TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, November 14, 2011

Projek Bantal ...

Pertamanya aku tak pasti apa perasaan dan pandangan anda selepas anda membaca sepenuhnya catatan yang ingin aku panjangkan ini..

Menunding salah, mencemuh , menghina dan menjauhkan diri adalah antara perkara atau tindakan yang paling senang dan selalu menjadi pilihan kita baik yang baik ataupun sederhana baik ataupun jahat ataupun yang bijak, kaya, berada , berkedudukan dan sebagainya. 
Sama sahaja tindakanya.

Tindakan yang ramai pamirkan pula biasanya , rasa kesian, simpati dan amat sedih serta terharu. Maka berjurailah air mata atau mengetip bibir menahan rasa di dalam diri. 

Tindakan yang jarang-jarang diambil selepas itu adalah membantu..biarpun sedikit apatah lagi banyak...

Ini bukan projek aku. Jauh sekali aku terlibat dengannya tetapi sekadar ingin memanjangkan usaha murni di lakukan sebahagian orang yang ingin membantu malah memulakannya... 

Petikan dari Antara Hitam Putih Kehidupan... 

Dua anak kecil tidur lena hanya kira-kira 5 meter dari tong sampah berbau busuk bak bangkai  itu.


Perhatikan, betapa nyenyaknya mereka tidur tetapi mungkin tidak pernah dijenguk dek mimpi indah.


Mereka juga tidur tanpa tilam empuk, selimut tebal dan bantal, memejamkan mata hanya beralaskan kertas kertas. 

Siapapun sekali dua anak kecil itu, tidakkah wajar untuk kita bersama sekurang-kurangnya berusaha memberikan mereka peluang untuk tidur berlapik kepala?

Jika anak kita, sanggupkah ayah dan ibu melihat mereka dalam keadaan terbiar sebegitu? 

Untuk kisah yang sepenuhnya.. klik di SINI

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock