TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, June 12, 2013

Catatan perjalanan; Universal Studio Singapore

Mencelah sedikit dari info dan tips melawat CH , saya kongsikan sedikit catatan perjalanan "rombongan Cik Kiah" kami sekeluarga dan warga guru-guru SMK SAS ke Universiti Studio Singapore.
 
 
Program yang dijadualkan pada cuti sekolah diawalkan kerana cuba mengelak kesesakan semasa di USS.  Juga bolehlah dianggap sebagai sempena Hari Guru.
 
Kami bergerak ke Johor Bahru pada 17 May yakni sehari selepas Sambutan Hari Guru.

Perjalanan menuruni bukit melalui Jalan Tapah menggunakan bas sedikit berbeza bagi kalangan kami yang selalunya menaiki kereta sendiri.
 
Pening dan mabuk terasa. Mujurnya tiada yang muntah.
 
Bertolak pada pukul 3 petang, kami hanya tiba di Hotel Tropical Inn pada pukul 11.30 malam.
 
Malam kami berlalu dengan tidor yang lena dan lebih selesa berbanding di atas bas.
 
Awal paginya, selepas bersarapan pada pukul 7 pagi, kami bersiap ke Singapore. Barulah kami dapat melihat Bandaraya JB dengan jelas dan jarak hotel penginapan kami ke Tambak Johor hanyalah sekitar 10 minit.
 
Melepasi kaunter dan pemeriksaan Imigresen JB memang mudah tetapi apabila telah menyeberangi tambak, mulalah agak perlahan dengan pemeriksaan yang ketat dilakukan oleh pihak di sana.
 
Perjalanan ke USS agak jauh sedikit dari Tambak Johor. Kami tiba di USS sekitar 11.30 pagi dan mula memasuki kawasan USS selepas melepasi kawasan pemeriksaan tiket.

Harga tiket? Saya tak pasti sebab kami ambik pakej sekali bas + hotel + tiket. Tapi kalau di luar tu tertulis S$ 70.

Ambik pakej dari JB lagi murah kata orang. Cuba anda cari. Jangan tanya saya.
 
Sebaik masuk, pastikan anda mengambil peta kawasan USS yang diberikan secara percuma. Dapatkan juga jadual persembahan yang akan diadakan mengikut lokasi.
 
Percayalah, ianya amat berguna untuk anda merancang pergerakan anda di sini.
 
Bermula dengan alam Hollywood, di sini keterujaan bermula.
 
Dengan aksi model artis serta ikon holywood, kami mula berposing untuk bergambar dan berjalan-jalan melihat replika walk on frame.
 
 
Kepada yang belum atau mahu menukar wang anda, di sini terdapat satu sahaja kaunter pertukaran wang asing. Nasihat saya, tukar di Malaysia lebih awal.
 
Kemudian kami ke Bahagian New York dan pastinya anak-anak saya teruja untuk ke Sesame Street.
 
Namun sebelum itu, kami menikmati persembahan ala 70 an di pentas di hadapan Mets, restoran drive thru.
 
 
Semasa kami beratur panjang untuk memasuki terowong di Sesame World, terdengar diluarnya persembahan oleh 3 ikon Sesame Street.
 
Terus sahaja kami batalkan rancangan ke Sesame street tunnel dan segera melihat persembahan.
 
 
Anak-anak teruja dan kami akhiri persembahan di sini dengan bergambar bersama mereka.
 
Kemudian kami kembali ke Mid Town (kalau tak silap saya namanya) untuk melihat sendiri kawasan pekan lama yang unik.

Suasana agak lengang di sini kerana ramai yang tidak menyedarinya. Malah ada dikalangan rombongan Cik Kiah kami yang tertanya-tanya di mana letaknya bila melihat gambar kami.
 
 
Kemudian beraksi pula sekumpulan penari breakdance yang memecahkan suasana di hadapan cineme New York. Aksi mereka ligat dan menghiburkan malah reaksi penonton pelbagai negara juga amat sporting.
 
Menikmati makan tengahari kami di Metz juga agak ringkas dengan finger Chicken dan burger ikan serta air teh limau ais berharga $35 dollar atau RM 94.50.
 
Kami kemudian bergerak ke studio kesan khas 'Light, Camera, Action'. Seronok melihat suasana studio yang menampilkan kesan khas ketika ribut taufan kelas 5 berlaku yang diarahkan oleh Steven Spillberg.
 
Anak perempuan kami yang kecil menangis di penghujung aksi kerana terkejut dengan kesan khas di kemuncaknya.
 
Perjalanan kami di teruskan ke Sci Fi dan pastinya anak lelaki saya pula yang amat teruja dengan aksi Transformer.
 
 
Namun untuk kami mengikuti permainan dan motion picture tidak kesampaian kerana ketinggian anak yang tidak melepasi syarat.
 
Bersebelahannya pula adalah aksi roller coster yang mengerunkan. Kami tak sampai hati untuk menaikinya tambahan perlu beratur panjang.
 
Suasana cuaca kian panas. Kami terus sahaja bergerak ke kawasan tema ala Egypt yang membawakan ikon Mummy The Return.
 
 
Melihat tentera kucing yang mengusik pengunjung memang seronok bagi saya tetapi tidak bagi anak kecil kami.
 
Sekali lagi had ketinggian anak-anak kami menghalang untuk kami mencuba roller coster di dalam kawasan piramid.
 
Manakala untuk menaiki kereta menyelusuri pula pencarian harta karun juga terlalu menyeksakan kerana perlu beratur panjang.
 
Akhirnya kami bergerak ke kawasan Tema Jurassic Park dan menghabiskan masa di sana buat seketika di dalam panas membahang.
 
Bersebelahan adalah kawasan bertemakan Waterwolrd namun pertunjukan tidak bermula lagi membuatkan kami bergerak ke Far-Far Away dan berkesempatan bertemu dengan Shrek.
 
 
Kami kembali semula ke Sci Fi untuk bersolat. Namun kawasan bilik solat terlalu kecil malah amat kecil. Malah bunyi roller coster di sebelahnya juga agak kuat.
 
Menjelang pukul 5 petang, perarakan Hollywood Dream bermula dengan pelbagai aksi perarakan dapat dilihat melibatkan semua ikon dan tema yang terdapat di sini.
 
 
Kami beransur keluar sekitar pukul 6 petang seperti yang dijadualkan oleh ketua rombongan Cik Kiah kami.
 
Kami tidak berkesempatan untuk ke Madagascar dan terlepas peluang untuk melihat pertunjukan bunga api yang dijadualkan pada pukul 8 malam.
 
 
Apapun sekitar 6 jam di sini, kami teruja dan seronok.
 
Pastinya sudah terancang pula untuk kunjungan  kedua kelak dan sebaiknya selepas anak-anak membesar sedikit untuk melepasi syarat ketinggian untuk permainan.
 
Koleksi gambar selebihnya di SINI dan SINI dan juga dI SINI.
 
Perjalanan pulang kami menggunakan Link kedua agak dekat dengan USS dan urusan di Imigresen kedua-dua bahagian pantas.
 
Kami hanya tiba di Cameron Highlands pada pukul 4.30 pagi dengan hanya dengkuran kedengaran sepanjang perjalanan akibat terlalu penat berjalan....

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock