Dah macam surat khabar pulak kali ni punyer tajuk. '6 lokasi mesti singgah" ini berdasarkan selera aku la. Bukan rujuk ke mana-mana pun atau ada undian mana-mana telah dibuat. Ingat ikut SELERA aku saje..
ehh kenapa 6 lokasi aje? sebenarnya nak buat 8 lokasi sekali gus tapi pening pulak kepala hotak aku nak fikirkan yang lagi dua... Buat enam lokasi dahula ye..
PERTAMA :Ladang Teh Sungei Palas.
Terletak dibawah kaki Gunung Brinchang dan Irau, sekitar ketinggian 2300 dari paras laut, serta dibuka seawal 1930 an memang menarik untuk dikunjungi.
Pemandangan yang sungguh cantik dan kemudahan pusat teh yang disediakan lengkap dengan maklumat, kilang, jualan dan kafe pasti menjadikan sangat berbaloi.
Untuk catatan penuh, klik di SINI.
Untuk catatan penuh, klik di SINI.
KEDUA: Ladang Teh Bharat Tea , Tanah Rata
Bharat Tea mempunyai dua perhentian iaitu di Tanah Rata ke Habu dan juga di Kuala Terla. Namun kebiasaanya, perhentian Pusat Teh di Tanah Rata menjadi tumpuan dengan pemandangan indah yang boleh dilihat dari bahagian atas seberangnya yang menampakan keseluruhan lembah ladang teh ini.
Juga kedudukannya yang berada di tepi jalan memudahkan kunjungan semua pihak baik kanak-kanak, ibu mengandung dan golongan OKU. Menikmati secawan teh dengan menikmati pemandangan indah pastinya menambat hati dan menyenangkan perjalanan dan percutian anda. Catatan penuh di SINI

KETIGA: Pasar Kea Farm
Menjadi kemestian bagi pengunjung dan pelancong ke Cameron Highlands untuk membeli belah dan istimewanya berbanding dengan lokasi perlancongan yang lain di negara ini, di sini anda akan teruja malah amat teruja sebenarnya untuk membeli belah sayur-sayuran, bunga-bungaan dan juga buah-buahan tanah tinggi.
Semua item ini boleh dengan mudahnya diperolehi bilamana anda singgah dan mula membeli belah di PASAR KEA FARM. Pasar ini merupaka pasar yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitar 2100 meter dari paras laut dan pastinya suasana membeli belah yang berbeza.
Sumberkepada barangan kebanyakannya adalah dari kawasan kebun-kebun sekitar kawasan ini dan juga dari bawah.
Selamat tawar menawar dan untuk catatan penuh, klik di SINI.

KEEMPAT :Pasar Malam Brinchang
Pasar Malam Brinchang mungkin sama dengan pasar malam yang lain di Malaysia. Namun suasananya sedikit berbeza kerana anda akan menghabiskan waktu malam anda dengan membeli belah di pasar malam dan pastinya selain makanan, pelbagai produk tempatan dijual di sini.
(gambar akan dimasukan kemudian)
Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan pasar malam ini merupakan nadi aktiviti waktu malam di sini. Dibuka setiap malam menjelang hari cuti seperti malam sabtu dan ahad dan setiap malam ketika cuti sekolah serta cuti umum. Bermula seawal 3 petang dan berakhir sekitar 11 malam anda boleh berjalan dan membeli belah dalam suasana yang sejuk dan dingin.

Kelima : Kebun Strawberry di Taman Sedia
Strawberry merupakan tanaman buahan yang utama di Cameron Highlands dan menjadi 'trademark' kedua popular selepas ladang teh.
Terdapat ramai pengusaha tanaman strawberry di setiap pekan kecil di sini tetapi di KampungTaman Sedia lebih mudah dikunjungi dengan kedudukannya di sekitar kawasan kampung.
Bukan sekadar strawberry segar yang boleh anda beli tetapi juga produk hiliranya yang dihasilkan sendiri oleh pengusaha tanaman strawberry.
Catatan penuh mengenai Kampung Taman Sedia ada di SINI.

KEENAM : Stesen Mardi
Cameron Highlands terkenal dengan kegiatan pertanian di tanah tinggi di Malaysia. Untuk anda menyelami sendiri keunikan dan kegiatan pertanian ini secara langsung di kebun-kebun bunga, sayuran dan juga buah-buahan pastinya memerlukan masa yang panjang.
Namun jika anda ingin merangkumkan kesemuanya dalam satu lawatan dan lokasi, Stesen Mardi Tanah Rata ini merupakan pilihan yang terbaik disamping anda akan mendapat pendedahan mengenai teknologi pertanian yang termoden.
Dengan gabungan ladang teh ke kilang pemprosesan teh, nursery bunga hingga lah ke ladang bunga, pelbagai jenis tanaman sayuran dan model teknologi, taman ala Enggeris serta pelbagai lagi kemudahan dan model pertanian didalam satu bumbung pasti memudahkan lawatan anda kelak. Catatan penuh DI SINI.
Selamat merancang percutian anda di sini..

No comments:
Post a Comment