Lubuk Tamang merupakan antara mercu tanda tahun 60 an yang menjadi kebanggaan penduduk di sini.
Malah tasik buatan yang terhasil dari pembinaan Empangan Sultan Abu Bakar di Habu ini menjadi tumpuan seawal tahun 1960an sehinggaha penghujung 1980 an dimana airnya yang jernih amat mengujakan pengunjung ke sini.
Tasik ini boleh dianggap sebagai tasik tertinggi yang terdapat di Malaysia jika dilihat dari ketinggian paras lautnya sekitar 2100 meter. Apapun keindahan tasik empangan ini hanya menjadi kisah silam yang dibanggakan dan boleh dilihat hanya di poskad sahaja kini.
Pastinya juga, Lake House Resort yang terletak di seberangnya hanya mampu menceritakan keindahan di waktu silam sahaja sebagai tarikan dan bukan di waktu ini.
Kesan dari kelodak pembukaan tanah untuk aktiviti tanaman sayuran di huluan sungai ini sukar dibendung dan menyebabkan tasik ini terus dipenuhi dengan kelodak tanah dan lumpur baik ketika hujan ataupun tidak.
Jika anda datang ke Cameron Highlands, anda akan dapat melihat kerja-kerja mengali dan mengalihkan pasir dan kelodak dari tasik ini setiap hari dan saya melihatnya sejak dari tahun 20010 lagi.
Saya percaya ianya tidak akan dapat dihentikan lagi kerana kerakusan petani membuka kawasan tanaman samada dibenarkan ataupun haram. Baik yang dibenarkan sekalipun, kaedah pembukaan ladang dan kebun khasnya Pelan kawalan Hakisan dan Kelodak tidak langsung dipatuhi sebagaimana syarat kelulusan.
Di sebalik penguatkuasaa. Saya kurang mahu menulis mengenainya kerana kecewa dan juga keselamatan diri. Anda fikirkan sendiri kenapa .....
CAMERON HIGHLANDS 16 Mac - Kerakusan manusia menarah bukit atas alasan pertanian menyebabkan berlaku mendapan sehingga memaksa pihak berkuasa menutup Empangan Sultan Abu Bakar dan mengeringkan Tasik Ringlet di sini.
Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengeluarkan notis mengenai penutupan empangan tersebut dan pengeringan tasik itu bagi membolehkan kerja-kerja membuang mendapan di tasik berkenaan dan membaiki kemudahan elektrik hidro di situ.
Seorang penduduk, Simon Shan, 46, yang sejak kecil menetap di kawasan itu berkata, sebahagian besar penghuni di kawasan berkenaan kecewa dengan kejadian itu kerana ia sebenarnya boleh dielakkan jika tindakan awal diambil bagi mengatasinya.
Katanya, masalah yang berlaku di tasik itu ialah mendapan yang dibawa oleh aliran sungai berkumpul di tasik berkenaan mengakibatkan air keruh serta mengurangkan kedalamannya.
``Keadaan itu berlaku berterusan selama bertahun-tahun tanpa sebarang tindakan sehingga mengakibatkan tasik berkenaan yang selama ini menjadi mercu tanda ke Cameron Highlands kini sudah tiada lagi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Peniaga di Dataran Tasik Ringlet di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Rocky, 52, berkata, tasik itu mempunyai air sejernih kristal ketika beliau datang ke kawasan itu kira-kira 30 tahun lalu.
Katanya, keadaan itu bagaimanapun berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila pelbagai timbunan sampah serta tanah yang terhasil daripada pembangunan di bahagian atas pusat peranginan tanah tinggi itu dilakukan secara tidak seimbang.
``Ini berikutan ada pihak tertentu yang sengaja membuang tanah serta sampah ke dalam aliran sungai yang seterusnya dibawa arus ke dalam tasik berkenaan,'' katanya.
Seorang pengunjung, Ishak Afan, 41, dari Kota Tinggi, Johor, berkata, beliau terkejut melihat keadaan tasik kering kontang ketika singgah di situ.
Katanya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana tasik terbabit adalah mercu tanda Cameron Highlands sejak berpuluh tahun lalu dan tidak seharusnya terbiar begitu sahaja.
``Ini kerana selain menikmati keindahan persekitaran di situ kami juga mahu melihat tasik berkenaan yang kecantikannya diabadikan di poskad serta buku sekolah,'' katanya.
Lagi petikan berita mengenai kerakusan dan sikap tidak bertanggungjawab baik pengusaha kebun sayur dan pihak berkuasa di SINI.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm#ixzz2Pf5bueXs
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment