Saya kurang pasti samada saya telah memuatnaikan atau tidak mengenai Parit Waterfall.
Kalau sudah, anggapalah ini catatan yang terbaru mengenainya.
Saya mengunjungi air terjun ini minggu sudah. Tiada banyak berubah cuma saya gemar untuk melalui laluan ini sebagai cardio walk di kala lapang.
Dari Hotel Century Pines di Tanah Rata, anda boleh melalui laluan jungle walk ini sepanjang tebing Sungai Telom.
Hanya sekitar 600 meter, anda akan tiba di tapak perkhemahan Parit Water Fall.
Terdapat juga Montane Forest Park yang sebelumnya tetapi tidak pernah dibuka sepanjang pengetahuan saya.
Saya kurang apsti apakah perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Hutan untuk mengungjunginya namun saya melihat terdapat beberapa bahagian pagar yang telah dibolosi untuk memasuki kawasan ini.
Rugi terasa kerana pasti sejumlah peruntukan telahpun digunakan untuk membina kawasan Hutan Montaine Park ini tetapi terhad untuk kunjungan awam.
Tiba di sini anda boleh menggunakan beberapa fasiliti senaman yang amat ringkas dan kurang terjaga.
Anda boleh ke kawasan air terjun ataupun menyeberangi Sungai Telom melalui jambatan gantung untuk menyambung Jungle Walk No 4.
Bagi mereka yang ingin melihat air terjun, anda perlu melalui kawasan tebing sungai tanpa perlu menyeberangi jambatan gantung tadi.
Kawasan kolam air terjun ini tidak lah besar dan ketinggian air terjun pun sekitar 2 hingga 3 meter sahaja.
Tidak pernah saya melihat orang mandi di sini dan inilah juga kali pertama saya melihat orang memancing ikan.
Kata si pemancing ini, beliau sudah tiga kali memancing di sini dan berjaya menaikan ikan tengas beberapa kali.
Sejujurnya, air di sini diragui kebersihannya kerana dihuluan adalah pekan Brinchang dan semua air kumbahan dan longkang akan memasuki laluan sungai ini.
Ini belum di tambah dengan kebun-kebun sayur sepanjang tebing sungai ini. Malah ketika musim hujan, airnya akan keruh kerana hakisan dari bahagian tebing sungai dan kesan pembangunan yang lain.
Juga akan mudah anda lihat adalah sampah-sampah yang hanyut dan melalui kawasan air terjun ini yang agak kotor.
Nasihat saya. Usahlah mandi di sini. Sekadar berehat dan santai di kawasan ini. Mungkin untuk anda yang ingin berkelah menikmati bekalan makanan semata.
Pondok di atas air terjun telah rosak melebihi 2 tahun. Tiada tindakan pemulihan dilakukan. Amaran diletakan dihadapan laluan ke pondok ini.
Saya melanggarnya minggu lepas dan berjaya duduk di atas pondok tersebut namun ternyata tidak selamat untuk kunjungan awam. Terasa bergoyangan biarpun hanya saya seorang di atasnya.
Jom kita ajukan pertanyaan kepada pejabat hutan untuk kepastian adakah dalam perancangan mereka untuk memulihkan jambatan pondok tersebut.
Apapun selamat bersantai di sini...
Klik FB mrkumai untuk melihat koleksi gambar selebihnya... Klik .. SINI
No comments:
Post a Comment