Melawat ke Cameron Highlands bagi yang pertama kali mungkin agak berterabur atau tidak pasti ke mana tujuan.
Mungkin ada yang tertanya, apakah tarikan utama ke sini dan bagaimana untuk mengunjungi kawasan tersebut.
Tidak kurang pula mungkin ingin mengetahui apakah ikon-ikon bersejarah yang perlu diketahui ketika hadir di sini.
Jawapan saya mudah. Seluk poket atau buka dompet anda. Cari dan keluarkan RM 3-5 dan singgah di mana-mana kedai dan tanyakan buku panduan melancong ke sini.
Jika tiada buku, anda akan boleh membeli lembaran panduan peta perjalanan yang siap dengan pelbagai informasi.
Dengan harga yang demikian anda boleh memiliki sebuah buku panduan melancong beserta peta lokasi dan maklumat tambahan yang boleh membantu anda merancang perjalanan anda supaya tidak tersesat dan menjimatkan masa.
Dengan harga yang semurah itu, anda boleh terus fokus dan mendapatkan pilihan yang terbaik untuk kunjungan anda.
Cuma lembaran buku panduan yang mempunyai pelbagai versi dan terbitan biasanya akan menfokuskan sebilangan tarikan kerana pemilik premis membayar harga tertentu untuk promosi premis mereka kepada penerbit buku dan lembaran panduan tersebut.
Cuma bagi mereka yang ingin mengetahui sejarah silam mengenai Cameron Highlands ini, saya mencadangkan anda membeli sebuah buku yang telah ditulis ini.
Bukunya tidak tebal tetapi menceritakan sejarah pembukaan daerah ini beserta gambar-gambar lama. Harganya sekitar RM 9-13 kalau tak silap saya.
Saya yang tinggal di sini juga membeli buku ini sebagai bahan bacaan untuk mengetahui sejarah lama.
Kalau tak mahu berbelanja sebegini, apa kata anda print out sahaja dari laman-laman blog yang banyak berkongsikan panduan ke Cameron Highlands ini seperti blog mrkumai.blogspot.com... percumaaa....
No comments:
Post a Comment