Alamak bila aku masukkan tip melawat Cameron Highlands, ada jugak yang tanya pakej harga. Maaf ye.. saya tak buat pakej lawatan tapi sekadar mencadangkan aktiviti yang mungkin boleh dilakukan dalam tempoh lawatan anda itu.
Untuk kali ini Tips melawat 3 hari dua malam .. sama juga dengan yang 2 hari satu malam cuma tak perlu nak berkejar masa... Santai
Melalui Tapah atau Raub:
HARI PERTAMA:
Masa ketibaan : 12 tengahari
12.00 tengahari : Singgah Shell atau Petronas dahulu, buang apa yang patut... minum apa yang nak rasa.
12.30 tgh: Boleh Singgah ke Lake House ambik gambar. Pilihan kedua Habu Tea Centre milik Boh .. 8 km ke dalam. melalui Kebun sayur dan 'water Crest' Farm dan juga Bee Farm. Jika tidak, boleh meneruskan ke Tanah Rata dan singgah di Bharat Tea Centre, di tepi jalan.
1.30 petang: Makan tengahari di Tanah Rata. Pilihan food court baru atau lama atau kedai-kedai yang lain.
2.30 ptg: Check In Hotel atau apartment. Tak payah lama-lama teruskan melawat.
3.00 ptg : Pilihan antara Station Mardi atau Agro Teknologi Park MARDI atau ke Kg Taman Sedia untuk Strawberry farm
4.30 ptg :Jika berada di Brinchang, singah di Cactus Valley dan Big Red Strawberry Farm.
6.30 ptg ; Balik ke hotel atau apartement.
8.30 malam : Steamboat di Tanah Rata (Bagi muslim , kerana kebanyakkan restoren Steamboat ada di Tanah Rata)
HARI KEDUA:
10 pagi : Pilihan sarapan di Hotel atau pun di luar.
Pilihan Pertama :
kepada anda untuk mengikuti pakej Kembara setengah hari atau pun sehari sekitar RM 45-90 seorang merangkumi tempat-tempat seperti aturan dibawah tetapi boleh ke perkampungan orang Asli dan melihat bunga reflisia. (Perlu untuk berjalan merentas denai dalam tempoh sejam atau lebih)
Pilihan Kedua
Perjalanan sendiri.
Bergerak ke Sungei Palas tea Centre di Kea Farm *Jangan shopping dahulu.
Option mendaki Gunung Brinchang dengan kereta - puncak gunung tertinggi boleh dicapai melalui kereta iaitu 2200 meter. Juga laluan ke Gunung Irau.
Singgah di strawberry farm tertinggi di Malaysia.
Singgah di Kebun sayuran di tepi jalan tertinggi di Malaysia
Singgah di Mossy Forest. Sedikit berjalan melalui jambatan kayu dan menikmati keindahan pokok lumut dan renek. PERCUMA.
Akhiri di Puncak Gunung Brinchang. Boleh naik ke pelantar tinjau setinggi 15- 20 meter dan jika cuaca baik boleh melihat Ipoh malah di katakan Medan.
Turun ke Simpang masuk Sungei Palas Tea dan boleh melawat Taman Rama-rama atau lebah.
Boleh singgah ke Kea Farm untuk membeli belah.
Malam:
Shopping di Pasar Malam Brinchang.
HARI KETIGA:
10 PAGI - Check Out dan mulakan shopping terakhir anda di PASAR TANI PERLANCONGAN di Pekan Brinchang.
Singgahlah di Pekan Tanah Rata untuk shopping terakhir baju-baju dan cenderemata.
Tempat terakhir utnuk bershopping adalah di Lake House.
No comments:
Post a Comment