TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, February 8, 2012

Sokong Israel seperti hapuskan Palestin


Oleh HERY SUCIPTO

Laknatullah !!!!

Dalam wawancara dengan harian terkemuka, The Wall Street Journal edisi Asia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongannya terhadap keamanan dan keselamatan negara Yahudi, Israel.

"Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel," kata Anwar dalam wawancara tersebut.

Wawancara yang dilakukan Januari lalu itu bukan sahaja menyebabkan rakyat Malaysia terkejut, tetapi juga umat Islam antarabangsa, termasuk di Indonesia, mereka berasa hairan dan tertanya-tanya.

Adalah amat malang untuk pemimpin seperti Anwar yang ketokohan beliau begitu dikenali di Indonesia membuat kenyataan seperti itu ketika beliau sedang giat mencari sokongan politik.

Sebagai pemerhati masalah Palestin dan Asia Barat, saya pun terkejut membaca kenyataan pemimpin pembangkang dari negara jiran tersebut di media online.

Seperti kita ketahui Palestin adalah masalah sensitif dan terus menjadi sorotan dunia antarabangsa. Berpuluh-puluh tahun (sejak 1948, bersamaan berdirinya negara Israel), bangsa Palestin ditindas dan dijajah hingga hari ini oleh Israel.
Akibat penjajahan dan penindasan itu, bangsa Palestin berpecah-belah dan menjadi pelarian di seluruh pelosok dunia. Penduduk Palestin sekitar 6 juta orang, sebahagiannya iaitu kira-kira 2.7 juta menetap di tebing barat, 1.5 juta orang menetap di Genting Gaza dan selebihnya menjadi pelarian di negara-negara Arab, Teluk dan Afrika.

Dalam sejarahnya pula, negara Israel didirikan di atas tanah yang dirampas daripada Palestin dan hingga kini terus meluaskan pembangunan pemukiman Yahudi, sehingga menyebabkan semakin sempit wilayah geografi Palestin
kesan pencerobohan yang dilakukan oleh pemerintahan zionis tersebut.

gaza9Ketika melancarkan buku barunya kelmarin yang berjudul, Gilad Atzmon: Catatan Kritikal Palestina dan Masa Depan Zionisme, Ahmad Syafii Maarif menyatakan, masalah Palestin bukan masalah agama atau etnik.

"Masalah Palestin adalah masalah kemanusiaan," kata beliau.

Buku baru bekas Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiah itu adalah hasil interaksi dirinya dengan Gilad, bekas anggota tentera udara Israel, yang membelot dan kini menetap di England. Gilad menentang keras pemerintahan rasis Israel, dan menyokong perjuangan kemanusiaan membela Palestin.

Hakikatnya, organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Liga Arab dan lain-lainnya tidak mampu membendung serta menghentikan tindakan ganas yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

PBB yang dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, selama ini lebih menyokong tindakan Israel. Sementara negara-negara Arab tidak boleh melakukan banyak tindakan kerana sebahagian besar adalah sekutu rapat AS.
Jika ada negara yang dengan tegas membantu dan menyokong Palestin, seperti Iran, pastilah akan dimusuhi AS dan Barat, dengan pelbagai alasan klasik.

Perjuangan Palestin meraih kemerdekaan dan berdiri sebagai negara yang bebas, memang sangat mencabar.
AS dan Barat yang memveto cadangan kemerdekaan Palestin tidak mengambil kira kejahatan Israel yang melebihi aksi pengganas dengan membunuh ratusan ribu warga Palestin.
Ia seperti mana peristiwa pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra Shatila dan aksi-aksi keji lainnya, termasuk penyerbuan ke Gaza tahun 1998 lalu.

gaza19Ia menjadi catatan penting pelanggaran serius hak asasi manusia dan pengingkaran terhadap nilai-nilai kemanusiaan oleh Israel, jelas membuktikan bahawa Israel adalah negara 'penaja' keganasan dan pengganas.

Ketika negara-negara Arab sukar bersatu, maka seharusnya penyatuan dan penggabungan dokongan terhadap perjuangan bangsa Palestin ditingkatkan.

"Bangsa Arab juga salah kerana ikut menyekat rakyat Palestin seperti di Rafah, Mesir. Tapi penyatuan kemanusiaan harus terus diperjuangkan bagi menyokong Palestin," kata bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, dalam majlis pelancaran buku Ahmad Syafii tersebut.

Meningkatkan semangat dan penyatuan kemanusiaan terhadap bangsa Palestin memang harus terus dilakukan, biar apa pun yang terjadi.

gaza20Politik bebas Indonesia setakat ini belum mampu dipraktikkan secara tegas dan nyata. Sokongan terhadap perjuangan Palestin lebih banyak sekadar seruan dan ucapan. Tindakan yang konkrit belum banyak dilakukan.

Indonesia dan juga Malaysia berpotensi menjadi pelopor perjuangan dan sokongan terhadap Palestin.

Oleh itu, tidak sepatutnya jika perjuangan kemanusiaan tersebut dirosakkan oleh individu-individu atau pemimpin Islam yang mendakwa membela dan memperjuangkan bangsa Palestin, tetapi hakikatnya turut menyokong negara zionis Israel.

Menyokong Israel sama seperti menyokong penghapusan bangsa Palestin. 

Jangan sampai terjadi seperti itu.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock