TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, April 12, 2013

Petikan Berita: Lojing yang menderita...

Dah bercerita mengenai kemusnahan dek pembukaan ladang sayur di Cameron Highlands, rasanya tidak lengkap pula kalau tidak dikongsikan pula kisah kembar mereka yang terletak di Lojing, Kelantan.
 
Saya sendiri pernah berkongsikan isu ini dan banyak gambar-gambar kemusnahan yang telah saya kongsikan dalam catatan terdahulu saya. Cuba anda buat carian di ruang carian untuk ke catatan lama tersebut.
 
Kisah pembukaan ladang dan kebun sayur di Lojing masih lagi berlagukan irama yang sama kerana dikarang oleh "komposer' yang sama dari Cameron Highlands juga.
 
Jadi jika melihat kepada genre kemusnahan alam sekitar di sana, ianya adalah seperti kemusnahan yang sama dilakukan di Cameron Highlands.  


Sabtu Februari 2, 2013
Ladang Sayur Penuhi Tanah Lojing Kelantan

Hutan di tanah tinggi Lojing kini berubah wajah dengan dipenuhi kawasan ladang sayur.

GUA MUSANG: Jika sebelum ini kawasan tanah tinggi Lojing di Kelantan ditutupi dengan hutan yang menghijau, namun ia kini bertukar menjadi kawasan kebun sayar dengan keluasan beribu-ribu hektar.

Malah pembukaan tanah baru bagi tujuan berkenaan dilihat makin berterusan di kawasan tanah tinggi berkenaan yang terletak di sebelah sempadan Cameron Highlands, Pahang.

Secara semula jadi kawasan berkenaan merupakan hutan berbukit dengan ketinggian antara 1,000 dan 2.300 meter.

Berdasarkan papan tanda lokasi, beberapa ladang-ladang dan kawasan yang dibersihkan kelihatan berada dalam sempadan hutan simpan kekal, seperti Hutan Simpan Kekal (HSK) Lojing dan HSK Sg Berok.

Tinjauan The Star menunjukkan kawasan berkenaan dilitupi bumbung plastik berwarna putih sejauh pandangan mata di beberapa bahagian.

Juga terdapat kawasan kebun sayur dibuka di bahagian cerun curam dan boleh mengakibatkan tanah runtuh jika hujan lebat.

Di beberapa lokasi, pembersihan tanah menggunakan jentera berat sedang dilakukan namun tiada sebarang bukti yang menunjukkan langkah pembersihan hutan mapan dilakukan seperti pemasangan perangkap keladak.

Menurut pakar pemuliharaan, Balu Perumal, terdapat sedikit kawalan ke atas ladang sayur-sayuran itu yang ditubuhkan oleh petani dari Cameron Highlands.

Ketua Persatuan Pemuliharaan Pencinta Alam Malaysia itu berkata, Lojing adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah Gua Musang, yang terletak lebih 80 kilometer jauhnya.

Bagaimanapun faktor jarak yang jauh menyebabkan "kekurangan pemantauan" dari pihak berkuasa.
"Ini bermakna banyak aktiviti pembersihan tanah di Lojing dilakukan tanpa permit dan aplikasi yang betul.

"Kebanyakan ladang-ladang di Lojing juga dianggap menyalahi undang-undang kerana mereka tidak mempunyai permit pembangunan yang betul," katanya kepada The Star.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock