TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, November 22, 2011

Bas skuad bola sepak Malaysia diserang penyokong Indonesia sebelum perlawanan

Kejadian awal sebelum perlawanan semasa dalam perjalanan ke Stadium..

Oleh Aziman Rosdi    

Pemain Malaysia berada di dalam bus terpaksa menanti penuh sabar untuk melepasi ribuan penyokong Indonesia menyebabkan bas yang membawa pemain mengalami kelewatan hampir 40 minit untuk tiba di Stadium Gelora Bung Karno bagi aksi Final Bola Sepak Sukan SEA ke-26. Foto: Osman Adnan (21/11/2011)
Pemain Malaysia berada di dalam bus terpaksa menanti penuh sabar untuk melepasi ribuan penyokong Indonesia menyebabkan bas yang membawa pemain mengalami kelewatan hampir 40 minit untuk tiba di Stadium Gelora Bung Karno bagi aksi Final Bola Sepak Sukan SEA ke-26. Foto: Osman Adnan (21/11/2011)
JAKARTA: PEMAIN skuad bawah 23 tahun negara terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki diserang oleh penyokong Indonesia ketika cuba memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno.
Biarpun polis turut mengiringi bas skuad Malaysia itu namun mereka gagal mengawal tindakan ganas ribuan penyokong Indonesia yang menanti di pintu masuk stadium itu sebelum perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea berlangsung.

Turut mengalami nasib yang sama, sebuah lagi bas yang memuatkan penyokong Malaysia dan wakil media yang berada di belakang.

Difahamkan skuad negara membuat keputusan untuk tidak menaiki Barracuda ke stadium kerana pihak penganjur memberi jaminan keselamatan namun sebaliknya yang berlaku.


Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan itu, ribuan penyokong Indonesia berbaju merah mengetuk bas skuad negara dengan menggunakan kayu sambil ada di antara mereka mengejek dan menunjukkan isyarat lucah.

Setelah hampir sejam terkandas barulah bas pasukan Ma laysia dan penyokong berjaya memasuki stadium dengan selamat.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock