Saya agak hairan kerana mendapati catatan ini agak mendapat sambutan. Saya terfikir-fikir apakah ramai yang mencari kemudahan berkhemah di sini. Setelah mencuba melakukan pencarian di google dan Yahoo dengan kata kunci Tips melawat Cameron Highlands, baharulah saya faham dan mendapati ianya kebanyakkan menunjukan catatan ini.
Jika anda ingin mengetahui lebih tips melawat ke Cameron Highlands, sila teruskan pencarian anda di ruangan 'search' di laman ini ataupun klik di ruangan link di petak bawah dan harapan saya tips-tips yang lain dapat membantu anda. Terima kasih kerana singgah ke sini ...
Melawat dan berkunjung di Cameron Highlands bukan sekadar untuk perjalanan percutian keluarga berkonsepkan Agro Tourism tetapi juga menawarkan Percutian Kembara dan Lasak yang menarik dan mungkin sedikit mudah dan ringkas.
Jika anda ingin mengetahui lebih tips melawat ke Cameron Highlands, sila teruskan pencarian anda di ruangan 'search' di laman ini ataupun klik di ruangan link di petak bawah dan harapan saya tips-tips yang lain dapat membantu anda. Terima kasih kerana singgah ke sini ...
Melawat dan berkunjung di Cameron Highlands bukan sekadar untuk perjalanan percutian keluarga berkonsepkan Agro Tourism tetapi juga menawarkan Percutian Kembara dan Lasak yang menarik dan mungkin sedikit mudah dan ringkas.
Bayangkan anda berada di atas kawasan tanah rata atau 'plateau' pada ketinggian 2000 meter dari aras laut yang pastinya menjanjikan cabaran yang tersendiri.
Jika anda bertanya pendapat mengenai cabaran percutian kembara, pastinya jawapan mudah adalah mendaki gunung-gunung di sekitar Cameron Highlands. Namun terdapat juga cabaran ringkas seperti berkhemah dan merentas denai atau jungle trek sekitar Tanah Rata, Brinchang dan Habu.
Pilihan untuk mendaki gunung adalah seperti mendaki ke puncak Gunung Jasar, Gunung Berembum, Gunung Brinchang, Gunung Irau dan beberapa lagi puncak gunung yang menjanjikan cabaran yang mungkin juga sedikit berbeza antara satu yang lain.
Nampaknya cabaran mendaki gunung ini juga boleh menjadi topik blog ini kemudian. Nak kena cuba dahulu baharu boleh berkongsi, kalau tidak nanti dikatakan Indah khabar dari rupa.. cuma persoalannya, bila sahaja... maklumlah lama dah tak mendaki... sungguh lama...
Jalan Masuk dan parking kereta |
Tapi topik yang ingin di kongsi adalah mengenai TAPAK PERKHEMAHAN SUNGAI PAUH. Terletak di dalam kawasan Komplek Pejabat Hutan Dearah Cameron Highlands iaitu dua km dari Pekan Tanah Rata ataupun hanya bersebelahan Kampung Taman Sedia dan Kem Slim.
Pokok jenis acalaytous yang ditanam sekitar 1948 |
Tapak perkhemahan yang disediakan |
Kem Sg Pauh ini adalah diurus tadbir oleh Pejabat Hutan Kecil Cameron Highlands dan amat sesuai untuk aktiviti perkhemahan bagi kalangan pengembara dan juga institusi pendidikan. Namun kalau dilihat dengan lokasi yang ringkas dan kemudahan yang lengkap, aku selalu melihat Kem ini juga menjadi pilihan tapak perkhemahan bagi aktiviti keluarga.
Di kelilingi oleh hutan simpan yang berusia mungkin lebih daru seratus tahun malah terdapat tapak kajian tanaman yang berusia melebih 60 tahun. Malah ianya juga menghubungkan dengan jaringan trek hutan untuk ke Parit Fall, Robinson Fall malah mendaki Gunung Berembum.
Plot tanaman kajian |
Antara permulaan jungle trail menuju Parit Fall |
Terdapat pelbagai kemudahan. Antaranya Tapak Perkhemahan, surau , tandas berasingan jantina, pondok BBQ, Pentas Aktiviti, Pondok Rehat dan alur Sungai Pauh yang kecil dan selamat. Sungai Pauh dikhabarkan antara Sungai Paling Bersih di Cameron Highlands kerana tiada kawasan pertanian dibahagian hulunya.
Surau dan tandas |
Cuma bagi mereka yang ingin berkhemah disini, suhu pada waktu malam pastinya amat mencabar anda dan jika anda ingin mandi manda, suhu airnya juga pastinya mengigit ke tulang.
Bagi anda yang berminat untuk menempah tapak perkhemahan ini boleh terus menghubungi Jabatan Perhutanan Daerah Raub dan Cameron Highlands di talian 05-4911384 tetapi selalulah anda mencuba talian ini kerana jarang diangkat ekoran hanya beberapa kakitangan sahaja yang bertugas.
Jenis tapak perkhemahan lantai tanah |
Jenis tapak perkhemahan. Lantai simen. |
Caj tapak perkhemahan adalah diantara RM 3-5 seorang sekali masuk iaitu anda boleh berkhemah selamanya dengan hanya sekali bayaran tetapi dengan khemah sendiri dan jika anda ingin menggunakan bekalan elektrik, anda boleh mendapatkan kadarnya dari Pejabat Hutan.
Tapak meletak kenderaan adalah selamat dan hanya seminit berjalan kaki. Kawasan perkhemahan ini hampir dengan kemudahan awam seperti hospital dan kedai-kedai keperluan.
Saya dan keluarga pernah mengalami sendiri pengalaman berkhemah di sini dan catatanya boleh anda perolehi dengan mengklik di SINI.
Saya dan keluarga pernah mengalami sendiri pengalaman berkhemah di sini dan catatanya boleh anda perolehi dengan mengklik di SINI.
'SELAMAT BERKHEMAH...'
2 comments:
Hi, Mr.Kumai ada sedikit ejaan yang salah bukan " Pokok jenis acalaytous " tapi pokok jenis eucalyptus . btw nice blog :D
Sayang.. dulu cantik ja tempat ni. Sekarang dh moden..lampu dh bnyk.. dh mcm dduk depan Pavillion dah rasa.. lepas ni letak vending machine setiap tapak khemah. Back to nature
Post a Comment