Bila anda sampai ke Cameron Highlands dan ingin sangat 'mengeledah' rahsia alam di sini yang memang luas dan menarik tetapi anda tertanya-tanya bagaimana cara yang terbaik.
Buntu dan binggung pula memikirkan siapa yang boleh membantu anda...
Jawapan saya ringkas. gunakan Agensi Travel dan Tour yang sememangnya banyak terdapat di sini.
Kenapa?
Mereka amat arif dan sangat berpengalaman serta mempunyai kemudahan yang amat bersesuaian dengan pakej kembara anda.
Mereka mengetahui selok belok dengan mahir.
Mereka mempunyai hubungan yang baik dengan orang Asli dan jabatan-jabatan yang berkaitan yang memudahkan pergerakan anda.
Kenderaan dan skil memandu mereka amat sesuai untuk perjalanan off road anda kelak.
Mahal ke ?
Pakej sekitar RM 25-RM 110 setiap seorang bergantung kepada pakej pilihan anda.
Apa yang istimewa?
Anda boleh melawat hingga ke pelusuk Cameron Highlands yang jika anda bertanya kepada orang tempatan sendiri pun tidak pernah ke sana. Termasuklah diri saya sendiri..
Anda tidak akan tahu di mana bunga raflesia terkini telah kembang...
Tidak pernah pula saya mencuba sepenuhnya atau menyelami kehidupan orang asli di penempatan mereka yang jauh ke dalam.
Pertama, malas, Kedua tidak tahu ke mana yang sesuai, Ketiga takut jugak kalau Orang Asli tidak menerima.
Masyarakat Orang Asli amat sensitif dengan kunjungan orang asing dan dengan bantuan guide ini mereka diberi sedikit bayaran untuk memperagakan kebudayaan dan cara hidup mereka dan dengan memilih guide ini sebenarnya membantu mereka mencari sedikit pendapatan sampingan.
Apa kata anda bersedia dengan sedikit cenderahati seperti gula-gula, alat tulis dan sedikit permainan untuk diberikan kepada kanak-kanak orang asli ini.
Pakej lawataan termasuklah dengan kemudahan kenderaan yang bercirikan lasak dan pemanduan 4 roda berbanding kereta anda yang belum tentu dapat masuk ke dalam jalan-jalan di kampung orang Asli..
Anda sendiri belum tahu ke mana nak pergi dan pakej ini termasuk dengan pemandu pelancong merangkap pemandu kenderaan pacuan 4 roda ini.
Anda sendiri akan pening memikirkan nama pokok atau binatang dan keistimewaannya. Tetapi pemandu pelancong mereka ini amat mahir dan hampir pakar. Mereka boleh menjemput anda seawal pukul 5 pagi untuk membawa anda ke puncak gunung melihat matahari terbit!.
Untuk kisahnya, aku tak nak la menceritakan sendiri. Kali ini aku "copy and paste" termasuklah gambar-gambar mereka :
Klik Gambar untuk ke pautan laman web mereka:
Ini adalah antara travel and tour agensi yang ada di sini. Mengenai harga pakej, anda boleh menghubungi mereka samada sebelum anda datang ke sini ataupun semasa anda berada di sini.
Tips:
Kembara lasak hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas. Bagi OKU, bayi, warga emas dan ibu mengandung, mungkin tidak sesuai.
Jika anda berkeluarga besar, dapatkan diskaun jika ada.
Pakai pakaian yang sesuai. Janganlah bertumit tinggi untuk melihat raflesia.
SELAMAT BERKEMBARA...
No comments:
Post a Comment