Ada yang bertanya saya apakah projek pembinaan berhadapan dengan Maybank di Tanah Rata atau lebih tepat Persiaran Camellia 4?
Jawapan saya adalah sebuah 'kompleks membeli belah" terbaru malah satu-satunya yang akan wujud setakat ini di Tanah Rata di mana dilengkapi 175 suite apartment dengan sebahagiannya adalah menjadi hotel dibahagian atasnya.
Ini adalah projek pemulihan selepas bangunan asalnya terbengkalai hampir 15 tahun setelah menghadapi masalah kewangan oleh pemaju sebelumnya pada zaman kegawatan ekonomi 1997 yang melanda negara.
Malah ketika saya mulai menjadi penduduk di sini 10 tahun lalu, saya melihat struktur terbengkalai ini setiap hari kerana pejabat saya ketika itu juga berhadapan dengan bangunan ini.
Namun sejak dua tahun lepas, pemulihan projek yang terbengkalai ini telah dimulakan oleh pemaju yang baharu dengan sedikit pindaan pada pelan asal.
Melalui bunting promosi yang dipasang akan mempunyai komplek membeli belah 3 tingkat dengan kedai jualan antaranya DIY, Old Town White Coffee dan pelbagai lagi di mana terdapat 180 oulet pelbagai saiz ditawarkan.
Melalui bunting promosi yang dipasang akan mempunyai komplek membeli belah 3 tingkat dengan kedai jualan antaranya DIY, Old Town White Coffee dan pelbagai lagi di mana terdapat 180 oulet pelbagai saiz ditawarkan.
Manakala di bahagian atas adalah servis apartment dan hotel. Dikhabarkan unit hotel akan diuruskan oleh Avillion Hotel Group Sdn Bhd dan akan dikenali sebagai AVILLION CAMERON HIGHLANDS dengan tawaran 100 unit bilik studio dan 2 bilik apartment yang menanti anda.
Saya kurang pasti perinciannya namun anda boleh klik di laman web mereka ini CAMERON FAIR untuk lebih lanjut dan perinciannya.
Yang teruja ketika ini anak-anak saya yang setiap kali melintasi Persiaran Camellia 4 ini akan bertanyakan bilakah CAMERON FAIR ini akan dibuka dan mereka teruja nak ke DIY yang sentiasa menjadi kegilaan mereka setiap kali ke bawah,
Yang boleh jadi gila nanti adalah saya ....... dugaaannnnnnn poket tatkala trolley DIY bergerak nanti...
Errr jangan tambah potensi gila saya ini dengan pertanyaan lanjut. Hubungi mereka yang berkenaan, saya sekadar berkongsikan jawapan dari pertanyaan sahaja bukan pula sebahagian dari mereka.
No comments:
Post a Comment