TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, February 13, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Industri bunga-bungaan.

Hanya 3 jenis bunga utama! Carnation, Ros dan Kekwa! 75% pasaran luar negara ! RM 300 juta setahun! atau RM 25 juta sebulan ! Atau RM 833k  sehari !!! Ini adalah fakta mengenai BUNGA! Hanya bunga ? 
Ya Hanya Bunga !!!
 

Bagi setengah malah mungkin 95% daripada kita akan mengatakan ..apalah sangat dengan Bunga tetapi bagi 5% yang lain bunga merupakan satu Industri yang amat menguntungkan. Kerana inilah , dianggarkan 450 ha tanah pertanian di Cameron Highlands merupakan pengusaha tanaman bunga segar ataupun keratan. 

Jika anda ke Cameron Highlands, melihatkan deretan dan mungkin berkelompok struktur binaan rumah plastik dan dikala malamnya akan bercahaya terang pastinya akan tertanya-tanya apakah jenis tanaman yang diusahakan. Jawapannya adalah bunga!!!.

Jadi jika anda ke sini selain daripada strawberry, sayuran dan juga teh, pastinya akan membeli bunga samada bunga ros, kekwa, carnation serta pelbagai lagi bunga segar yang datang dari ladang. 

Melihat kepada kepelbagaian bunga ini , kecur hati bagi ibu-ibu dan para gadis untuk membelinya. 

Anda tidak perlu masuk ke dalam kebun tetapi sekadar perlu ke Kea Farm, pintu masuk ke Sungei Palas, pasar malam di Brinchang malah hampir di merata tempat jualan akana terdapat bunga untuk dibeli. 

Terdapat juga nursery semaian di sepanjang jalan diantara Brinchang ke Kea Farm malah jika anda menghala turun ke Tringkap pasti juga akan bertemu. Malah terdapat Taman Ros dan Taman Cactus yang dibuka untuk kunjungan anda. 

Cuma sedikit tips dari saya :
  1. Beli ketika mahu pulang bukannya ketika baru sampai.
  2. Beli dengan kuantiti yang sedikit kerana bunga segar pasti tidak akan segar bila sampai ke rumah anda. Buat seperti melepaskan hajat membeli sudahlah .. 
  3. Anda boleh tawar menawar dengan gadis penjual bunga malah jika anda ramah dan bijak, anda akan dapat bunga yang sebagai hadiah.
  4. Kebanyakan tanaman berpasu tidak akan dapat hidup lama di bawah sana.
  5. Kaktus adalah tanaman yang paling tahan lama dan sesuai di bawah sana. 
  6. Jangan terbeli bunga kering yang dikatakan tahan sehingga 3-5 tahun. Malah anda juga   akan cepat jemu kelak. 

Selamat berbunga-bunga...

Juga anda boleh melihat koleksi gambar bunga di Cameron Highlands di Picasaweb saya di SINI seperti contoh di bawah : 


dan banyak lagi 

4 comments:

Tyra❤️Zami said...

Boleh beri saya contact num pembekal bunga segar dari cameron highlands? Email me @ fyra_230703@yahoo.com

Mrkumai @ Jack said...

Maaf Tyra, saya tiada nombor pengedar bunga.. selalunya saya beli di pasar malam ataupun KEA farm kerana kuantiti yang sedikit.

tak pernah beli yang banyak ..

Unknown said...

Sy nak order bunga dalam kuantiti yg agak byak utk company celebration.... boleh hantar ke melaka?

Unknown said...

Sy nak order bunga dalam kuantiti yg agak byak utk company celebration.... boleh hantar ke melaka?

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock