Ini adalah berkenaan POLITIK.. jika anda tidak mahu membaca, cuma skip aje catatan ini
Membimbangkan ataupun tidak, ambil tahu ataupun tidak kisah, bukan jenis berpolitik ataupun tidak. Apa penting menajdi pengundi ? ape pentingnya sekeping undi dengan anda ? ape pentingnya sekeping undi kepada bangsa ? ape pentingnya sekeping undi kepada masa hadapan? dan apakah KUASA sekeping undi kepada Negara ?
Aku selalu ke IPOH dan di pasaraya samada Jaya Jusco dan Tesco, seringkali terdapat pendaftar ataupun wakil "SPR" samada rasmi ke tidak (aku percaya lebih mewakili parti politik) mendekati golongan muda dan menghulurkan pamplet untuk menjadi penggundi berdaftar.
Aku perhatikan:
Perayu ini adalah berbangsa CINA .. dan mencari golongan muda yang juga berbangsa CINA dan bila aku mendekati mereka untuk bertanya, macam layan tak layan sahaja. Malah pernah sekali mereka menyatakan, kempen ini untuk bangsa Cina sahaja.
Kenapa ? Aku percaya mereka adalah dari parti politik tertentu yang sedaya upaya menambahkan bilangan pengundi berdaftar dari bangsa mereka dan mereka yakin pengundi baru bangsa mereka ini akan menjadi pengundi mereka di PRU. Tak perlu menjadi ahli parti mereka...
Kita lihat bangsa aku .. MELAYU.. masih kedengaran ..
"aaahh aku bukan kisah sangat dengan politik" "Tak guna mendaftar pun, yang menang bukan aku"" Buat ape mengundi, yang kaya mereka, yang berkuasa pun mereka "" Ini semua buang masa"
Kesedaran begini amat merugikan. Aku taka bercakap mengenai RASIS tetapi jika ada yang mengatakan aku rasis.. lantaklah dan aku tak malu dianggap rasis kerana masing-masing ada pandangan dan sokongan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, berdasarkan kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan sebenar orang Melayu yang terbabit daripada jumlah terkini 3.7 juta orang yang layak mendaftar tetapi tidak berbuat demikian.
"Ada yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk mendaftar. Malah ada yang mengatakan tidak ada perubahan besar akan berlaku dengan hanya satu undi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada pegawai pengurus pilihan raya negeri di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Sehubungan itu, Abdul Aziz menasihatkan golongan itu agar segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka menunaikan hak dan tanggungjawab pada pilihan raya umum nanti.
Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, hanya 50 responden memberikan maklum malas daripada 42,057 orang yang disenaraikan sebagai pengundi meragukan.
"Daripada 50 orang itu, 26 masih aktif manakala 24 lagi tidak dapat dipastikan status mereka," jelasnya.
Oleh itu, katanya, seramai 42,031 nama lagi akan digugurkan daripada senarai pemilih selepas tarikh semakan berakhir hari ini.
Sementara itu Abdul Aziz menjelaskan, cadangan untuk mengadakan proses pengundian awal bagi pengundi di luar negara tidak dapat dilakukan dan akan kekal dengan kaedah sedia ada iaitu undi pos.
"SPR ada meminta kerjasama Wisma Putra untuk melaksanakannya, namun mereka tidak dapat melakukannya kerana pelbagai faktor. Antaranya jumlah pengundi yang ramai selain kedudukan mereka yang berselerak," katanya
sumber: utusan.
No comments:
Post a Comment