TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, March 19, 2015

Jualan Strawberry di Pasar Malam Brinchang


‎Saya pergi ke pasar malam ini setelah agak lama tak ke sana dan saya pergi kali ini untuk melihat suasana pasar malam ini di musim cuti sekolah.

Antara yang baharu yang boleh saya kongsikan‎ adalah taktik peniaga strawberry yang dahulu menjual secara paket tetapi kini mulai melambakan di dalam tray dan kelihatan seperti jualan borong.

buah pelbagai saiz 

Harga yang ditawarkan sekitar RM 15 hingga RM 30 ringgit setiap tray.

Yang dijadikan perbandingan adalah setiap tray memuatkan sekitar 4-6 paket strawberry jika dijual paket. 

dijual sekitar 3 paket RM 20 - buah strawberi yang telah dipilih.
Saya sekadar memerhatikan sahaja dari satu peniaga ke satu peniaga yang lain. 

Saya akui, penghasilan buah strawberry agak banyak kerana pekebun mensasarkan musim cuti sekolah ini dalam peringkat perancangan tanaman mereka ditambah dengan cuaca panas yang sangat panjang. 


Berbalik kepada jumlah buah dalam strawberry tadi, saya terlihat proses timbangan yang dilakukan iaitu sekitar 800 gram setiap tray yang dijual dengan harga RM 20.

Bermaksud sekilo adalah RM 25 dan ini adalah harga biasa di sini. 

Harga yang luar biasa jika tiada atau kurang bekalan buah adalah sekitar RM 30 hingga menjangkau RM 42 sekilo tambah-tambah lagi kalau memetiknya sendiri.

bnerharga RM 30 setiap satu tray dengan pilihan buah besar sahaja
Peniaga nampaknya menggunakan strategi yang bagus untuk menarik minat pembeli. 


Mereka tidak menipu harga jualan. 

Mereka menarik minat anda dengan longgokan setiap tray dengan buah strawberry yang besar bercampur yang kecil dan ada penjual yang meninggikan alas tray di bahagian tengah untuk menampakan banyak.


Sesuatu yang harus dipuji dan yang paling utama anda tidak ditipu dengan pembelian tersebut.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock