Parapat adalah bahagian darat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Somosir. Menjadi aktiviti wajib bagi pelancong jika ke Lake Toba untuk menaiki feri untuk menyeberang ke Pulau Somasir.
Terdapat beberapa jeti yang tersedia khusus kepada pelancong dan warga tempatan. Selain bot, terdapat feri yang mengangkut kenderaan seperti kereta dan lori.
Pada awal pagi hari kedua kami meneruskan perjalanan untuk ke Pulau Somosir atau lebih tepat ke Perkampungan Tomok yang terkenal dengan sejarah Makam Raja Sidabutar.
Memandangkan kami adalah kumpulan pelancong yang kecil, maka kami menaiki bot penambang biasa yang juga digunakan oleh orang tempatan. Tetapi jika anda dalam kumpulan yang besar, biasanya agen perlancongan anda akan menyewa bot khas yang akan bertolak dari perlabuhan Ajibata untuk ke sini.
Istimewanya, di sana anda akan melihat bagaimana keletah anak-anak muda atau kanak-kanak yang meminta anda membuang duit syiling ke dasar tasik di perlabuhan atau jeti dan mereka akan berebut-rebut menyelam ke dasar mengutipnya.
antara bot penambang yang biasa kelihatan di sini. |
Juga sepanjang perjalanan mereka akan menghiburkan anda dengan dendangan lagu ala 'akustik' dengan mengharapkan sumbangan anda. Ini adalah pengalaman saya pada tahun 2006 dan untuk kali ini tiada kanak-kanak yang mengikuti kami kerana bot penampang biasa digunakan.
Perjalanan dari jeti di sekitar Ajibata ke Pulau Somosir adalah sekitar 45 minit - 60 minit. Untuk trip kami ini, kami hanya akan ke Kampung Tomok tanpa ke Perkampungan Ambarita. Jika anda mengikuti kumpulan dan menggunakan bot sewa khas biasanya akan melibatkan Perkampungan Tomok dan Ambarita.
Kebiasaanya , bot penambang akan mempunyai dua tingkat dan ada bahagian yang terbuka dibahagian atas.
Yang merisaukan adalah anak-anak kecil yang suka berjalan ke sana sini dan sisi tepi bot yang terbuka cukup merbahaya.
Juga lebih merisaukan, pada permerhatian saya tidak terdapat jaket keselamatan dan bayangkan kedalaman tasik ini dikatakan menjangkau 600 meter ke dasarnya dan kita pula terkapai-kapai dibahagian atas tanpa bantuan jaket keselamatan.
Sepanjang perjalanan, bot yang bergerak perlahan ini membolehkan anda bergambar sepuas-puasnya dan selepas 20 minit, anak-anak mulai rasa bosan dan mengantuk. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, bawalah bersama minuman, susu ataupun jajan bagi mengelakan mereka kebosanan.
muka bosan... |
Tambang bagi seorang dewasa hanyalah sekitar INR 5,000 ataupun RM 1.70 seorang.
Tips berdasarkan pengalaman saya:
- Makan sarapan terlebih dahulu kerana di Pulau Somosir adalah penempatan Batak Toba yang kebanyakan adalah beragama Kristian.
- Bawa bersama makanan ringan bagi mengalas perut.
- Bawa air mineral bersama kerana cuacanya agak panas.
- Pilih tempat duduk di bahagian dalam semasa pulang kerana panas.
- Jaga keselamatan anak-anak anda ketika berada di atas bot.
Selebihnya saya biarkan gambar menceritakan suasananya... klik untuk gambar yang lebih besar
Pulau Somosir.. |
No comments:
Post a Comment