TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, February 18, 2020

Steamboat @ Zahra Homestay

Jika ditanya apakah aktiviti malam hari yang paling popular dikalangan pelancong selain dari mengunjungi Pasar Malam Cameron Highlands, jawapan yang pasti diberikan adalah melakukan BBQ ataupun menikmati steamboat


Untuk berBBQ bukan semua apartment percutian atu homestay membenarkan aktiviti tersebut terutama melibatkan apartment. Jadi pilihan untuk berBBQ di malam hari adalah terhad. 

Namun untuk melakukan aktiviti steamboat adakalanya agak membebankan terutamanya rata-ratanya berkadarkan sekitar RM 30 hingga RM 39 seorang. Bagi mereka yang bekeluarga besar, kos keseluruhan  dengan saiz keluarga yang mempunyai empat orang dewasa dan 2 kanak-kanak sahaja sudah sekitar RM 150-180 ke atas.

Itu bagi keluarga kecil tetapi jika ramai, maka bertambah besarlah kosnya untuk bersteamboat. 

Apa penyelesaian mudah? 

Anda boleh melakukan aktivti bersteamboat di apartment masing-masing dengan hanya menggunakan rice cooker yang rata-rata disediakan di mana-mana homestay. 

Namun di Zahra Homestay, kami menyediakan peralatan lengkap dapur steamboat dan juga pinggan mangkuk yang bersesuaian untuk aktivti steamboat. 


Ianya adalah PERCUMA  tanpa perlu menempah peralatan tersebut lebih awal sebelum check in. Masuk sahaja di apartment kami, ianya sudah tersedia untuk digunakan oleh anda. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah membeli bahan mentah dari kedai-kedai runcit sekitar dan di Zahra Homestay tidak perlu gusar kerana kedai runcit terdekat adalah dibahagian bawah sebelah sahaja laluan ke lift. 

Tips mendapatkan sayur-sayurannya adalah anda boleh beli di mana-mana sahaja gerai sayur-sayuran yang anda lalui untuk ke mari terutamanya di Kea Farm atau Pasar Malam Cameron Highlands. 

Anda boleh pilih pelbagai sayur-sayuran tempatan yang segar bugar untuk dijadikan antara resipi istimewa steamboat anda kelak. 

Mudahkan .. Lebih menjimatkan... lebih selesa dan santai mengisi waktu malam anda di apartment percutian. 

Namun jika anda mahukan menikmatinya di luar, kami tetap kongsikan juga pilihan restoran dan cafe muslim... Klik Catatan Pilihan Steamboat. 

Pendek kata, tepuk dada tanya selera... dan tambahannya .. tanya selera .. tepuklah poket dahulu ya...

    

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock