TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, April 6, 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Memetik buah strawberry

Strawberry menjadi tumpuan kedua selepas teh di Cameron Highlands kerana tidak terdapat seumpamanya di kawasan rendah.
 
Tanaman strawberry mula dikomersialkan pertengahan tahun 1980 an melalui tanaman diatas tanah. Kini perubahan dan adaptasi teknologi moden ke atas sistem tanaman ini mula bercambah dan menghasilkan jumlah pengeluaran yang lebih untuk pasaran dan permintaan tempatan.
 
Selain membeli strawberry yang telah dibungkus kemas, anda juga boleh mengalami sendiri menuai strawberry seperti di Big Red Strawberry Farm di Brinchang, Chai Kok Lim Strawberry Farm di Time Tunnel Galery, Ika Strawberry dan Opah Strawbery di Taman Sedia serta beberapa lagi lokasi ladang agrotourism yang menawarkan peluang sebegini.
 
Cuma, jangan terlalu ghairah memetik strawberry kerana harga yang dikenakan adalah berasaskan berat buah yang dipetik dan jika dalam keluarga anda terlalu ramai yang ingin memetik, pastikan ianya dikawal kerana bimbang terlebih berat dan perlu membayarnya pula.
 
Harganya pula sedikit mahal dari yang sudah dibungkus dan dipamerkan untuk jualan.

Catatan dari Kosmo Online yang dihasilkan oleh Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI (ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my) boleh dijadikan rujukan kepada anda..


KUNJUNGAN anda tidak akan sempurna jika tidak menjengah ke ladang strawberi yang diusahakan menggunakan teknologi moden hidroponik di sekitar Tanah Rata dan Brinchang.

BERKUNJUNG kali kedua selepas pertama kali melakukannya lebih sedekad lalu mengundang seribu satu persoalan. Bahkan penulis sendiri tertanya-tanya benarkah dakwaan sesetengah pihak, pusat peranginan tertinggi negara, Cameron Highlands tidak lagi sedingin dan seindah dahulu?

Pastinya, pendakian jalan bengkang-bengkok dari Simpang Pulai, Ipoh yang merupakan laluan baru selain laluan sedia ada melalui Tapah, begitu mengujakan. Toleh saja ke kiri mahupun ke kanan, kehijauan gunung-ganang nyata mengasyikkan pemandangan.


Ketika perjalanan masih berbaki kira-kira 15 kilometer sebelum sampai di Kampung Raja, laluan berkabus nan dingin mula ditempuhi. Sejurus tingkap diturunkan, keseluruhan ruang kenderaan mula dirasai kelembutan bayu Cameron Highlands.

 

 


Dikelilingi kawasan hutan simpan yang tebal, Cameron Highlands yang terletak kira-kira 1,829 meter dari permukaan laut merupakan antara destinasi pelancongan terbaik yang mampu dan mudah dikunjungi oleh semua.

Terkenal dengan industri penanaman sayurnya, tidak hairanlah hampir di sepanjang perjalanan bermula dari Kampung Raja, batas-batas sayur pelbagai jenis yang diatur cantik kelihatan di kiri dan kanan jalan.
LADANG Teh Boh yang terletak di Sungei Palas dan Bharat Tea Plantation kira-kira 10 kilometer dari Tanah Rata ini masih menghijau seperti dulu.

Jika berkesempatan, anda boleh singgah di beberapa ladang sayur yang dibuka khusus untuk pengunjung yang mahu membeli terus produk tanaman yang diusahakan dengan harga yang cukup berpatutan.

Selain itu, kunjungan anda semestinya tidak akan sempurna jika tidak menjengah ke ladang-ladang strawberi yang diusahakan menggunakan teknologi moden hidroponik yang tidak kurang banyak jumlahnya di sekitar Tanah Rata dan Brinchang.

Anda boleh menjamah strawberi segar yang dijual malah berpeluang memetik sendiri strawberi yang dihajati. Harganya bergantung kepada berat buah yang dipetik.

KAKTUS Cowboy ada di sini.

Peluang sebegini pasti membuatkan sesiapa sahaja terutama anak-anak kecil teruja keriangan tatkala memetik strawberi daripada tangkainya.

Keistimewaan memetik sendiri strawberi ialah anda tidak perlu bimbang ditemberang si penjual yang menjual buah yang telah dipetik. Pilihlah strawberi yang segar dan harum dan harga yang dikenakan hanyalah RM30 bagi setiap kilogram.

Luangkan masa seketika mendekati beberapa ladang dan kilang teh yang turut menjual produk mereka dengan harga istimewa. Ia termasuklah
SAYURAN segar terus dari ladang ini dijual pada harga semurah RM10 untuk 18 bungkus!

Ladang Teh Boh di Sungei Palas dan Bharat Tea Plantation kira-kira 10 kilometer dari Tanah Rata. Anda juga boleh menikmati kelazatan teh segar yang panas sambil melihat kehijauan dedaun teh di lerengan.

Lawatan anda juga mungkin tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke pasar harian di Brinchang yang menawarkan pelbagai jenis produk menarik lain seperti kaktus, yang cukup sinonim dengan filem-filem Cowboy.

Di sini juga terdapat deretan kedai menjual bunga seperti ros, kekwa, lili nan mengharum yang dijual dengan harga cukup murah. Sebagai tanda kenang-kenangan, pastikan anda membawa pulang cenderahati pelbagai bentuk seperti pemegang rantai kunci yang boleh diperolehi pada harga serendah RM1.
KANAN: Pelbagai cenderamata boleh dibeli pada harga berpatutan.

Soal penginapan, mungkin ada sedikit masalah jika anda berhajat berkunjung pada saat-saat akhir. Ini kerana berdasarkan sambutan semasa, kadar kemasukan bilik-bilik penginapan pada cuti hujung minggu dan cuti umum mencecah 98 peratus dan buatlah tempahan seawal mungkin.

Terdapat lebih 30 hotel dan puluhan lagi apartmen persendirian yang boleh anda pilih dengan harga serendah RM78 semalam. Sebahagian besar bilik penginapan pula tidak menyediakan pendingin hawa mahupun kipas dan percayalah, anda tidak perlukan itu semua.

Dalam perjalanan pulang, anda mungkin terserempak dengan kelibat Orang Asli sama ada di Tapah mahupun Pos Slim di Simpang Pulai yang menjual pelbagai barangan hutan seperti akar kayu, madu lebah asli dan rebung buluh segar.

 .
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0727&pub=kosmo&sec=Jom_Singgah&pg=jo_01.htm#ixzz2PfQlQ5lk
Hakcipta terpelihara

3 comments:

Anonymous said...

Salam sy nk tya..bln decmber 2014 ni msim strwberi x?

azura said...

Kok lim dkt area time tunnel sy pi...since 2013,2014 dan 2015...tidak mghmpakan..besar2 buahnya....

azura said...

Kok lim dkt area time tunnel sy pi...since 2013,2014 dan 2015...tidak mghmpakan..besar2 buahnya....

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock