Bagi pendapat aku dan sedikit pengalaman berada di luar negara, aku setuju dengan kedudukan sebegini walaupun sedikil ragu-ragu mengenai kedudukan Singapore pula yang pada aku juga selamat jika anda sebagai pelancong ke sana termasuklah di Brunei.
Apapun pendapat anda mengenai keselamatan ini mungkin akan bernada berbeza bilamana kefahaman politik diasaskan kepada pertimbangan anda mengenai tajuk ini.
"KULAIJAYA 6 Mac - Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pencapaian itu diiktiraf secara global menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 yang diumumkan tahun lalu.
Beliau berkata, ia merupakan peningkatan yang amat membanggakan berbanding 2009 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-26."
Dan pastinya, ini bukan langkah penamat kerana masih banyak yang boleh dipertingkatkan mengenai keselamatan kita di tanah air .
Ingat .. Negara Kita Tanggungjawab kita... dan aku tahu akan ada yang berkata inilah tanggungjawab aku untuk mengubah negara ini...
Semua orang main peranan biarpun sekadar pemegang bendera sekalipun ...
MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU ...
No comments:
Post a Comment