TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label Medan. Show all posts
Showing posts with label Medan. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Catatan Perjalanan: Masjid Raya Medan

Hari Ketiga : Masjid Raya


Selepas melawat Istana Maimun, sepelaung dari lamannya adalah terletaknya Masjid Raya yang suatu ketika dahulu merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Maimun. Sedikit sejarah mengenai Masjid Raya yang sempat diambil dan diolah semula dari laman web supaya tepat infonya;
Masjid Raya Al-Mashun merupakan peninggalan Sultan Ma'moen Al Rasyid Perkasa Alam, penguasa ke 9 Kerajaan Melayu Deli yang berkuasa pada thaun 1873 hingga1924. Di bina pada tahun 1906 diatas tanah seluas 18,000 meter persegi, ianya dapat menampung seramai 1,500 jemaah dan mula digunakan untuk sembahyang Jumaat pada tanggal 10 September 1909 bersamaan 25 Syaaban 1329 H. 
Dengan gaya gabungan senibina Timur Tengah, India dan Eropah di abad 18 ianya kelihatan unik dengan gabungan  bersegi lapan dan mempunyai 4 serambi utama di setiap penjuru bagi memudahkan pergerakan masuk dan keluar jemaah. Dibahagian dalamnya pula mempunyai 8 tiang utama sehingga ke kubah masjid serta dilengkapi dengan 2 menara dibahaian kiri dan kanan belakang masjid. 
Olahan sumber : di SINI 
Kami sempat menunaikan solat Zohor dan Asar di sini. Melihat kepada keunikan dan lokasi yang sangat bersesuaian , masjid ini tidak putus-putus menerima kunjungan jemaah untuk beribadat. 


Saya juga sempat ditunjukan AL-QURAN yang bertulis tangan dan berusia puluhan tahun yang dipamekan di suatu sudut masjid ini. 


Selebihnya , gambar menceritakan lawatan kami ke Masjid Raya, Medan... 








  





  Tips: 

  • Ruang mengambil air sembahyang adalah terpisah dari bangunan utama masjid. terdapat selipar yang boleh anda gunakan. 
  • Kasut anda boleh dibawa masuk sehingga di serambi utama dan disimpan di situ. Saya mencadangkan anda menyerahkan kasut anda untuk dikilatkan oleh anak-anak muda di sana dengan bayaran sekitar INR 3000-5000 sahaja. Berikan lebih sebagai derma.   
  • Terdapat peminta sedekah di bahagian pintu gerbang utama dan terpulanglah kepada anda untuk menderma ataupun tidak tetapi pengalaman isteri saya, beliau diserbu oleh peminta sedekah yang lain bila memberikan sedekah kepada salah seorang daripada mereka. 
  • Jika anda ingin mengambil gambar, jaga adab anda di Masjid. Sebaik-baiknya mohon izin atau bertanya samada boleh mengambil gambar di kalangan jemaah tempatan. Saya juga bertanya kepada mereka dan mereka mengatakan ambilah dan kongskan bersama rakan-rakan di Malaysia. 
  • Jika anda sudah sampai ke sini, saya syorkan anda menuaikan solat samada solat wajib ataupun yang sunat. Ramai pelancong yang datang sekadar mengambil gambar di luar dan berlalu...  

Catatan Perjalanan: Istana Maimun, Medan

Hari ketiga ... Istana Maimon, Medan.

Ketika aku menaip catatan ini sengaja aku pasang semula klip video persembahan pemuzik yang mengalunkan irama Melayu Deli di Istana Maimun yang sempat aku rakamkan. Orang kata mencari mood lebih untuk menaip. 
Setelah menikmati makan tengahari dengan menu dan selera Solo, kami meneruskan perjalanan dan lawatan kami ke Istana Maimun yang terletak di dalam Kota Medan. 

Aku sempat membaca sejarah ringkasnya ketika di sana tetapi untuk lebih ketepatan fakta, lebih baik aku mencari sedikit info dari laman web yang berkaitan. 
" Istana Maimun juga digelar dengan Istana Putri Hijau yang merupakan Istana Kebesaran Kerajaan Melayu Deli. Dengan warna kuning sebagai warna kebesaran Kerajaan Melayu serta hijau berlambangkan Islam, ianya selesai di bina pada 25 Ogos 1888 dibawah Sulta Makmun al-Rasyid Perkasa Alamsyah iaitu Putera Sulong kepada Sultan Mahmud Perkasa Alam, pembina Kota Medan. 
Dikatakan awalnya Medan kesultanan ini menjangkau beribu hektar luasnya tetapi semakin lama semakin mengecil sehingga yang tinggal kini hanya medan istana ini sahaja.
Sehingga kini, Istana yang mempunyai keluasan 2772 meter persegi  dengan halaman seluas 4 hektar ini masih dihuni oleh para waris Kesultanan Deli di 30 ruang-ruang bilik Istana ini.
Dengan ketinggian dari aras lantai bawah ke atas adalah 14.14 meter serta kelebaran mencapai 75.5 meter, bangunan dan struktur istana ini masih amat kukuh biarpun dikatakan semakin hari semakin terbiar akibat kekurangan dana. 
Namun keunikan senibina Istana yang mencampurkan adunan senibina Moghul, Timur Tengah, Sepanyol, India, Belanda dan Melayu yang diadunkan oleh arkitek berbangsa Itali, T.H. Van Erp tetap menjadi tumpuan ramai samada pelancong tempatan mahupun asing.
                                                                                    olahan dari sumber di SINI  "
Berbalik kepada kunjungan kami, terasa irama Melayu Deli yang dimainkan oleh pemuzik amat dekat dengan jiwa kami keranan alunan irama Melayu sama seperti di Malaysia. Malah bila mereka memainkan lagu 'Barang Yang Lepas Usah dikenang" ciptaan P. Ramlee begitu mengasyikan . 


Semasa kunjungan saya terdahulu tiada caj masuk dikenakan tetapi kini mereka terpaksa mengenakan caj masuk sekitar INR 7,500 ataupun RM 2.60 seorang dewasa. 


Selebihnya eloklah gambar-gambar ini  menceritakan ...








 

 
  



Tips: 

  • Jika anda datang  berkumpulan dibawah agen, akan terdapat jurugambar yang berusaha untuk mengambil gambar anda dan pemandu pelancong anda itu akan menjualnya kepada anda selepas waktu makan tengahari sebelum ke Danau Toba. 
  • Anda boleh mendapatkan lawatan dengan panduan pemandu pelancong yang akan menerangkan segalanya di kawasan Istana ini dengan caj bayaran tertentu. 
  • Anda boleh menemui beberapa waris Kesultanan Deli atau dikenali dengan Pak Tua yang juga boleh menceritakan mengenai Kesultanan Deli dan Istana serta beliau akan menunjukan gambar-gambar lama. Dermakan sedikit sumbangan anda seikhlasnya. 
  • Anda boleh mengayakan pakaian lama Istana dengan bayaran tertentu untuk bergambar. 
  • Jangan melewati ruang yang dihadkan kerana Istana ini masih didiami oleh waris sultan. 
  • Anda boleh melihat serpihan meriam di luar Istana dengan dikenakan caj masuk. Saya tidak melakukanya. 
Selamat menghayati keindahan dan keunikan Istana Maimun...  

Catatan Perjalanan: Berastagi

Hari Ketiga Berastagi ke Medan


Bermalam di Berastagi di Grand Mutiara Hotel amat menyenangkan selepas penat dalam perjalanan dan angin seluruh badan penangan Teh Bandrek di Simarjunjung. Nasib baik minyak angin Yuyi Cap Limau anak aku amat membantu mengeluarkan angin dari badan dengan mudah. 

Berastagi merupakan kawasan tanah tinggi yang terkenal dengan pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah kalau anda membeli kubis yang diimport dari Indonesia, inilah tempatnya. 

Berastagi diapit dua gunung berapi yang masih aktif iaitu Sinbanyak dan Sinabung. Malah dari hotel kami ini dapat dilihat Puncak Gunung Sibanyak (kalau tak salah saya)  yang masih mengeluarkan asap sulfur. 

Berastagi dikenali dengan jolokan Tanah Karo kerana di sini adalah didiami oleh suku Batak Karo berbanding di di Toba dikenali dengan Batak Toba. 

Di Berastagi terdapat beberapa pilihan lokasi lawatan seperti kolam air panas di kaki Gunung dan juga terdapat taman tema tetapi kami tidak berhajat untuk ke sana kerana ingin melebihkan waktu di bandar Medan dengan memasukan agenda ke Istana Maimon dan Masjid Aji di dalam jadual lawatan kami di hari ketiga ini.

Pasar Buah merupakan pasar membeli belah tradisional yang harus anda singgah jika berada di sini. Terdapat pelbagai buah-buahan tempatan yang dijual di sini termasuklah pokok bunga serta pelbagai barangan cenderamata seperti key chain dan baju untuk anda beli dan dibawa pulang.

Juga jika anda ingin merasai menaiki kereta kuda yang saya lupa nama tempatan dengan caj sekitar INR30-50 ribu rupiah atau sekitar RM 15- 25 untuk sepusingan. 

Perjalanan kami ke Medan sejauh 65 km juga amat mengujakan dengan lebih banyak kenderaan di laluan yang sibuk ini dan anda boleh melihat pelbagai ragam dan jenis kenderaan yang terdapat di sini. 

Kami juga sempat singgah merasai jagung bakar dan rebus sambil melihat pemandangan sebahagian Bandar Medan dari deretan gerai di pinggir jalan yang dipanggil Puncak. 

Selebihnya kami membiarkan gambar-gambar ini menceritakan sepenuhnya.. klik gambar untuk imej yang lebih besar...

Bangun awal semata-mata nak mandi kolam

gunung berapi yang masih aktif
Bunga di Cameron Highlands lebih cantik.. adik tak layan pun ..









Tips: 
  • Jika anda ingin membeli baju yang mempunyai nama Berastagi, Pasar Buah adalah yang terbaik kerana di tempat lain kurang pilihan. 
  • Jika anda ingin menaiki kereta kuda, runding dahulu harga dan dapatkan kerjasama pemandu pelancong anda terlebih dahulu. 
  • Jika anda singgah di deretan gerai jagung di puncak hati-hati dengan beruk dan monyet liar.Cukup berani dan jaga anak-anak anda. 
  • Saya mencadangkan lawatan singkat di Berastagi kerana anda tidak akan membeli buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dibawa pulang ke Malaysia. 
ungkapkan 'Menjuah-juah' bila sampai di Tanah Karo ini ... maksudnya selamat datang.. ye ke ? saya teka saje...  

Catatan Perjalanan: Air Terjun SiPiso-Piso

Hari Ke dua Danau Toba ke Brastagi:

Selepas menghabiskan masa setengah hari di Pulau Somosir, perjalanan kami diteruskan ke Berastagi dan antara  hentian kedua yang mesti dilakukan oleh pelancong adalah mengunjungi Air Terjun Si Piso-Piso. 

Air terjun ini dikatakan antara yang tertinggi di Asia Tengara iaitu setinggi 100 meter atau 366 kaki. Uniknya alurnya akan terus menjunam ke kolam dibawahnya tanpa melalui alur atau dinding batu. 

Memasuki kawasan ini anda akan dikenakan caj masuk sekitar INR 5000 setiap seorang atau bersamaan RM 1.70. 

Berdasarkan maklumat di laman web, Air Terjun Si Piso-Piso ini akan mengalir ke Danau Toba dibahagian paling utara atau dikenali sebagai Toa Silalahi yang sebelum itu akan melalui sebuah kampung kecil bernama Togging. 

Jika anda melihat ke sebelah arah Selatan, anda akan melihat bahagian hujung Danau Toba.  

Berbalik kepada SiPiso-Piso ini, jika anda tidak keberatan, anda boleh menuruni tangga-tangga dan denai kecil untuk ke kolam dibawahnya tetapi perlu diingatkan anda perlu mendaki naik semula nanti. 

Kerana itulah, kebanyakkan pelancong termasuk kami sekluarga sekadar menikmati pemandangan air terjun ini dan juga bahagian hujung Danau Toba dari atas sahaja. 

Selebihnya, gambar menceritakan perjalanan kami ke sini. 
Penghujung Danau Toba
 



Jika anda melalui perjalanan dari Danau Toba ke Berastagi, anda akan melihat di sepanjang perjalanan anda pokok kopi dan limau ataupun dipanggil jeruk. 

Apa kata anda singgah merasai sendiri jeruk yang ditanam dengan begitu banyak di sekitar daerah ini. 

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock