TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, September 12, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Perkampungan Orang Asli di Cameron Hihglands..

Cameron Highlands mempunyai pelbagai kisah menarik untuk diketahui dan dikongsikan bersama. Baik dari rupa bentuknya, flora dan faunanya yang begitu berbeza dan penduduknya.

Daerah yang berkeluasan 72 km persegi ini adalah daerah terkecil bagi negeri Pahang dan bancian penduduknya menunjukan sekitar 32 ribu penduduk mendiami daerah ini dengan pecahan didahuli oleh Kaum Cina, India, Melayu dan Orang Asli. 

Yang lebih unik diantara komposisi kaum ini adalah kaum Orang Asli yang telah menjadi penduduk terawal di tanah tinggi ini. Bercerita mengenai Masyarakat Orang Asli, saya ingin berkongsikan mengenai penempatan mereka yang terletak sekitar Cameron Highlands. 













Insyallah saya akan 'updatekan' catatan ini mengenai perkampungan dan penempatan mereka pengalaman saya yang ringkas bersama mereka bermula sekitar 6 tahun yang lalu.

Penempatan Orang Asli sememangnya telah lama bertapak di Cameron Highlands. Mengikut perangkaan yang saya perolehi seperti petikan dari laman JKOA ini... 


Pada 2010 JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) telah melaporkan jumlah penduduk Orang Asli telah meningkat kepada 178,197 orang.daripada 141,230 pada tahun 2006. Hampir keseluruhan Orang Asli ini adalah penghuni luar bandar dan menetap di dalam 852 buah perkampungan.
Sebahagian besar daripada perkampungan mereka ini terletak di dalam kawasan pedalaman dan kerana itu belum menerima kemudahan asas yang lengkap. Sejumlah 32.6% atau 278 buah kampung Orang Asli belum lagi mendapat kemudahan air dan 23.9% atau 204 buah kampung belum lagi menerima  kemudahan elektrik.
Antara negeri-negeri di Semenanjung yang ramai didiami oleh Orang Asli ialah Negeri Pahang yang mempunyai penduduk Orang Asli seramai 67,506 orang diikuti oleh Negeri Perak yang mempunyai penduduk Orang Asli seramai 53,299 orang (Rujuk Jadual 1). Kedua-dua buah negeri ini mempunyai 2/3 daripada keseluruhan penduduk Orang Asli di Semenanjung.

Berbanding dengan kemudahan yang terdapat di perkampungan masyarakat Melayu, umumnya perkampungan komuniti Orang Asli berada pada tahap yang lebih mundur.  Ini adalah kerana beberapa sebab. Antaranya ialah lokasi petempatan mereka terletak jauh di pedalaman dan kampung tersebut pula adalah kecil. 

Sejumlah 559 buah daripada 852 buah perkampungan tersebut adalah kecil dan mempunyai penduduk antara 100 - 500orang sahaja.  Status tanah tempat perkampungan mereka terus bermasalah hingga ke hari ini kerana ada yang terletak dalam kawasan hutan simpan dan kawasan perhilitan.
Jadual 3 dibawah menunjukkan kedudukan kampung dan Klasifikasi Kampung Orang Asli yang terdapat di Semenanjung.  Daripada 852 buah perkampungan tersebut hanya 6 buah kampung yang terletak dalam kawasan Bandar dan hanya 51 buah kampung sahaja yang diklasifikasikan sebagai maju kerana memiliki kemudahan asas yang lengkap.
Jadual 3 : Kedudukan Kampung dan Klasifikasi Kampung Orang Asli.
NEGERI JUMLAH KAMPUNG KEDUDUKAN KAMPUNG KLASIFIKASI KAMPUNG
Bandar Pinggir Pedalaman Maju Sederhana Mundur
Johor  58  1  51  6  18  25  15
Kedah  1  -  1  -  1  -  -
Kelantan 118   -  45 73   -  45  73
Melaka  14  -  14  -  1  6  7
N.Sembilan  68  -  64  3  4  42  21
Pahang  262  1  130  132  9 130  124
Perak 255   -  142  113 12 134  109 
Selangor  73  4  69  -  6 61 6
Terangganu  3  - 3  -  -  3  -
Jumlah  852  6  519  327 51  446  35
Daripada Jadual 3 di atas sejumlah 355 buah atau 41.6% perkampungan Orang Asli masih diklasifikasikan sebagai mundur  dan 446 buah atau 54.7% perkampungan masih berada pada tahap sederhana.
Ini menggambarkan bahawa sebahagian besar perkampungan Orang Asli masih memerlukan banyak pembangunan kemudahan infrastruktur  untuk membolehkan mereka menikmati keselesaan kehidupan seperti masyarakat lain di Negara ini.
Berbalik semula kepada penempatan Orang Asli di Cameron Highlands terdapat hampir 30 buah kampung yang masih berpenghuni. Cuma sedikit berbeza di mana jika 5 tahun yang lalu, kebanyakan kampung-kampung ini sukar untuk dikunjungi ekoran dari jalan darat yang tidak begitu sempurna. 

Namun sebahagian besar kini sudah mudah dikunjungi selepas pembinaan Jalan Baru Pos Betau ke Ringlet siap dan secara kebetulannya melalui perkampungan Orang Asli yang suatu ketika dahulu dikatergorikan sebagai pendalaman. 

Kampung Orang Asli yang terdekat dan mudah untuk dikunjungi adalah terletak di Tanah Rata iaitu Kampung Orang Asli Sungai Ruil yang pernah mengemparkan negara dengan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 7 orang penduduknya. 

Kedudukannya amat dekat dan boleh dikunjungi malah terdapat sebuah galeri orang asli di situ. 

Malangnya bagi saya, masih belum berkesempatan memasuki galeri ini biarpun 6 tahun berkampung di daerah ini.  

Insyallah akan saya usahakan dan barangkali catatan mengenai Kampung Sungai Ruil ini perlu saya masukan kerana sedang menghampiri penghujung sejarahnya.. kenapa? nantikan catatanya...

Berbalik kepada kampung-kampung yang terdapat di sini seperti Kampung Kuala Boh, Kampung Pos Mensun, Kampung Sg Tiang, Kampung Leryar, Kampung Rantau, Kampung Lemoi, Kampung Teji, Kampung Susu, Kampung Pos Telanok, Kampung Abu, Kampung Renglas dan Kamun Terakit.

Juga terdapat Kampung Rening, Kampung Sungai Lon, Kampung Cheros, Kampung Tiat dan Kampung Pinang. 

Semua kampung-kampung ini terletak di bawah pengurusan Pos masing-masing seeorti Pos Menson, Pos Telanok, Pos Terisu dan selebihnya akan saya kongsikan lagi kelak. 

Setiap kampung mempunyai Tok Batin yang dilantik untuk mengetuai pentadbiran kampung ini dan seterusnya menjadi ketua adat masing-masing. 

Tungguuuu.... sambungannya... 

6 comments:

Unknown said...

salam admin , tahu x kampung orang asli yang paling dekat dengan pusat bandar cameron

Sabah Story's House said...

hi saya nak tahu perkampungan orang asli yang mudah untuk pelajar universiti berkunjung dan melakukan aktiviti bersama penduduk kampung.boleh cadangkan kampung yang sesuai. yang mudah untuk kami pelajar lawati. tidak terlalu jauh dari pekan utama.

Unknown said...

Fuyooo best nya, tuan tinggal di sana ke?

michael cahill said...

wslk to and stay at traditional village if possible

michael cahill said...

missed earlier post. looking for a guide to drive/ grabcar trom tanah rata and wslk, trek to traditional orang asli village and stay overnight tonight 16/7/19, wslk and grabcar back to tanah rats 2 people

michael cahill said...

pls contact on email or Whatsapp 61403740729

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock