TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, April 8, 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Hotel Muslim di Sinar Harian...

Kisah mengenai pembukaan Muslim Hotel dan Cafe telah saya kongsikan pada awal tahun ini dan untuk catatan kedua mengenainya saya sekadar memanjangkan ulasan yang diberikan oleh Sinar Harian yang bersiaran 18 November 2012.
 
Lokasinya mudah dihubungi kerana terletak di jalan utama selepas pekan Tanah Rata menghala ke Brinchang. Kawasan meletak kenderaan yang luas dan percuma.

                  
Fajar Objektif sedia penginapan terbaik.

Hotel yang disediakan Fajar Objektif. Lokasi Muslim Hotel amat strategik kerana berdekatan dengan kemudahan awam.

Tanah Rata antara tempat yang menarik Di Cameron Highlands.
 
Kepada yang gemar bercuti atau melancong, usaha mencari lokasi terbaik bukanlah perkara sukar berbanding memilih tempat menginap. Namun dengan kemudahan capaian internet, sudah tentu pencarian berkaitan rumah penginapan, hotel atau apa saja menjadi mudah.

Penginapan yang selesa dan terbaik pasti menyemarakkan lagi suasana percutian tersebut. Malah, sekembali dari bercuti, cerita mahupun pengalaman indah semasa menginap di situ dapat dikongsi bersama saudara dan sahabat handai.

Salah satu penginapan yang anda boleh pilih ialah Muslim Hotel Cameron Highlands yang diuruskan oleh Fajar Objektif Sdn Bhd, syarikat milik 100 peratus Bumiputera.

Terletak di Tanah Rata, hotel ini menjadi lokasi penginapan rata-rata pengunjung Cameron Highlands. Dilengkapi dengan kemudahan moden, ia sesuai untuk penginapan perseorangan dan berkumpulan yang pasti menjanjikan keseronokan.


Lokasi strategik

Muslim Hotel Cameron Highlands terletak di kawasan yang begitu strategik kerana berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti bank, restoran, kedai dobi, stesen bas, pasar mini dan lain-lain lagi.

Muslim Hotel Cameron Highlands, merupakan satu-satunya hotel yang bercirikan Islamik sepenuhnya di Cameron Highlands.

Pengarah Urusannya, Bahazain Yeop Isa berkata, hotel ini dibangunkan hasil kesedaran untuk memberi keperluan terhadap pengunjung Muslim.

“Segala aspek amat dititikberatkan terutamanya pemakanan,” katanya.

Menurutnya, kesemua bahan mentah yang digunakan dalam penyediaan makanan diperoleh daripada sumber halal.

“Kebersihan, peralatan memasak dan cara penyediaan juga sentiasa dipantau.

“Jadi pengunjung tidak perlu risau dan ragu-ragu dengan makanan yang disediakan di hotel ini yang sudah tentunya halal,” katanya.

Menawarkan bilik yang selesa dengan harga berpatutan bermula RM60 hingga RM240 satu malam termasuk sarapan pagi. Restoran ini turut menyediakan kemudahan lain seperti dewan seminar yang boleh memuatkan 30 hingga 50 orang dengan dilengkapi skrin LCD; surau di setiap aras; siaran televisyen satelit di setiap bilik dan juga talian internet.

Kepada yang datang berkeluarga dan ingin memasak makanan sendiri, Fajar Objektif Sdn Bhd turut menyediakan beberapa buah pangsapuri untuk disewa.

“Apa yang menariknya, pangsapuri ini hanya disewakan kepada pengunjung Muslim sahaja,” katanya.

Dilengkapi dengan dapur, kelengkapan memasak, ruang tamu yang selesa, televisyen dan siaran televisyen satelit, anda pastinya berpuas hati menginap di pangsapuri berkenaan.

Harga yang ditawarkan juga cukup menarik bermula RM180 hingga RM280 untuk satu malam mengikut jenis.

Bagi mereka yang datang berkumpulan atau rombongan pula, harga yang dikenakan berdasarkan pakej yang telah ditetapkan.


Cameron Highlands lokasi percutian terbaik

 
Fajar Objektif sedia penginapan terbaik.


Tidak lengkap rasanya jika anda menginap di sini tanpa meluangkan masa mengunjungi lokasi-lokasi menarik di Cameron Highlands.

Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi paling menarik di Malaysia. Keindahan Blue Valley Tea Estate, Gunung Brinchang, Tringkap dan penempatan Orang Asli di Sungai Ruil pasti memukau setiap pengunjung yang datang ke sini.

Selain melihat ladang teh, pengunjung juga boleh melawat tempat-tempat menarik seperti Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Kea Farm, Pasar Sayur, Cactus Valley, Ladang Strawberi dan macam-macam lagi.

Di puncaknya pula terletak balai polis dan balai bomba. Di sini juga ada Gunung Beremban, Gunung Jasar, Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.

Lokasi lain seperti Ringlet dan Kampung Lembah Bertam yang merupakan letaknya stesen jana kuasa elektrik yang berfungsi sebagai pembekal elektrik di Cameron Highlands.

Selain menjadi pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan bermutu tinggi dan jarang didapati di tempat lain.
Di sini juga terdapat penempatan orang Melayu pertama iaitu Kampung Taman Sedia terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menikmati strawberi segar yang ditanam di sini. Selain buahnya, aiskrim, jem dan pelbagai lagi produk berasaskan strawberi boleh didapati.

Jangan ada yang tidak tahu, jalan Gunung Brinchang merupakan antara jalan raya yang tertinggi di Malaysia. Pemanduan yang cekap diperlukan kerana jalannya agak sempit dan berliku.

Selain itu, pasar malam di Brinchang yang diadakan pada setiap Jumaat dan Sabtu wajib disinggahi. Pelbagai barangan dan cenderamata dijual di sini. Ia diadakan lebih kerap pada musim cuti persekolahan.

Jadi kunjungilah Cameron Highlands bila-bila masa sahaja dan menginaplah di Muslim Hotel Cameron Highlands dan pangsapuri kelolaan Fajar Objektif Sdn Bhd.

Pasti anda akan tersenyum girang dan berpuas hati bila berkunjung ke sini.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan atau mengetahui maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 03-55494801, 012-9850975, 012-9690975, 012-3680975 dan 012-2160975.

Boleh juga melayari laman sesawang, www.muslimhotel.com.my atau melalui laman sosial Facebook:www.facebook.com.my/muslimhotel.my.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock