Saya mula menulis di blog ini sejak 16 April 2011 dengan niat sekadar mencoretkan sedikit pandangan peribadi, berkongsi petikan rencana menarik, berita, dari blogger, tips-tips melancong ke Cameron Highlands serta pelbagai lagi label yang hanya dan demi catatan peribadi sendiri.
Mungkin bilangan halaman dibaca di blog ini perlahan atau hanya sekitar 10-50 halaman dibaca sehari di awal 5 bulan pertama dan kini pun sekadar 100-200 halaman sehari tetapi niat di hati bukanlah mengumpul peminat atau pembaca tegar apatah lagi mencari nama ataupun peluang perniagaan.
Kalau ada yang singgah dan sudi membaca di sini saya amat menghargai dan terima kasih... dan semalam mencecah 50,000 halaman telah dibaca dengan purata harian untuk 3 bulan kebelakangan sekitar 250 hingga 400 halaman di baca.
Terima kasih di atas sokongan anda. Jika ada kesalahan dan kesilapan, hubungi saya ataupun tinggalkan mesej anda dibahgian ulasan.
Insyaallah .. selagi mampu saya akan berkongsi sekadar yang boleh...
No comments:
Post a Comment