Fenomena Supermoon atau Lunar Perigee telah berlaku pada hari Ahad yang lalu dan boleh dilihat di serata dunia.
Saya petik info dari wikipedia untuk lebih jelas fenomena ini;
Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang.
Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa. Istilah supermoon pertama kali dikemukankan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979.
Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. Hal ini sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi. Pada 23 Jun 2013 fenomena ini dijangkakan akan berlaku.
Fenomena ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi berbanding biasa.
Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.
Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogi. Apabila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.
Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri horizon
Bulan dikatakan pada malam 23 June 2013 berada pada kedudukan 356,989 kilometer dari bumi.
Saya juga berkesempatan menangkap gambar supermoon ini walaupun dalam keadaan berjerebu di sekitar Cameron Highland.
Berbekalkan camera D90 saya serta lensa 70-300 mm yang dipasang kukuh pada tripod, saya mula mencari detik yang sesuai untuk menangkap gambar bulan ini.
Lokasinya agak dekat iaitu di anjung balkoni apartment saya.
Kru yang terlibat dua anak kecil saya yang berebutkan remote untuk menekannya bila mengambil gambar.
Saya mula melihat di luar rumah saya sekitar pukul 8 malam namun suasana berkabus tebal tidak mengizinkan saya untuk menangkap gambar.
Cuma sekitar 9 malam, kabus tebal beransur dan mula menampakan sepenuhnya supermoon. Tanpa berlengah saya menangkap gambar bulan ini sekitar 10 minit sebelum kembali berkabus.
Begitulah keadaanya sehingga pukul 11.00 malam di mana bulan mulai jelas kelihatan kerana sudah berada di kedudukan menegak.
Tips untuk mengambil gambar Bulan?
Saya bukan pakar dalam menangkap gambar namun pembacaan saya melalui internet banyak membantu.
Saya gunakan sekitar f10-20 dengan kelajuan shutter sekitar 1/125 hingga 1/320 serta ISO 200 malah kadangkala sehingga L.03.
Saya menggunakan WB Auto dengan beberapa percubaan daylight, cloudy dan juga fluroencent untuk mendapatkan beberapa kelainan.
Lensa yang saya gunakan adalah 70-300 mm pada kedudukan maksimum. Tripod yang saya gunakan amat membantu disamping remote kabel.
Cuma supermoon ini agak dekat dan lebih terang dari keadaan bulan penuh yang biasa dan memerlukan beberapa percubaan.
Jangan takut dan malas membaca rujukan di internet. Saya menggunakan blackberry saya untuk membaca tips-tips berkaitan gambar bulan sepanjang sessi mengambil gambar ini.
Koleksi gambar selebihnya di laman fb mrkumai. klik ingat ... saya amatur sahaja.. jangan bandingkan dengan yang pakar ya....
No comments:
Post a Comment