Kemaskini Catatan Kedai Kek Kak Normah ini telah telah saya buat bagi edisi 2018, Klik https://mrkumai.blogspot.my/2018/01/kedai-kek-norsham-di-cameron-highlands.html
*************************************
Saya pernah berkongsikan sebuah kedai Bumiputera yang boleh anda kunjungi atau hubungi untuk tempahan dalam catatan INI dan rupanya kisahnya terlebih dahulu disiarkan dalam Harian Metro pada tahun 2011.
Malah saya baharu sahaja menempah dan membeli kek dari kedai beliau minggu lepas untuk sambutan hari jadi anak bongsu saya. Memilih kek baharu mereka bercitarasakan Red Velvet memang sedap kerana bersalutkan dengan lapisan keju di permukaannya.
Malah kek kedua untuk anak saya pula black forest dengan topping blueberry juga sedap untuk dimakan.
Jika anda mencari kek di Cameron Highlands, hubungi mereka untuk tempahan kerana mereka tidak membuat kek yang banyak untuk dipilih sebaliknya hanyalah tempahan sahaja...
Jika anda ke Pasar Tani di Brinchang pada hari Ahad, mereka juga turut membuka gerai di sana...
Teks Kusyi Hirdan
MAJLIS keraian dan ulang tahun hari lahir di Cameron Highlands? Ramai yang beritahu susah hendak mendapat kek halal kerana tiada kedai kek halal di sana. Mungkin ada yang berniaga kek halal kecil-kecilan tetapi tidak ramai yang tahu.
Rupa-rupanya, sejak lima tahun lalu, perkara itu bukanlah masalah lagi bagi warga Cameron Highlands dan mereka yang bercuti di sana.
Kita sebenarnya tidak perlu bersusah payah membawa kek dari tempat masing-masing dan kena melalui jalan berliku-liku. Selalu pula terjadi kek menjadi tidak cantik lagi kerana perjalanan jauh.
Kini, tempahan boleh terus dibuat daripada Normah Ketot yang mengusahakan bakeri halal di Cameron Highlands. Telefon saja supaya sebaik tiba, kek sudah sedia diambil di kedainya.
“Cakap saja jenis, saiz dan tulisan pada kek melalui telefon. Kami akan menyediakannya. Bagi yang mahu menempah gaya mengikut kesukaan sendiri, kena datang ke sini bagi memilih daripada senarai kek yang sedia ada,” kata Normah, 45, ibu seorang anak yang berasal dari Melaka.

Tiada kek yang sedia dibeli di kedai Normah. Kenapa?
“Kami buat kek apabila ditempah. Kek kami dibuat segar sebab itu boleh tempah pagi dan siap pada tengah hari atau petang. Ia langsung tidak menggunakan bahan pengawet jadi kesedapan asli kek dapat dinikmati,” katanya.
Perumpamaan Barat bermaksud, hidup bermula pada usia 40 tahun juga boleh dikaitkan dengan Normah kerana dia mengusahakan Hatter’s CafĂ© & Bakerie lima tahun lalu bersama suaminya Badrul Sham Othman.
“Sebenarnya selepas syarikat tempat saya bekerja memberi pilihan persaraan, kami berhasrat mahu membuka bakeri di London dengan pertolongan sahabat di sana.
“Entah bagaimana keadaan tidak kesampaian kerana masalah modal kami terfikir mahu membuka perniagaan sama di Malaysia tetapi di tanah tinggi yang sejuk. Setelah membuat penyelidikan, Cameron Highlands paling sesuai setelah lima kali kami berulang dan menyelidik prospek masa depannya,” katanya.
Berhijrahlah Normah sekeluarga ke Cameron Highlands dan menempatkan kedainya di Taman Royal Lily, Tanah Rata serta menjadi satu-satunya bakeri halal yang beroperasi lengkap.

Ia bukan hanya menghasilkan kek tetapi juga pastri, roti dan coklat. Semuanya menjadi popular di kalangan masyarakat tempatan tanpa mengira bangsa kerana rasa dan kualitinya yang sedap.
“Sebenarnya sebelum mahu terjun ke bidang ini saya tiada pengetahuan bidang bakeri.
“Tiga bulan sebelum kedai beroperasi, saya belajar sehingga pandai dengan beberapa chef yang berbeza bagi mendapat sebanyak mungkin ilmu, maklumlah saya langsung tiada pengetahuan waktu itu,” katanya.
Semuanya dilakukan Normah dan suaminya demi memenuhi kehendak pasaran. Mereka sendiri belajar dan menghasilkan produk bukan bergantung kepada tenaga orang semata-mata. Apabila diri sendiri berpengetahuan mengenai produk yang dijual, segalanya mudah berjalan lancar.
Pastri dan roti Normah kini dihantar ke seluruh kedai di Cameron Highlands yang berkepadatan penduduk lebih 35,000 orang.
“Bukan hanya orang tempatan, orang luar pun sangat menyukai roti benggali kami terutama yang datang dari Jepun dan masyarakat Cina,” katanya.
Normah memaklumkan, ramai orang Jepun tinggal lama di Cameron Highlands kerana sukakan cuacanya, sukan golf yang jauh lebih murah ataupun mendapat rawatan kesihatan. Sepanjang tinggal di sana mereka menjadi pelanggan tetap roti keluaran Normah.
Perjalanan Normah memperkenalkan produknya mungkin ringan kerana pengalaman suaminya dalam bidang pemasaran dan penghasilan mi kuning sebelum ini.
“Amat penting untuk kekal di bidang ini dengan mempunyai pelanggan setia. Untuk mendapatkan pelanggan setia, kualiti sangat penting. Kita harus mendapatkan pelanggan yang besar dan bukan sasarkan satu bangsa saja. C

uma dengan kami, pelanggan Islam tidak perlu risau kehalalan produk. Untuk marshmallow bersalut coklat yang kami jual pun, kami pastikan mendapat marshmallow yang halal saja,” katanya.
Turut membanggakan, Normah dan suaminya menghasilkan coklat jenama mereka sendiri yang sudah terkenal.
“Coklat Hatter’s kami sudah pun dipasarkan di Mardi, pasar raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta di Proton.
“Kami menggunakan coklat asli dan lemak koko, bukan coklat masakan yang mengandungi banyak lemak kelapa sawit. Rasanya yang sedap membuatkan ia disukai di kalangan dewasa dan kanak-kanak,” katanya.
Normah dan suaminya bersyukur kerana percaturan mereka, berpindah dan memulakan perniagaan di tempat yang asing membuahkan hasil yang membanggakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/09/29
Dengar-dengar ada lagi pengusaha bumiputera yang hendak membuka bakeri sendiri.. tunggguuu..
3 comments:
kedai kek ini telah berpindah ke Gerai KPW Taman Sedia bulan lepas...
Ada no contact x?
KEMASKINI CATATAN TERKINI 2018, Kedai Kek Norsham ini telah berpindah ke lokasi baru di Sungai Bisek.
https://mrkumai.blogspot.my/2018/01/kedai-kek-norsham-di-cameron-highlands.html
Nombor telepon Kak Normah, 018 2944059 atau terus ke kedainya di No 2 Kompleks Sungei Bisek. Juga melalui Laman Facebooknya iaitu Norsham Cameron Confectionery Hatter's Cafe Bakeries, atau di laman web mereka https://norshamcakecameron.wordpress.com/ .
Post a Comment