TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, February 21, 2012

Catatan Perjalanan: Makam Raja Sidabutar

Satu lagi tempat yang menarik di Perkampungan Tomok, Pulau Samosir adalah Makan Raja Sidabutar yang dianggap amat suci bagi kaum Batak khasnya di Perkampungan Tomok. 

Mengikut sejarah lisan, di sini merupakan kawasan makam bagi Raja-raja kerajaan Sidabutar yang memerintah perkampungan ini pada masa dahulu dari zaman purba sehinggalah ke zaman moden. 

Malah ini dibuktikan dengan salah seorang raja dari kerajaan ini disemadikan dengan cara agama kristian kerana merupakan Raja Sidabutar yang pertama beragama kristian dan dikuburnya di tandakan dengan tanda salib. 

Pak Agus
Mengikut kata Pak Agus, pemandu pelancong kami setiap kampung mempunyai raja yang memerintah dan Raja Sidabutar adalah antara raja yang amat berkuasa dan disegani suatu  masa dahulu. 

Terdapat lapisan generasi pemerintahan Raja Sidabutar dan mengikut kepercayaan mereka, apabila raja mati, mayatnya tidak boleh ditanam di dalam tanah sebaliknya diletakkan didalam keranda yang diperbuat daripada batu yang ditebuk. 

Kalau anda ke Makam Raja Sidabutar ini, anda akan diberikan selempang untuk dipakai semasa berada di sini secara percuma. Tetapi ketika memulangkan semula di pintu keluar terdapat sebuah tabung derma untuk anda berikan mengikut rasa pemurah anda. 

Selain makam Raja Sidabutar ini juga terdapat beberapa makam lain yang aku kabur infonya kerana sibuk mengambil gambar dan sibuk mengejar anak-anak yang berlari ke sana sini yang langsung tiada takut di dalam diri mereka. 

Yang takutnya adalah mak bapaknya kerana maklumlah di kawasan dan tempat orang ini kita bukan tahu sangat pantang larang dan apa yang mereka lakukan.

Cuma di patung keranda itu terdapat satu lagi patung kecil yang dikatakan melambangkan persahabatan Raja Sidabutar dengan salah seorang rakan dari Acheh yang beragama Islam. Aku temui satu laman web yang lebih menceritakan sejarah mengenai Raja Sidabutar ini. Klik DI SINI. Lebih baik anda baca laman web ini jika ingin mengetahui sejarah kerajaan ini dengan lebih terperinci. 

Selebihnya gambar menceritakan :

di pintu masuk makam 
Penerangan oleh pemandu pelancong. Tumpang dengar...


2006 dahulu di sini ada pokok tetapi sekarang ada makan raja terkini

Tips daripada pengalaman kami: 
  • Jaga tingkahlaku anda dalam mematuhi peraturan ataupun yang disuruh oleh pemandu pelancong seperti memberikan tanda hormat dan laungannya yang disuruh kita ikuti kerana kita tidak memahami maksudnya. Bimbang-bimbang melakukan perkara syirik tanpa sengaja.
  • Jaga anak anda kerana ini kawasan perkuburan lama. Anda fahamkan maksudnya. 
  • Kalau anda menderma niatkan sekadar tanda penghargaan kepada penjaga-penjaga makam yang mencari rezeki bukannya niat untuk mengagungkan roh ataupun semangat.  

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock