TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, November 22, 2011

Tips Melawat Cameron Highlands- Stesen Mardi


Jika anda melawat Tanah Rata dan anda ingin melihat beberapa teknologi pertanian dalam satu lokasi , saya ingin mencadangkan anda untuk melawat Stesen Mardi yang merupakan salah satu lokasi popular di sini.


Stesen  Mardi ini merupakan  stesen penyelidikan pertanian tertua iaitu dibuka pada tahun 1925 dengan nama Federal Experimental Station.


Berkeluasan 43 ha dan 15 ha digunakan sebagai kajian pertanian dan pameran di mana anda boleh mengunjungi kawasan ini, MARDI diberikan tanggungjawab untuk menguruskan stesen ini bermula pada tahun 1971 bagi tujuan kajian dan penyelidikan tanaman.

Pada 14 Jun 2003, Stesen Mardi ini telah dikenali sebagai Taman Agro Teknologi Pertanian dan ianya disempurnkan oleh DYMM Tuanku Sultan Pahang dan mulai tarikh ini, Stesen Mardi mula menjadi tumpuan pelancong jika berada di Cameron Highlands.


Menampilkan pelbagai model teknologi pertanian dan plot-plot kajian khusus bagi tanaman di tanah tinggi seperti strawberry dan sayur-sayuran.
Strawberry Farm juga ada
Taman bunga ala English Garden
Salain daripada itu, terdapat beberapa tema lanskap yang disediakan untuk anda merasai pelbagai pengalaman dan ilmu pertanian antaranya Taman Enggeris yang lengkap beserta dua unit English Cottage untuk disewa sebagai banglo pelancongan.

Terletak hanya 1 km  dari Pekan Tanah Rata atau anda hanya perlu memandu menuju Hospital Sultanah Hajah Kalsom. Caj masuk sekitar RM 3 bagi dewasa dan RM 1 bagi kanak-kanak. 
Taman Kejur
Plot Bunga

Terdapat plot tanaman epal dan anggur yang ditanam sebagai tapak ujian dan penyelidikan  dekat selain pelbagai kajian tanaman sayuran yang sedang dijalankan dan jika anda ingin melihat secara dekat mengenai teknologi rumah hijau, plastik dan kaca malah ingin melihat kepelbagaian teknologi fertigasi, Stesen Mardi ini memberi peluang kepada anda.

Pusat Jualan Tanaman
Ladang Teh 

Bermula pada tahun ini, Stesen Mardi telah membuka semula Kilang Teh setelah ianya menjalani proses pemuliharaan memandangkan ianya merupakan Kilang Teh tertua yang dibina pada tahun 1935 di negara ini. Ianya dilengkapi dengan ladang teh yang juga tertua dihadapan Kilang Teh ini. 


Bersebelahan ladang teh ini terdapat Taman Ros yang mengumpulkan pelbagai jenis dan variety tanaman ini namun ianya mengikut musim tanaman. 

Enggeris Garden
English Garden 
Di sini anda boleh membeli pelbagai barangan hasil pertanian dan produk hiliran yang dikeluarkan oleh usahawan dibawah seliaan Mardi. Di buka sepanjang hari sehingga pukul 5 petang.


Senibina ala Engeris
Tips:
  • Pilihan yang amat murah bagi mereka yang inginkan lawatan yang selesa dan semuanya dalam satu lokasi.
  • Berhati-hati jika berada di kedai jualan kerana terdapat pokok yang mempunyai tebuan.
  •  Anda memerlukan sekitar 2 jam untuk menghabiskan lawatan di sini
  •  Anda boleh membeli bunga-bungaan yang dipetik sendiri bergantung pada musim tanaman.
  • Sesuai untuk rombongan sekolah dan institusi pendidikan dalam memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi pertanian.
  • Kemudahan Surau yang besar dan sesuai untuk kunjungan berkumpulan.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock