TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, April 17, 2013

Peristiwa : Tragedi Tanah Runtuh di Ringlet 1961...

Antara sejarah yang melingkari Cameron Highlands tetapi dilupai malah tidak diketahui golongan muda dan tua yang mengunjungi daerah ini adalah peristiwa ataupun tragedi tanah runtuh di Ringlet.
 
Peristiwa ini mengemparkan negara ketika itu kerana seramai 16 orang tertimbus hidup-hidup dalam kejadian tersebut.
 
Jika anda mengunjungi Galeri Perpustakaan Daerah, kisahnya dipamerkan dengan koleksi gambar yang lebih menceritakan kejadian tersebut.
 
Manakala jika anda ke Time Tunnel Museum pula, terdapat kisah yang sama diceritakan dari pengalaman salah seorang anak kepada kakitangan British yang menetap di Cameron Highlands.
 
Beliau menceritakan bagaimana ayahnya yang bergegas turun ke tempat kejadian dan beliau sendiri menyaksikan targedi ini.
 
Malah turut dikongsikan bagaimana peristiwa ini memberi kesan kepada ayahnya yang sugul dan dukacita dengan kematian yang ramai.
 
Tahun lepas, Berita Harian berkongsikan cerita ini di dalam salah satu sisipan mereka malangnya saya kehilangan keratan akhbar tersebut.
 
Di Ringlet, kini berubah wajah. Namun kebimbangan berulangnya perisitiwa sebegini masih boleh berlaku kerana kini kawasan perumahan semakin padat yang memaksa kawasan baharu dibuka dan jika dilihat dengan kedudukan geografinya amat menakutkan dan berisiko tinggi..
 
Malah aktiviti penerokoan kawasan hutan dan tanah terlalu bebas untuk tujuan ladang dan kebun sayuran dilakukan tanpa mematuhi panduan yang betul menambahkan risiko kejadian tanah runtuh.
 
Kita mendoakan peristiwa ini tidak berlaku

Pekan Ringlet tahun 2012
Tragedi Ringlet dicatat sebagai sejarah hitam negara kerana kali pertama berlaku tanah runtuh hingga ragut ramai nyawa.

DALAM ruang kedai kopi itu, penduduk sekitar Ringlet, sebuah pekankecil di Cameron Highland Pahang masih leka dengan aktiviti rutinmereka saban hari – bermain mahjong, daun terup dan mencicip secangkir kopi dengan gembira dan tenang bersama rakan.

Sehinggalah sekitar jam 4 petang, deretan buah mahjong di atas mejamula bergerak bertaburan. Tenang air kopi di dalam cawan mula berkocakdan permukaan tapak kedai yang mereka diami mula bergegar. Bunyidengung menusuk corong telinga semakin kuat!

Pengunjung mula panik dan tertanya-tanya tetapi belumpun jawapandiperoleh, sesuatu yang menggemparkan berlaku. Mereka tidak sempatberfikir panjang, sejurus selepas gegaran itu, tanpa sempat berbuatapa-apa termasuk berlari meninggalkan kawasan itu, kedai berkenaanruntuh.

Jeritan mungkin kedengaran seketika sebelum tiang dan bahan binaankedai menghempap mereka. Kemudian, buat seketika, segala-galanya sunyi.

Kelam. Seorang daripada pengunjung di dalam kedai kopi itu tidak dapatmelihat apa-apa, keadaan sekeliling menjadi gelita. Dia cubamenggerakkan tangan dan kakinya tetapi gagal berbuat demikian. Posisikedudukannya terhad.

Apa yang sudah berlaku? Dia tertanya-tanya sendirian dalam keadaan yangtidak dapat dipastikan itu. Sekelilingnya gelap, ruang pergerakannyaterhad, pendengarannya tuli dan nafasnya semakin sesak.
Tiba-tiba fikirannya terbayang sesuatu yang ngeri.

Dia kembali cemas.Lelaki itu menelan liur yang perit tatkala mengenangkan yang keadaannyabagaikan di dalam kubur! Dia tertanam hidup-hidup!

Di luar, keadaan mula riuh rendah. Raungan dan tangisan terutama dikalangan penduduk wanita berterusan di mana-mana. Suasana cemas dankelam kabut.

Hari itu – 11 Mei 1961, beribu tan tanah runtuh di atas sederet kedaiyang berada di kaki bukit tanpa disangka. Enam daripada lapan kedaitertimbus sepenuhnya bersama pelanggan yang masih tidak dikenal pastijumlahnya. Pastinya, semua pelanggan terbabit tertimbus hidup-hidup!

Bagi mereka yang terselamat iaitu tidak berada di dalam enam premisitu, raungan dan jeritan bak histeria kedengaran berterusan sebaikmelihat kejadian itu. Lebih-lebih lagi tatkala mengenangkan ada antarasaudara, suami, isteri, anak atau ahli keluarga yang sudah tertimbusdalam timbunan tanah itu.

Dan raungan dan jeritan kuat itu bertebaran luas sekeliling bandarberkenaan. Ia menarik perhatian beberapa pihak berdekatan sehinggasekelip mata saja kawasan bandar kecil Ringlet dipenuhi ramai orang.

Lebih 700 orang datang daripada segala pelusuk alam dan mulamengerumuni timbusan tanah itu. Antara mereka adalah sekumpulan tenteraBritish yang sedang beristirahat berhampiran selain jurutera Jermanyang mengendalikan projek berhampiran.

Mereka mula mengorek dengan harapan masih ada mangsa yang dapatdiselamatkan. Selain penduduk setempat, ratusan pekerja projek empanganhidroelektrik berhampiran bergegas menghulurkan bantuan.

Kerja pengorekan dimulai dengan kudrat manusia sehingga peluhberjuraian daripada dahi hingga ke kaki. Pasukan penyelamat daripadapihak berkuasa tiba dengan pantas dan menyertai usaha sukarela pendudukitu.

Seterusnya dua jentera bulldozer dikejarkan untuk mengorek tanah bagimencari mangsa yang masih tertimbus. Kerja itu bukan mudah lantarantimbunan tanah ribuan tan itu meliputi kawasan luas.

Dianggarkan masih ada kira-kira lebih 20 pelanggan di dalam tiga kedaikopi, dua kedai runcit dan satu kedai daun teh berkenaan ketika tragediberlaku. Sebuah teksi yang membawa penumpang juga dilaporkan tertimbus.Kini semuanya masih ditelan tanah.

Dua jam kemudian, seorang daripada penyelamat sukarela itu melihatsesusuk tubuh di sebalik timbunan tanah itu. Dia terus menggali lebihbersemangat. Beberapa rakan turut menggali di tempat sama.

Selepas dua jam, kerja menggali mereka mengeluarkan enam kanak-kanakCina dan empat India yang sudah tidak lagi bernyawa. Seorang wanitaCina yang juga seorang daripada pemilik kedai berkenaan berjaya dibawakeluar hidup-hidup tetapi dua anaknya maut dalam tragedi itu.

Kira-kira 30 pengunjung lain berjaya diselamatkan walaupun mengalamikecederaan. Sebahagian mangsa yang kritikal terus dikejarkan keHospital Ipoh dan Hospital Tapah yang berdekatan.

Masa melewati kira-kira empat jam daripada permulaan tragedi apabilasatu keajaiban berlaku – seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dijumpai selamat walaupun sudah lebih tiga jam tertimbus hidup-hidup.

Kanak-kanak itu terselamat kerana ketika runtuhan, dia sempat berbaringdan berlindung berhampiran tembok yang menghalang tanah berat itudaripada menimbusinya.

Jam berganti dan hari bersilih, tanah terus diangkut dan kerjapengorekan diteruskan tanpa henti. Menjelang petang hari kedua,sebanyak 13 mayat tercatat dalam senarai mangsa maut tragedi Ringlet.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak dan Menteri Kabinet turut melawat dan memantau operasi gerakan mencari berikutan tragedi Ringletadalah tragedi yang dicatat sebagai sejarah hitam negara. Tidak pernahtanah runtuh berlaku dengan sebegitu teruk dan mengorbankan mangsa yangramai sebelum ini.
Nothing left: State land being illegally cleared at Mensun Valley near Brinchang, Cameron Highlands, in this photo taken by Regional Environmental Association Cameron Highlands.
kini, risiko tanah runtuh semakin meningkat dengan
aktiviti pembukaan ladang secara besar-besaran.- THE STAR
Menjelang petang, tanah yang menutupi enam premis di pekan kecil ituberjaya dibersihkan. Enam premis itu kini tiada lagi, tiada dinding,tiada atap; yang tinggal hanyalah tapak simennya saja.

Ketika semua premis itu runtuh, serpihannya turut menghempap beberapa rumah berhampiran dan menyebabkan kerosakan.

Seterusnya pada hari ketiga, dua lagi mayat ditulis dalam senaraimangsa maut selepas dijumpai dalam timbunan tanah itu menjadikan jumlahmangsa seramai 15 orang.

Hari itu juga, akhbar melaporkan penafian Lembaga Letrik Pusat yangkejadian tanah runtuh itu berpunca daripada projek empanganhidroelektrik bernilai jutaan ringgit yang dijalankan berhampiran pekanitu .

Hari keempat, satu lagi berita sedih disebarkan apabila seorangkanak-kanak perempuan yang pada mulanya ditemui selamat, meninggal dunia di hospital pada pagi 14 Mei. Itulah mangsa terakhir yang menjadi korban tragedi Ringlet 1961, 35 orang cedera dan 16 mangsa menemui maut ditanam hidup-hidup!

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock