BOH telah bermula seawal 1924 lagi. Saya telah berkongsikan beberapa catatan awal mengenai syarikat Boh ini dan juga artikel-artikel mengenainya.
Malah saya telah berkongsikan beberapa catatan mengenai Tea Centre mereka baik di Sungei Palas mahupun di Habu.
Untuk catatan kali ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai perjalanan saya menaiki motosikal sekitar kawasan Ladang Teh di Habu ini.
Kali ini perjalanan saya agak mudah kerana dengan menaiki motorsikal, saya boleh mengunjungi hampir keseluruhan kawasan ladang teh ini.
Cuma saya kurang pasti apakah aktiviti sebegini dibenarkan oleh pihak ladang teh. Apapun selamat mencuba. Jika diminta beredar, hormati dan akurlah dengan arahan mereka.

Dengan menaiki motorsikal model KLX 150 , saya memasuki ladang ini dengan lancar dan terus ke Ladang BOH. Sebelum ini saya menaiki frontier untuk ke sini tetapi mendapati agak sukar untuk menjelajahi semua bahagian di sini.
Ladang Teh di Habu ini sebenarnya lebih besar daripada Ladang Teh Sungei Palas. Malah ianya merupakan ladang teh terawal yang dibuka di Cameron Highlands.
Dengan kesempatan menaiki motorsikal, saya lebih mudah untuk ke setiap penjuru ladang tetapi perlu berhati-hati kerana ini adalah kawasan operasi ladang setiap hari.
Sehingga tahun 2007, Ladang Teh ini merupakan tumpuan utama di sini sebelum pembukaan Sungei Palas Tea Centre berikutan pembukaan jalan baharu dari Simpang Pulai dan Lojing.
Lama kelamaan, ladang teh ini semakin terpinggir namun tarikan yang ada di sana tetap tidak berubah.
Jika anda bertanya kepada saya, lokasi ini lebih cantik dan unik berbanding di Sungei Palas. Cuma kedudukan yang sedikit rendah memungkinkan cuaca tidaklah sesejuk di Sungei Palas.
Saya tidak pasti samada maklumat ini tepat ataupun tidak. Ladang Teh di Habu ini dibahagikan kepada 4 division, iaitu South, BOH, Central dan Farlie.
Anda perlu menamdu sejauh 6.5 km dari simpang masuk di Habu. Menariknya di sepanjang laluan ini terdapat kebun-kebun sayur yang diusahakan dan lebih uniknya adalah kebun water crest ataupun selada air.
Kolam-kolam air bertingkat mengikut laluan sungai menjadikan ianya unik. Saya pernah berkongsikan catatan mengenai ladang water crest ini dalam catatan terdahulu. Buat carian Jalan Boh untuk beberapa siri catatan menarik mengenai laluan ini.
Malangnya semasa kunjungan saya di sana, kelihatan pengusaha ladang water crest ini sudah mula menukarkan jenis tanaman yang berpolibag.
Memasuki kawasan ladang teh, anda akan melalui pos pengawal dan mula menyelusuri laluan yang sempit. Sentiasalah memberi kerjasama jika bertembung dengan kenderaan yang lain.
Sekitar 1 km, anda akan sampai di Tea Centre mereka. Ianya adalah yang terawal. Menggunakan binaan bangunan separa bulatan ataupun niesen hut yang popular oleh Askar British.
Di sebelahnya pula adalah kilang pemprosesan tea yang masih digunakan dan anda boleh memasuki kawasan kilang ini untuk melihat dengan lebih dekat teknik yang digunakan untuk memproses teh.
Terdapat bukit tinjau yang boleh anda daki dengan mendaki tangga dan denai sehingga ke puncak bukit untuk melihat pemandangan sekitar.
Tetapi .. itu adalah lawatan biasa yang sering dilakukan oleh pengunjung. Ini adalah lawatan tambahan yang jarang dilakukan.
Anda boleh memandu ke dalam kawasan ladang ini untuk ke LADANG BOH dibahagian dalamnya. Pemandangannya lebih menarik, lebih luas, lebih landai dan lebih memukau.
Anda boleh melihat dan singgah di kawasan penempatan rumah pekerja yang unik.
Berhati-hati memandu. Jangan laju dan sentiasa membunyikan hon di setiap selekoh.
Bagi yang berbasikal, laluan ini amat saya syorkan. Juga untuk mereka yang berjoging atau berjalan kaki.
Pergi seawal pagi untuk melihat pemandangan indah. Malah anda dapat melihat pekerja-pekerja ladang teh melakukan kerja mereka. Jangan di ganggu kerja mereka. Perhatikan dari jauh sahaja.
Patuhi arahan petugas dan kakitangan ladang. Mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan di tempat kerja kepada pekerja mereka dan juga orang awam.
Malah beringat selalu, anda berada di laman orang. Hormati segala peraturan mereka.
Yang menarik di sini selain ladang teh yang sayup mata memandang adalah kehidupan warganya baik dari pekerja sehinggalah kepada anak-anak mereka yang bersekolah. Jangan lokek untuk memberikan sedikit hadiah seperti pencil, pen, cookies dan sebagainya.
Anda mungkin berbelanja sekitar RM 20-30 sahaja untuk membeli hadiah kecil ini tetapi senyuman mereka tiada bernilai.
Bagi yang ingin menginap di ladang ini untuk bangun awal pagi, saya mengesyorkan anda untuk menginap di MALAYSIA NATURE SOCIETY FIELD STUDY CENTRE yang akan saya kongsikan catatannya nanti.
Ketika kunjungan saya yang baharu minggu lepas, sungguh bernasib baik kerana dapat melihat keunikan membaja menggunakan kapal terbang malah mungkin anda tidak menyangka bahawa di sini terdapat landasan kapal terbang yang tertinggi di Malaysia... !!!!!
Insyallah akan saya kongsikan nanti...
untuk koleksi gambar saya di sana minggu lalu, anda boleh lihat di FB Mrkumaiblogspot.com ..Klik

No comments:
Post a Comment