TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, February 20, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Taman Rama-Rama Kea Farm


Semalam sempat membawa keluarga ke Taman Rama-Rama di Kea Farm. Jujurnya ini adalah kunjungan yang pertama selepas hampir 5 tahun menetap di sini. Selalunya sekadar melihat dari luar tanpa berniat untuk masuk. 

Terletak di Kea Farm atau lebih tepat berhampiran masuk Sungei Palas Tea Centre dan hanya di tepi jalan utama. 


Dengan bayaran RM 5 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak-kanak (tak bayar pun sebab anak kecil lagi), kami memulakan lawatan kami. 

Sangkanya hanyalah rama-rama tetapi rupanya terdapat juga haiwan esotika seperti lelabah, kala jengking, reptilia, arnab, cameleon, gengko, katak besar, chipmunk dan serangga unik seperti leaves bug, walking stick dan beberapa lagi yang aku pun dah lupa. 

Kiranya ok la kalau nak dikira dengan harga masuk cuma jangan di bandingkan dengan zoo-zoo di Kuala Lumpur kerana taman ini diusahakan secara peribadi dan banyak sangat kekurangannya selain bersaiz kecil . 

Jadi seperti biasa, gambar menceritakan selebihnya. Sabar aje la nak ambik gambar rama-rama.... sama macam anak-anak aku .. tak duduk diam.. puas kejar ke sana sini. Baik anak mahupun rama-rama.. Nasib baik mama dan papa mereka tak main kejar-kejar jugak...  Double klik untuk gambar yang lebih besar. 














 

Kalau dah baca ni, bagi la ulasan...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock