Teh ataupun nama
saintifiknya Camellia sinensis adalah satu lagi trademark bagi Cameron Highland.
Jika anda ingin datang ke Cameron Highlands, pastinya terbayangkan ladang teh
terbentang di hadapan mata.
Di sini terdapat 2 syarikat yang masih mengusahakan tanaman teh iaitu Boh dan
Bharat. Untuk yang pertama ini aku ingin kongsikan sedikit maklumat mengenai
Bharat Tea Plantation.
Mengikut sejarah yang tertulis, pada tahun 1933, seorang yang bernama Shuparshad dari India telah membeli 50 ekar tanah di Kuala Terla dan menubuhkan Bharat Tea Plantation.
Mengikut sejarah yang tertulis, pada tahun 1933, seorang yang bernama Shuparshad dari India telah membeli 50 ekar tanah di Kuala Terla dan menubuhkan Bharat Tea Plantation.
Pada awalnya, daun teh ladang ini dijual secara terus kepada Federal
Experimental Station iaitu Station Mardi. Namun sekitar tahun 1950, bilamana
anak kepada Mr. Shuparshad , Dato
Brijkishore Agarwal telah datang dan mula bekerja dengan bapanya itu telah
membawa perubahan dari menjual daun teh kepada memproses daun teh dan menjual
dengan jenama Chop Rusa tetapi menyewa kilang Station Mardi ini.
Pada 1963, syarikat ini telah mengambil alih dua syaraikat perladangan teh
milik bangsa asing dan mula membina sendiri kilang pemprosesan sendiri sehingga
tahun 1990 an, mereka masih menjual secara borong daun tea. Hanya bermula pada
tahun 1994, mereka memperkenalkan jenama
Cameron Valley dengan pembungkusan dan citarasa tambahan serta terlibat secara
jualan terus kepada pengguna.
Itu adalah sejarah tetapi sebagai panduan perlancongan, Bharat Tea
telah mengorak langkah dengan begitu pantas bilamana membuka 3 Tea Centre
sebagai destinasi perlancongan.
Pertama, mereka telah membuka Tea Centre di Jalan Masuk Utama di Ladang
Shalimar iaitu berdekatan dengan Tanah Rata-Habu. Awalnya konsepnya adalah
terbuka tanpa bumbung tetapi sekitar tahun 2006, mereka terpaksa akur dengan
suasana cuaca yang selalunya hujan.
Pada masa yang sama satu lagi Tea Centre dibuka di Kuala Terla iaitu
perhentiana pertama anda bagi yang menggunakan laluan Simpang Pulai.
Pada tahun 2009, Bharat Tea menambah satu lagi tea centre mereka iaitu
berhampiran dengan tea centre yang pertama dan lengkap dengan kemudahan parking
kenderaan yang lebih luas.
Di ketiga-tiga Tea Centre ini anda boleh menikmati teh sambil melihat
pemandangan ladang teh yang cantik. Bagi yang rajin, anda boleh berjalan di
celahan pokok teh. Namun Bharat Tea tidak menyediakan peluang untuk memasuki
kilang pemprosesan mereka.
Tips:
- Sesuai dan mudah dikunjungi secara rombongan kerana kedudukannya di tepi jalan utama.
- Nikmati kelazatan tea dengan bayaran yang mahal kerana anda membayar bukan kerana minuman tea tetapi pemandangannya.
- Anda boleh membeli Teh dengan pelbagai citarasa tetapi harganya akan lebih murah di pasar malam atau kedai-kedai kerana peniaga mengambil untung yang sedikit untuk menjualnya dengan jumlah yang lebih banyak berbanding Tea Centre.
- Anda boleh membeli Cameran Valley Tea secara online !!!! di sini
No comments:
Post a Comment