Rancangan perjalanan anda untuk bergerak awal pagi jika berniat ke sini di musim cuti puncak.  Ditutup setiap hari Isnin.

TIPS 82: Ladang Teh Termudah.. Tea Centre Cameron Valley

Dimiliki oleh Bharat Tea Plantation.

Lokasi hentian Tea Centre ini adalah di antara Jalan Tanah Rata dan Habu dan hanya di tepi jalan sahaja.

Menjadi persingahan kegemaran bagi mereka yang ingin berehat atau destinasi pertama lawatan sebaik sahaja sampai di Cameron Highlands.

Ada dua Tea Centre di sini iaitu yang lebih lama adalah dibahagian laluan masuk utama ke ladang teh ini dan yang kedua adalah di penghujung ladang ini yang lebih menjadi tumpuan kerana anda boleh ke celahan rumpun pokok teh dan pemandangan yang lebih menyeluruh lembah Cameron Valley ini.

Utamakan keselamatan.

TIPS 83:Hentian Teh Kuala Terla
 
Dimiliki oleh Bharat Tea Plantation dan terletak di Kuala Terla iaitu pekan kedua selepas Pekan Kg Raja jika datang dari arah utara iaitu Simpang Pulai atau Gua Musang.

Hentian tea ini selalunya menjadi pilihan sebagai hentian pertama selepas pemanduan mendaki ke Cameron Highlands.

Selain dengan pemandangan ladang teh yang mendatar dan membukit, terdapat akvtirti tambahan di sini iaitu menaiki pacuan 4 x 4 iaitu landrover dan juga ATV ke bahagian atas ladang teh ini dengan bayaran yang tertentu.


TIPS 84:Tea Centre BOH Plantation Habu

Lebih 10 tahun yang lalu, inilah hentian atau pusat teh yang utama di sini sebelum pembukaan Jalan Simpang Pulai dan Gua Musang.

Kini ianya kurang diketahui dan dikenali oleh ramai pelancong.

Kedudukan di Habu iaitu memerlukan pemanduan dari simpang utama sejauh 6.5 km sebelum ke Ladang Teh BOH yang pertama di Malaysia iaitu dibuka sekitar 1924 oleh A.J Russell dengan bantuan pakar teh British yang berpengkalan di Sri Lanka.

Pusat Tea BOH ini sama seperti di Sungei Palas iaitu lengkap dengan pusat jualan, cafe, kilang pemprosesan dan juga pemandangan ladang tehnya.

Cuma untuk melihat keseluruhan ladang teh di puncak bukit tinjaunya memerlukan sedikit pendakian.

Jumlah pelancong tidaklah terlalu ramai menjadikan ianya selesa untuk dikunjungi di waktu cuti puncak.

Juga di tutup pada hari Isnin.

TIPS 85: Ladang Teh Bharat .. Tongkiat

Dimiliki oleh Bharat Tea Plantation dan terletak di Habu berdekatan dengan Ringlet.

Ini adalah kawasan ladang teh yang sangat tidak diketahui oleh ramai pihak termasuklah penduduk baharu yang menetap di Cameron Highlands namun bukan sedikit sejarahnya.

Kenapa saya promosikan untuk anda ke sini? Kerana sangat asli rasanya suasananya di sini dengan tidak banyak perubahan dari segi sejarahnya sehingga kini.

Cuma kawalan keselamatan membataskan pergerakan masuk anda ke sini kecuali dengan berbasikal atau aktiviti berjoging.

Terdapat banyak kebun sayur di antara ruang ladang ini yang disewa oleh petani tempatan namun sejak operasi kebun sayur dan juga pendatang asing, agak kurang mesra sambutan oleh petani dan pekerja mereka kerana khuatir anda sebagai perisik pihak terbabit.

Dahulu saya sering berhenti di sini di waktu petang bersama dengan pekerja kebun sayur dan mengambil gambar aktiviti mereka berbanding kini mereka mudah menyembunyikan diri jika ada orang asing datang... kenapa ya?

Jika anda boleh ke sini, saya mengesyorkan anda mencari sisi yang berbeza di sini..

Kesemua lokasi di atas pernah saya kongsikan catatan mengenai mereka dalam catatan terdahulu. Buat carian anda dalam kotak Search di atas.. malas pula nak buat link.  

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock