TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, February 13, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Kebun-kebun sayur


Cameron Highlands bukan sekadar sinonim dengan ladang teh tetapi turut terkenal dengan jolokan lubuk sayur Malaysia. Dianggarkan melebihi 4000 petani yang mengusahakan secara aktif kegiatan pertanian ini sebagai perniagaan. 

Uniknya lokasi ini dipilih adalah kerana kedudukan yang berada di tanah tinggi dan suhu yang amat sesuai bagi tanaman sayur. 

Namun kalaulah mengikut sejarah, seawal pembukaan Cameron Highlands, pihak Bristih tidak terlalu berminat untuk menjadikan pengeluaran sayur sebagai ekonomi utama tetapi dengan kedatangan kaum petani Cina, ianya telah membuka satu dimensi baru bagi Cameron Highlands. 

Tidak hairanlah pada zaman penjajahan Jepun, Cameron Highlands dijajah semata-mata kerana pengeluaran sayurnya sebagai sumber makanan utama. 

Kita tinggalkan sejarah kerana saya ingin berkongsi peluang anda untuk mengunjungi ladang sayur. Bagi pelancong dari bandar, pastinya akan menarik minat kerana sesuatu yang berbeza dan bagi orang kampung, mengimbau kenangan kerana bukan semua orang masih menanam.   


Cuma kalau awal 1960-1980 an, secara keseluruhanya diusahakan oleh ahli keluarga petani itu sendiri tetapi kini rata-ratanya adalah menggunakan buruh asing seperti Bangladeshi, Nepal, Myanmar dan Indonesia sepenuhnya manakala petani telah menjadi bos besar.

Kebun yang boleh dikunjungi:
Contoh kebun sayur yang berasaskan Agro Tourism seperti Cactus Valley, Strawberry, Big Red Strawberry dan juga banyak terdapat di Kea Farm. 
Stesen Mardi Tanah Rata untuk semua jenis tanaman. Baca Catatan DI SINI
Kebun Strawbery di Taman Sedia. Catatan Di SINI
Kebun sayur di Taman Sedia
Kebun bunga di Lembah Bertam, Ringlet
Kebun Bunga di Kuala Terla
Kebun bunga di sepanjang jalan Kg Raja
Kebun Bunga di sepanjang jalan Blue Valley
Kebun Sayur di sepanjang jalan ke Puncak Gunung Brinchang.
Kebun bunga di waktu malam.
Water Crest Farm di Habu
kebun salad di tanah rata
Kebun di teres cerun di Bertam Valley
masih diusahakan secara manual di Bertam Valley 
Pupuk minat bertani dari kecil.. anak saya .. 
Untuk gambar yang lebih banyak, anda lawati picawebmrkumai di SINI.


Kebanyakkan pengusaha membuka kebun mereka untuk jualan terus dari ladang. 
Selamat menyemai minat kepada pertanian ... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock