TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, September 12, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Wajah-wajah Orang Asli di Cameron Highlands

Bercerita mengenai Masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands, antara yang menarik untuk ditatap adalah wajah-wajah mereka yang begitu unik dengan tekstur wajah yang berbeza dengan kita. 

Baik mata, kulit muka, warna, telinga, rambut dan susuk tubuh kelihatan sedikit berbeza dengan kita yang berbangsa Melayu apatah lagi kaum yang lain. 

Setiap satunya mempunyai ciri-ciri yanag unik dan tersendiri yang sukar untuk menolak gelojak hati untuk tidak merakamkan wajah-wajah istimewa ini. 

Untuk catatan seterusnya mengenai masyarakat yang istimewa ini, akan cuba saya kongsikan koleksi wajah-wajah mereka yang pernah saya temui dan berkesempatan merakamkan sendiri semasa berada di Cameron Highlands.

Ada diantara mereka yang saya kenali dan ada yang tidak dan diambil secara jauh. 

Cuma kualiti gambar agak biasa tanpa seperti profesional di luar sana. 

Saya juga ingin berkongsikan sedikit maklumat mengenai sejarah masyarakat Orang Asli yang terdapat di Malaysia dari beberapa sumber carian di Internet. 
" Orang Asli adalah merupakan penghuni awal Semenanjung Tanah Melayu dan kini dikenali sebagai warga pribumi Malaysia. Petempatan mereka boleh ditemui di seluruh negeri Semenanjung kecuali di Negeri Perlis dan Pulau Pinang (lihat Peta 1).
Pada 2010 JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) telah melaporkan jumlah penduduk Orang Asli telah meningkat kepada 178,197 orang.daripada 141,230 pada tahun 2006.
Umumnya komuniti Orang Asli ini adalah terdiri daripada tiga kelompok kaum yang dikenali sebagai Negrito, Senoi dan Melayu Asli/Melayu Proto. 
Di antara ketiga-tiga kaum itu, kelompok Negrito lah yang paling kecil bilangannya dan terdiri daripada 5,009 orang sahaja, diikuti kelompok Melayu Asli yang berjumlah 75,332 orang dan kelompok Senoi berjumlah 97,856 orang.
Setiap satu kelompok kaum ini pula terbahagi kepada 6 kelompok etnik, menjadikan sejumlah 18 buah kelompok etnik Orang Asli semuannya.
Jadual 2 di bawah menunjukkan kelompok-kelompok etnik tersebut. 
Jadual 1 :  Bilangan Penduduk Orang Asli Mengikut Negeri Dan Kaum Utama 
NEGERI NEGRITO SENOI MELAYU ASLI JUMLAH
Pahang  925  29,439  37,142 67,506
Perak  2,413  50,281  605 53,299
Kedah  251  19  0 270
Selangor  3  5,073  12,511  17,587
Kelantan  1,381  12,047  29 13,457
Terengganu  34  818  41  893
N.Sembilan  -  96  10,435  10,531
Melaka  1  28  1,486 1,515
Johor  1  55  13,083  13,139
Jumlah  5,009  97,856  75,332  178,197
               Sumber : Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (2010). 
Jadual 2 :  Kelompok Etnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia
SENOI MELAYU-PROTO NEGRITO
 Semai  Temuan  Kensiu
Temiar Semelai Kintak
Jahut Jakun Jahai
Che Wong Kanaq Lanoh
Mah Meri Orang Kuala Mendriq
Semoq Beri Orang Seletar Bateq

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai suku etnik Orang Asli di atas, saya amat-amat menyarankan anda mengKLIK di SINI untuk ke paparan PDF Buku Imbasan Emas yang sungguh menarik dengan maklumat bergambar berkenaan setiap etnik dan budaya mereka. 

Jangan tak KLIK ....

Selebihnya gambar-gambar Masyarakat Orang Asli yang pernah saya rakamkan..






Insyallah akan ditambah dari masa ke semasa..masih mengumpulkan kembali koleksi lama dan dikongsikan di siri kedua catatan ini... 

2 comments:

I-DEAL said...

Assalamualaikum.

Tuan,
mohon kebenaran utk guna foto di catatan ini untuk tujuan komersial.

Terima kasih.

FB - AIDIL AZIM
HP - 017 931 4167

Mrkumai @ Jack said...

OK aje.. asalkan niat atau motifnya bukan memperlecehkan, mengaibkan dan meperkecilkan mereka, saya tak ada masalah..

kalau siap tu kongsikan la.. boleh saya bagi tau mereka. ada yangs aya kenal...

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock