TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, September 10, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Kedai kek

Kemaskini Catatan terbaru Kedai Kek Norsham saya ada kongsikan bagi edisi 2018 dengan maklumat yang terkini. 


*************************************************

Agak lama juga saya tidak menyelitkan info mengenai Cameron Highlands, sekadar memasukan dan berkongsi pendapat berkisar mood 'merdeka' semata. Bukan apa bahan utama seperti gambar tak dapat saya muatnaikan ke dalam komputer kerana masalah  kad SD kamera saya.

Apapun, saya teringatkan antara pertayaan yang diajukan kepada saya khasnya beberapa bulan yang lalu iaitu tips untuk 'mendapatkan atau membeli kek' di sini.

Maklumlah sambil-sambil melancong ada juga yang mempunyai tujuan sampingan seperti meraikan harijadi, ulang tahun perkahwinan, sambutan hari istimewa seperti hari bapa, hari ibu, hari guru dan sebagainya. 

Kalau nak membawa kek yang sudah dibeli dari rumah pastinya agak sukar dan berisiko dalam perjalanan ke sini. Jadi, alternatif terbaik adalah membeli kek di sekitar Cameron Highlands. 

Memang terhad sebenarnya jika ingin membeli kek di Cameron Highlands kerana hanya beberapa lokasi sahaja yang menawarkan perkhidmatan ini. Malah lebih sulit kerana ada yang perlu menempah awal. 

Antaranya seperti berikut :

1. Hotel penginapan anda. Anda boleh bertanyakan kepada kaunter hotel anda untuk mendapatkan kek. Hotel-hotel yang besar biasanya ada menerima tempahan kek.

2. Orang perseorangan. Kadang-kala jika anda bertanyakan kepada hotel penginapan ataupun pemilik apartment yang anda tempah mereka mempunyai nombor ataupun kenalan yang menerima kek. 

3. Kedai kek. Kalau tak silap saya, hanya ada dua atu tiga sahaja kedai kek yang beroperasi di sini. Antaranya jika anda di Brinchang, berhadapan dengan Hotel Kavy, anda akan menemui sebuah kedai kek di sana ( Pemiliknya berbangsa Cina kalau tak silap saya).

Namun kedai kek pilihan saya dan keluarga adalah di Royal Lily yang dimliki oleh pengusaha Bumiputera Islam yang lebih menyakinkan jika anda mencarai makanan 'halal'. 

Saya selalu menempah beberapa kek dari beliau cuma perlu menempah awal sedikit iaitu sehari awal. 

Apapun jika anda ingin mencuba, boleh menghubungi Haji Badrul Sham Haji Othman di talian 0126200193 atau isterinya Hajah Normah , 0175366104. 

Mereka merupakan pemilik, pengusaha, pekerja, chef dan segalanya di Hatter Cafe & Bakerie. Alamat mereka Norsham Homemade Confectionery & Western Food, RLC1-G9 Taman Royal Lily, Tanah Rata, Cameon Highlands. Email: haqeem2002@yahoo.com

Kedai mereka ini adalah dibawah naungan FAMA dan juga terdapat pelbagai produk seperti roti dan coklat.

Ini menjadi pilihan saya, pilihan anda mungkin berbeza...     


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock