TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, November 8, 2011

Ibu pasangan kembar Ahmad, Muhammad meninggal dunia

07/11/2011 9:37pm
SUNGAI BESAR 7 Nov — Ibu kepada pasangan kembar Ahmad dan Muhammad Rosli, Aisah Kandar, 35, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pagi ini selepas setahun bertarung dengan barah payu dara.


Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Haji Dorani di sini selepas Zohor.

Rosli Abdul Rahim, 40, bapa kepada pasangan kembar berusia 13 tahun itu, berkata beliau akan menunaikan amanah untuk menjaga lima anaknya termasuk Ahmad dan Muhammad sebaik mungkin seperti dilakukan arwah sebelum ini. 

"Pesanan terakhirnya ialah supaya saya tabah dalam membesarkan anak-anak.

"Saya akan ambil semangat isteri yang tidak pernah tunjuk sakit depan anak-anak walaupun beliau menderita kesakitan, termasuk terlantar tidak boleh bergerak sejak dua bulan lepas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Ahmad dan Muhammad mendapat perhatian media kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.

Ahmad, selaku abang sulung kepada adik-adiknya, berkata dia akan selalu ingat pesanan arwah ibu supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjaga adik-adiknya.

"Saya sedih sebab ibu pergi ketika Hari Raya Aidiladha, tapi bersyukur kerana sempat bacakan surah Yasin untuk ibu bersama Muhammad malam tadi.

"Saya bercita-cita menjadi seorang arkitek dan adik (Muhammad) mahu jadi pelukis. Kami akan berusaha mencapai impian seperti janji kami kepada arwah ibu,” katanya.

BERSATU... pasangan kembar siam Ahmad (tiga kiri) dan Muhammad bersama ibu mereka Aisah dan ayah mereka Rosli serta adik beradik.
Tinggal kenangan... pasangan kembar siam Ahmad (tiga kiri) dan Muhammad
bersama ibu mereka,  Aisah dan ayah mereka Rosli serta adik beradik.

— BERNAMA

Imbauan petikan  Utusan Malaysia,04/01/2005
           
Ahmad dan Muhammad yang dilahirkan bercantum dari bahagian dada hingga ke punggung dengan berkongsi hati dan bercantum di bahagian pundi kencing dan usus, dipisahkan dalam pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahad National Guard, Bandar Raya Perubatan King Abdul Aziz di Riyadh dua tahun lalu.

Pembedahan yang dibiayai sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz yang melibatkan kos RM1.7 juta, disiarkan secara langsung melalui skrin besar di hospital dan dunia pula dapat menyaksikannya melalui laman web khas
.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock