TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, April 12, 2013

Petikan Berita: Hanya pekerja Bangladesh yang sesuai ..... benarkah?

Benarkah dakwaan ini?
 
Ini sekadar pendapat saya. Saya mempunyai sedikit pengalaman dengan beberapa warganegara asing yang bekerja di kebun saya.
 
Pertama : Bangladeshi..
mereka memang rajin dan boleh bekerja sendiri. Senang diajar dan dilatih untuk bekerja di ladang dan kebun sayur.
 
 
 
Cuma mereka tidak boleh bekerja dalam jumlah yang ramai. Akan berlaku pergaduhan kerana rata-ratanya ada hubungan persaudaraan dan kekampungan yang tebal.
 
Biasanya, bila kita terlalu bergantung harap dengan mereka, mereka akan mula menguasai kita dan ingin menjadi bos dan membuat kerja mengikut arah kerja mereka.
 
Selang setahun, mulalah ingin naik gaji kononnya mereka sudah mahir.
 
Hari cuti mereka, gemar untuk mengambil kerja di luar seperti di kedai makan dan sebagainya. 
 
Mereka boleh bekerja sehingga 10 tahun tanpa pulang ke Bangladesh. 
Kedua ; Nepal.
Pengalaman saya sekadar beberapa orang Napalese. Mereka sukar berkomunikasi kerana tidak boleh berbahasa Enggeris. Sukar juga untuk belajar bahasa Melayu berbanding Bangladesh yang mudah paham.
 
Boleh Bekerja kuat dan memerlukan banyak tunjuk ajar dari masa ke semasa.
 
Sukarnya, jika hari gaji kerana mereka mengambil minuman arak dan sukar dikawal. Juga agak bermusuhan dengan pekerja Bangladeshi.
 
 
Ketiga : Indonesia
Pekerja Indonesia rajin dan mudah diajar tetapi perlu bekerja dalam kumpulan mereka untuk melihat produktiviti yang tinggi. Jika dicampur dengan bangsa lain, biasanya akan wujud konflik kerana ingin mengetuai antara satu sama lain.
 
 
Mudah dibentuk dan dikawal kerana beragama Islam dan budaya mereka dekat dengan kita.
 
Cuma mereka ini agak mudah untuk berdampingan dengan rakan-rakan diluar kerana ramai sebangsa mereka. Hari rehat dan cuti biasanya ingin ke Kuala Lumpur dan Ipoh untuk melawat saudara dan rakan.
 
Tempoh kerja sekitar 2 tahun hingga tiga tahun kerana ingin pulang.
 
Keempat: Pakistan
Pengalaman saya dengan mereka sekadar 7 bulan sebelum saya meminta agen mereka membawa pulang.
 
Tidak mudah paham kerja yang diarahkan dan agak ingin memberontak. Perlahan gerak kerja mereka dan kadangkalanya suka menyendiri.
 
Kalau di bulan puasa, mereka perlu diawasi kerana akan mudah berehat dan kadangkalanya tidur di celahan pokok tomato.
 
Apabila waktu pulang, mereka akan terus meningggalkan kerja tanpa menghabiskannya dahulu.
 
Kelima; Orang Asli.
Pernah dalam satu masa saya mempunyai 93 orang Asli dalam satu masa dan saya boleh mengelarkan diri sebagai majikan orang Asli terbesar di Cameron Highlands.
 
Kini ,hanya 4 orang sahaja yang masih bekerja dengan saya. kenapa? biarlah rahsia...
 
Rabu Mac 21, 2012
Hanya Warga Bangladesh Sesuai Kerja Di Cameron Highlands

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri diminta membenarkan warga Bangladesh untuk bekerja di Cameron Highlands terutama dalam sektor perladangan dan pertanian.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany berkata ini kerana hanya warga Bangladesh yang sesuai bekerja di ladang dan kebun di kawasan itu jika dibandingkan dengan pekerja asing dari negara lain.

"Kita dah cuba warga Indonesia, India, Orang Asli semua tak boleh bekerja di kebun di Cameron Highlands, tak tahu kenapa...hanya pekerja Bangladesh sahaja yang sesuai," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Devamany, yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands, berkata permintaan itu perlu diberi pertimbangan sewajarnya kerana sektor pertanian dan perladangan di kawasan tanah tinggi itu menjana sehingga RM1 bilion setahun kepada ekonomi negara.

Daripada jumlah itu penanaman bunga-bungaan menyumbang RM300 juta setahun, manakala pengeluaran sayuran pula menyumbang sehingga RM600 juta setiap tahun.

Dalam perkembangan lain Devamany menafikan dakwaan pembangkang kononnya pembinaan insinerator untuk melupuskan sisa pepejal di Cameron Highlands akan menyebabkan pencemaran alam.

"Kalau pembangkang kata tak selamat mereka kena tunjuk bukti, jangan hentam sahaja," katanya.

Devamany berkata pembinaan insinerator itu amat diperlukan di Cameron Highlands kerana Cameron Highlands bukan sahaja terletak di kawasan yang jauh, malah menghasilkan sisa pepejal yang banyak setiap hari.

"Dalam setahun hampir 800,000 pelancong datang ke Cameron Highlands, jadi bayangkanlah jumlah sampah yang dibuang," katanya. - BERNAMA

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock