"Pergi ke perpustakaan sewaktu bercuti ?!!!!!"
"Apa punya cadangan ni? "
"Orang nak berehat dan berjalan-jalan.. "
"Bukan nak pergi baca buku !!!" "Sudahlah !!!!"
Ini mungkin kata-kata yang akan keluar dari anda jika saya mencadangkan anda ke Perpustakaan Daerah Cameron Highlands ketika anda bercuti di sini. Kenapa?
Jawapan saya ringkas!.
Jika anda ingin mengetahui mengenai sejarah Cameron Highlands, di sini terdapat ruang pameran mengenai daerah ini dari pembukaan sehinggalah sekarang.
Jika anda ingin mengetahui mengenai sejarah Cameron Highlands, di sini terdapat ruang pameran mengenai daerah ini dari pembukaan sehinggalah sekarang.
Beserta koleksi gambar-gambar lama, sememangnya amat mengujakan termasuklah bagaimana bandar dan bangunan terawal di Cameron Highlands, pembukaan penempatan baru, pembinaan empangan, sekolah, jalan raya serta pelbagai penerangan dan juga peristiwa penting yang berlaku di sini...
Masuk percuma! Ruang tempat meletak keretanya luas dan percuma !! Anda hanya perlu berada di ruang pameran bangunan perpustakaan sahaja tanpa perlu masuk ke ruang bacaan.
Bangunan utama Perpustakaan Awam ini juga merupakan bangunan batu terawal di sini!!
Bangunan utama Perpustakaan Awam ini juga merupakan bangunan batu terawal di sini!!
Cuma hanya dibuka pada setiap hari bekerja sahaja dari pukul 8.30 pagi sehingga 5 petang sahaja. Sambil anda melawat di sini, anda boleh menikmati makan tengahari di kafe di sini tanpa perlu menunggu lama.
Setiap dinding terdapat koleksi gambar lama. |
Selamat mengetahui sejarah silam Cameron Highlands...
1 comment:
info yang berguna tu. ada satu lagi tempat yang tak kurang menarik dan pelik Gallery House of Magic Potions di Taman Royal Lily, Tanah Rata
Post a Comment