Cuti sekolah kian ke penghujungnya Ahad ini dan saya sengaja tidak berkongsikan mengenaia aktiviti ini seawal musim cuti kerana saya tak ke sana sendiri.
Nanti menulis dengan syok sendiri ibarat indah khabar dari rupa pula.
Petang semalam saya sempat ke Padang Awam MDCH di Tanah Rata dan antara aktiviti bagi kanak-kanak di sana adalah bermain di Zon Belon yang telah beroperasi sejak dua minggu sudah.
Cuma ini bukanlah kekal kerana difahamkan hanya sampai ke hari Ahad ini sahaja.
Tiket masuk adalah RM 15 seorang untuk pas sehari di mana anda boleh masuk dan keluar dan masuk berulang kali sepanjang hari tersebut sehingga malam.
Tetapi kalau anda bertemu kakitangan mereka di mana-mana bahagiantumpuan pelancong mengedarkan pamplet promosi, harganya adalah RM 10 seorang dengan membawa keratan kupon di pamplet tersebut.
Saya rasa ianya berbaloi kerana banyak belon yang pelbagai bentuk dan cabaran yang berbeza disediakan. Kalau di AEON pun harganya RM 18 dengan hanya satu atau dua permainan belon raksasa sahaja.
Selebihnya, lihat sendiri gambar dibawah ini.
Antara penambahbaikan yang dialu-alukan untuk tambahan aktiviti di Cameron Highlands.
Kami tak mengalu-alukan konsert, karaoke terbuka dan segala aktiviti syok sendiri tetapi biarlah aktivti yang boleh memanfaatkan sesama ahli keluarga seperti ini.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment