TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, September 14, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Cameron Highlands dikala malam...

Malam di daerah ini mungkin tidak setanding dengan malam di tempat-tempat yang lain khasnya di bandar besar yang dihias indah dengan lampu neon berwarna warni dan pelbagai bentuk.


Malam di daerah ini mungkin tidak akan sehangat dengan malam di tempat-tempat yang lain bukan sahaja cuacanya, suhunya tetapi juga aktiviti di malam hari...

Malam di daerah ini mungkin tidak akan sama dengan apa yang bakal anda alami dan saksikan sendiri malah jika ingin mencari kesamaan ditempat lain, hanya seperti Genting Highlands dan barangkali Fraser Hill sahaja setara dengannya.

Apa yang ada di waktu malam di Cameron Highlands? Tiada apa-apa sebenarnya... mungkin hanya cuaca yang dingin ke tulang ... dan ketenangan yang menjadikan tempat ini sesuai untuk berehat dari hiruk pikuk kota yang dihadapi saban hari..

Cuma gunakanlah malam di Cameron Highlands dengan rehat dan santai yang seselesanya. Manfaatkan malam di Cameron Highlands bersama keluarga menikmati steamboat di restoran-restoran sambil disapa dingin malam.

Atau anda boleh bersantai dan berbual sambil menghirup kopi atau teh jenama tempatan seperti Boh dan Cameron  Valley sambil berdiang di lobi hotel.

Atau anda boleh menyambung operasi 'membeli belah' sayur-sayuran dan juadah makan malam di pasar malam di Pekan Brinchang. Pastinya bunga-bungaan dan baju berlatarkan ikon Cameron Highlands tidak akan ketinggalan dari senarai belian anda. 



Atau lebih meriahnya lagi jika anda ber BBQ sambil bersembang dan berjenaka bersama kawan-kawan dan keluarga dianjung-anjung apartment percutian anda. 

Yang tidak betah berdiam di dalam hotel, panjangkanlah langkah anda ke Tanah Rata kerana deretan gerai makan tempatan dan segera seperti Starbuck menanti anda sehingga lewat malam. 

Atau anda boleh memanjangkan langkah memandu ke pekan Ringlet ataupun Tringkap ke atasnya kerana ketika ini cahaya lampu dari puluhan rumah plastik bunga-bungaan dipasang sepanjang malam. 


Atau yang lebih ekstrem anda boleh memanjat ke Puncak Gunung Brinchang untuk mendapatkan pemandangan yang amat cantik iaitu lampu-lampu dari kebun bunga diseluruh daerah ini atau cahaya bintang dari puncaknya. 

Bagi kaki fotografi, suasana ini amat menarik lensa kamera anda dan lengkapkan juga kembara anda jika kena pada waktunya bulan penuh atau separa yang kelihatan jelas seolah-olah berada di atas kepala anda. Pastikan anda membawa tripod.



Apapun...yang ingin berkelubung dibalik selimut dibilik hotel diucapkan selamat tidur dengan "nyenyak" di Cameron Highlands.... tetapi hanya untuk mereka yang dah "halal" sahaja... 

Pejabat Agama Islam di sini aktif mencegah kemungkaran...  bagus mereka ini.. salute... 

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock