TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, February 4, 2016

Tips Bercuti @ Cameron Highlands ... 6

# Pekerja kebun dari Bangladesh di Cameron Highlands
Saya tukar tajuk catatan tips ini kepada hanya Tips Bercuti @ Cameron Highlands sebab ini adalah tips yang boleh dipakai sepanjang waktu dan bukannya di kala Tahun Baru Cina sahaja.

Pesanan atau Tips Seterusnya masih lagi berlegar bab membeli belah.. ini adalah pesanan ikhlas dari Baiiya .... baca tau ...

Saya sambung di lain waktu ya... ada kerja sikit ... tak sempat nak habiskan catatan ini ..

Layan dahulu Baiya di atas.

Tips 26: Jagung Cameron atau jagung mutiara adalah antara pilihan tertinggi untuk pelancong membeli dan membawa pulang. 

Malangnya lambakan jagung yang dikatakan Jagung Mutiara Cameron Highlands seringkali mengelirukan untuk dibeli. 

Biasanya jagung Mutiara Cameron Higlands dijual sekitar RM 2 -2.50 setongkol dan mempunyai campuran warna kuning dan putih diantara buahnya. 

Jika ditawarkan untuk membeli jagung yang dijual dengan harga murah, biasanya itu bukan jagung mutiara. 

Tanya dahulu adakah ini jagung mutiara ? Dan lakukan pemeriksaan pada bijinya dengan campuran warna kuning dan putih. 

Jangan beli dengan harga murah tetapi kalau terlalu mahal pun usah beli. 

Saya sendiri susah nak bagi tips bagaimanakah bentuknya... Semoga anda dapat membeli jagung mutiara. 

Tips 27: Bunga-bungaan kering akan ditawarkan kepada anda dengan mengatakan tahan sehingga setahun atau dua tahun. Adakah benar dakwaan ini? 

Saya nasihatkan anda berfikir dahulu sebelum beli. Pertama adakah anda akan tidak jemu untuk melihat bunga kering tersebut untuk tempoh setahun akan datang? 

Jadi kalau jawapan anda tidak, maka tiada keperluan untuk membeli bunga kering itu. Mudahkan?

Tips 28 : Teh antara tarikan utama untuk dibeli. Ada yang menulis di facebook betapa bangganya beliau membeli teh dengan harga murah di lokasi tertentu sehinggakan sekitar RM 7-8 sekotak sahaja berbanding RM 10.30 -12.80 sekotak berperisa.

Saya nak nasihatkan anda, jika anda menemui teh selain dari jenama dan Keluaran  BOH atau Bharat Tea dibawah Jenama Cameron Valley atau Stesen MARDI, JANGAN BELI!!!

Jika ada teh yang dijenamakan bukan dari pengeluar di atas ianya adalah teh yang dibawa masuk dari negara lain khasnya China atau Indonesia dan dipek semula dengan jenama lokasi atau kiosk tempat anda membelinya. 

Saya tidak akan menyebutnya tetapi sebagai orang tempatan, itu bukan teh tempatan... walaupun dijual murah sebegitu. Teh tempatan biasanya lebih mahal sedikit. 

Namun jika anda ingin dan tak kisah untuk membeli sebarang jenis teh, terpulang....  

Tips 29; Kedai makan atau gerai makan terutama di beberapa lokasi di selalunya akan menggunakan pekerja Indonesia sebagai jurujual mereka. Jika anda yang sedikit cerewet untuk membeli makanan dari sumber yang tidak meragukan, selalulah periksa adakah gerai tersebut milik muslim atau bukan. 

Bukan berniat rasis tetapi sekadar membantu mereka yang benar-benar ingin tiada kesangsian dalam sumber dan status halal makanan tersebut. 

Tips 30 ; Jika anda ingin makan diluar, agak terhad jenis makanan yang dijual di sini . Sama sahaja seperti gerai tomyan yang ada di Malaysia ini. 

Namun harus dinggatkan untuk anda memeriksa harga makanan di menu mereka supaya tidak terkejut ketika hendak membayarnya. 

Saya kena akui, harga makanan di sekitar Daerah Cameron Highlands ini agak mahal walaupun rasanya dan jenis masakannya sama seperti di tempat anda. 

Maklumlah ... kawasan perlancongan la katakan... kami sendiri merasai tempias harga makanan yang mahal ini... 

Namun bak kata pepatah.. kalau takut dilambung ombak ..usah berumah di tepi pantai ... kami kena menyesuaikan diri dengan keadaan ini. 

Terpulang kepada anda untuk memilih kedai makan yang mana satu... sebab ada yang suka masukan dalam facebook harga makan mahal dan terperanjat ketika membayarnya... 

Ok tips yang lain di catatan seterusnya... saya pun masih mengumpul idea apa yang boleh dikongsikan... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock