Lusa, 5 Mei 2013 hari yang dijanjikan oleh semua pihak yang boleh mengundi untuk menunaikan kewajipan masing-masing dalam memilih wakil rakyat.
Untuk Daerah Cameron Highlands, suasana pilihanraya agak tidak meriah kerana jelas untuk kempen didominasikan oleh seorang dua calon sahaja.
Setelah 15 hari berkempen secara rasmi dan bertahun pula berkempen secara tidak rasmi, maka telah wujud pelbagai ramalan yang tersendiri ke atas calon masing-masing.
Untuk PRU 13, saya juga ingin membuat ramalan. Ini sekadar ramalan peribadi semata-mata atas pemerhatian sendiri. Nanti 6 Mei saya buat perbandingan keputusan sebenar.
P78 Cameron Highlands:
5 penjuru menyaksikan suasananya patut meriah tetapi berlaku sebaliknya. Kempen-kempen calon hanya tertumpu kepada wakil Barisan Nasional iaitu Dato G Palanivel, Presiden MIC dan sedikit wakil parti DAP, Manoharan.
Manakala dua wakil bebas dan wakil BERJASA agak tenggelam dari segi kempen.
Saingan nampaknya sengit diantara calon BN dan calon DAP.
Saya melihat kecenderungan untuk berlaku kompromi diantara wakil BN di mana dikatakan pengundi MCA yang kecewa kerana pertukaran kerusi DUN Tanah Rata yang diberikan kepada Parti Gerakan.
Kata-kata yang berlegar, mereka akan mengundi Parlimen untuk BN tetapi tidak untuk DUN. Kaum Cina dikatakan berjumlah 9,000 pengundi di kawasan parlimen dengan 8,000 berada dikseitar Cameron Highlands berbanding di Jelai. 3,000 pengundi mengikut sejarah keputusan PRU akan dimiliki oleh DAP. Dari 6,000 yang berbaki, kemungkinan untuk melihat semuanya adalah milik Dato G adalah mustahil kerana beliau mengakui sendiri dari siri jelajah beliau, pengundi muda Cina berpihak kepada DAP berbanding pengundi tua dan berusia.
Maka saya melihat nilai 9,000 undi milik Melayu yang didominasikan di sekitar DUN Jelai menjadi penyumbang utama kepada Dato G jika mereka inginkan BN terus memerintah. Namun gelombang ini mungkin sedikit berbeza kerana anak muda Melayu yang akan pulang mengundi berkecenderungan untuk melihat perubahan.
Juga faktor calon BERJASA yang merupakan orang Melayu mungkin menerima undi simpati atau dari kalangan atas pagar.
Undian dari Kaum Asli pula dilihat masih teguh dengan jumlah 4000 pengundi dikatakan 3000 akan memihak kepada BN.
Manakala kaum India yang lebih kepada PKR sejak dua tahun kebelakangan ini mungkin sedikit goyah untuk parlimen kerana mereka menjangkakan wakil PKR akan bertanding tetapi sebaliknya berlaku. Malah seminggu yang pertama kurang kelihatan bendera PKR berkibar kecuali minggu yang lalu.
Untuk dua lagi calon Bebas , saya melihat peluang mereka agak tipis malah tersebar di kalangan kata-kata pengempen parti bahawa mereka ini masuk bertanding dengan tujuan untuk mendapat 'belian' dari calon utama namun pendirian calon-calon utama untuk melabur duit kepada kawasan peti undi mereka lebih bernilai dari membayar kepada calon-calon ini.
Ini yang dikatakan dan saya dengar samada benar ataupun tidak saya tidak pasti.
Apapun dah panjang lebar analisa peribadi saya yang mungkin merepek, saya meramalkan Dato G akan menang dengan undian sekitar 10-12 ribu undi berbanding lawan DAP sekitar 9-10 ribu undi. Ataupun sebaliknya.
Cuma kuat sedikit untuk saya mengatakan Dato G akan menang...
Ini ramalan saya semata... dan saya bukannya mengundi di sini sebenarnya...
No comments:
Post a Comment