Memetik dari laman ini Klik ... saya kagum dengan keberanian Tun Dr. Mahathir dalam menangani keangkuhan British selepas pasca Merdeka.
1.
Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang cintakan agama, bangsa dan Negara.
Setiap tindakan beliau adalah demi kepentingan Negara. Kepentingan Negara
diutamakan melebihi kepentingan peribadi.
2.
Atas keperibadian inilah, beliau marah dengan tindakan Britain yang telah
menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak 3 kali ganda bagi pelajar
luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain merupakan destinasi pengajian
tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar Malaysia merupakan pelajar asing
paling ramai di United Kingdom pada masa itu. Beliau menganggap tindakan ini
menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara
commonwealth.
3.
Beliau juga marah dengan tindakan Britain yang tidak memberi hak pendaratan
tambahan kepada Malaysia Airlines di lapangan terbang
Heathrow.
4.
Selain daripad itu, beliau juga telah mengarahkan rancangan untuk mengambil alih
Guthrie dari Britain supaya tanah-tanah pertanian ini kembali menjadi hakmilik
rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui operasi `Dawn Raid’ atau serangan subuh,
Malaysia sebagai sebuah Negara yang kecil telah berjaya mengambil alih syarikat
Guthrie melalui pasaran terbuka dengan permainan
mereka.
5.
Tindakan beliau ini mengundang kemarahan Britain dan mereka (Guthrie, London
Stock Exchange dan Kerajaan Britain) telah melemparkan pelbagai tuduhan dan
mengaitkan tindakan `Dawn Raid’ ini sebagai satu tindakan yang bersifat
nasionalisme. London Stock Exchange (LSE) pula kemudianya menukar kod
pengambilalihan (takeover code) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih
syarikat-syarikat lain.
6.
Dr.Mahathir kemudianya dengan lantang bersuara bahawa tuduhan nasionalisme yg
dibuat oleh Britain adalah untuk menghalang dan menakutkan pelaburan Negara
asing ke Malaysia. Beliau juga lantang mengkritik tindakan LSE menukar kod untuk
menghalang Malaysia mengambil-alih syarikat-syarikat lain seperti Dunlop, Barlow
dan Harrison kerana menurut beliau, London tidak melakukan sedemikian apabila
Arab, America dan Japan mengambil alih syarikat-syarikat Britain yang tersenarai
di pasaran London Stock Exchange tetapi apabila Malaysia melakukannya, mereka
mengubah peraturan.
7.
Beliau menyifatkan tuduhan dan tindakan Britain ini sebagai contoh mentality
colonial yang masih dipunyai oleh mereka [Far Eastern Economic Review,
October 30, 1981].
8.
Beliau juga mengkritik mesyuarat CHOGM dan mengatakan bahawa mesyuarat tersebut
hanya lebih banyak bercakap dan tidak memberikan hasil. Beliau tidak menyertai
CHOGM 1981. Beliau menyatakan bahawa lebih banyak yang boleh dibuat didalam
Negara daripada hadir ke meeting CHOGM [Asiaweek, October 9, 1981 dan The
Far Eastern Economic Review, September 25,
1981]
9.
Lanjutan dari beberapa tindakan Britain seperti menaikkan yuan pengajian,
melarang hak pendaratan tambahan dan serangan mereka terhadap operasi `Dawn
Raid’ ini telah menyebabkan Dr. Mahathir melakukan kempen `Buy British Last’.
Ini bukanlah satu polisi kerajaan sebaliknya adalah satu tindakan berani beliau
sebagai seorang Perdana Menteri untuk mempertahankan maruah Negara. Kempen ini
bermula dengan tindakan beliau yang mengarahkan semua pembelian oleh kerajaan
Malaysia dari Britain perlu dirujuk kepada beliau dan perlu disertakan dengan
sumber alternative dari syarikat selain Britain. Pembelian dari Britain hanya
boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir [Far Eastern Economic Review,
October 9, 1981].
10.
Lanjutan dari tindakan berani beliau ini, kerajaan Britain mula rasa terancam
sebab Malaysia merupakan Negara dagangan Britain yang agak besar dan banyak
syarikat Britain bergantung kepada urusniaga di
Malaysia.
11.
Selepas 5 bulan kempen `buy british last’ berjalan, pada Februari 1982, Britain
telah menghantar Setiausaha Luar, Lord Carrington dan Menteri Pertahanan, John
Notts ke Kuala Lumpur untuk berbincang tetapi tidak membuahkan hasil. Ini
memaksa Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher sendiri yang berjumpa dengan
beliau untuk menamatkan kempen `buy british last’ dan menyelesaikan isu
CHOGM.
12.
Lanjutan dari perjumpaan ini yg dibuat di London pada tahun 1983 oleh Margaret
Thatcher, beberapa resolusi dibuat antaranya kerajaan Britain menyediakan
bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai subsidi kepada pelajar
Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK dan memberi hak pendaratan tambahan
kepada Malaysia Airlines di Heathrow International Airport [The far eastern
economic review, April 14, 1983].
13. Dengan
satu tindakan berani beliau ini yang dilakukan secara bersendirian, sumbangan
sebanyak 160 juta pound telah diberikan untuk pendidikan rakyat Malaysia. Terima
Kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad.
14.
Dengan tindakan kerajaan Britain ini, maka kempen `Buy British Last’ dihentikan.
Beliau juga menghadiri mesyuarat CHOCGM 1985 dan 1987 dan mengumumkan Malaysia
akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat CHOGM 1989 dan sukan komanwel
1998.
15.
Lanjutan dari ini juga, Malaysia dan Britain menandatangani perjanjian jual beli
kelengkapan perang (Arms deal) bernilai 1.3 Billion pound dan projek
Hydroelectric Power Station (Pergau Dam) di Kelantan yang bernilai 234 juta
pound.
16.
Tetapi, pada tahun 1994, kerajaan Britain dan Media di Britain telah melemparkan
pelbagai tuduhan terhadap Malaysia dan Tun Dr. Mahathir. Mereka mengatakan
bahawa projek Pergau Dam ini adalah `gula-gula’ kepada Malaysia sebagai
pembalasan kepada perjanjian pembelian senjata oleh Malaysia. Malah media di
Britain juga menuduh bawah Tun Dr. Mahathir menerima rasuah. Media di Britain
telah cuba menghubungkaitkan perjanjian jualbeli senjata dengan projek Pergau
Dam [The Sunday Times, January 23, 1994]dan telah menuduh perbuatan
rasuah bernilai USD 500,000 kepda Dr. Mahathir [The Sunday Times, February
20, 1994].
17.
Dr. Mahathir telah menyampaikan kekecewaanya kerana kerajaan Britain tidak
membetulkan tanggapan bahawa sebenarnya projek Pergau Dam adalah low-interest
loan (concessionary loan) dan bukannya grant. Dr. Mahathir juga menuntut editor
Sunday Times untuk meminta maaf diatas tuduhan rasuah yang dibuat keatas
beliau.
18.
Mahathir telah menulis surat kepada Financial Times dengan
menyatakan “…no contracts in exchange for British press freedom to tell
lies” [The Financial Times, March 17,
1994].
19.
Akibatnya, selepas Malaysia menerima penghantaran 28 buah British Aerospace Hawk
Jet-fighter trainers (melalu perjanjian jualbeli senjata), Mahathir memberitahu
Duta Britain, Duncan Slater bahawa Malaysia tidak lagi akan memberi kontrak
kepada Britain. Tindakan ini kelihatan seperti kempen `Buy British Last’
II.
20.
Tindakan berani Dr. Mahathir kali ke-dua ini juga bakal menjejaskan banyak
contract syarikat Britain yang bernilai melebih 1 billion pound sterling
termasuk kontrak projek KLIA. Tun Dr. Mahathir sekali lagi bertindak tegas dan
berani mempertahankan maruah Negara dan dirinya dari dicemari dengan penipuan
oleh media Britain atas nama kebebasan media.
21.
Hasilnya, selepas 3 bulan, editor Sunday Times tersebut telah ditukarkan dan
tidak lagi bersama akhbar The Sunday Times.
22.
Selepas tindakan akhbar The Sunday Times ini, Dr. Mahathir menyatakann bahawa
beliau dapat melihat pembaharuan dan penambahbaikan dalam laporan media Britain
terhadap Negara Malaysia. Seterusnya, Dr. Mahathir menyatakan, sekiranya media
Britain tidak lagi membuat laporan penipuan terhadap Malaysia, Malaysia boleh
kembali berurusniaga dengan syarikat Britain.
23.
Sekali lagi, ketegasan Dr. Mahathir terbukti dalam mempertahankan maruah Negara
daripada dicemari oleh penipuan media Britain.
24.
Peristiwa-peristiwa ini sepatutnya mengingatkan kita bagaimana seorang pemimpin
yang begitu kuat sifat cintakan negaranya, bangsanya dan agamanya yang sanggup
melakukan apa sahaja demi Negara yang dicintai.
25.
Sayangnya, peristiwa-peristiwa ini tidak dipedulikan oleh sebahagian masyarakat
Malaysia, sebaliknya mereka lebih mahu mempercayai cerita-cerita fitnah yang
ditaburkan oleh sesetengah pihak yang benci kepada beliau. Terlalu banyak
fitnah-fitnah dan cerita tipu yang disebarkan mengenai Tun Dr. Mahathir. Tetapi,
sepertimana ramai yang maklum, Tun Dr. Mahathir tidak pernah kisah dengan cacian
yang dibuat terhadap dirinya kerana yang penting bukanlah dirinya, tetapi Negara
Malaysia. Beliau telah meletakkan kepentingan Negara melebihi
segala-galanya.
No comments:
Post a Comment