TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, November 11, 2017

Musim Anggur di Ladang Anggur K.C Kwang & Son Blue Valley bermula

Catatan ini bertarikh 11 November 2017. Dan sejak dua minggu sudah ladang anggur di KC Kwang & Son di Blue Valley telah mula dibuka setelah musim buah anggur bermula.

sumber gambar facebook KC Kwang.. pinjam ya tuan gambar
Saya kena akui. Saya tidak pernah ke sana. Dan belum sempat juga untuk ke sana dalam masa terdekat. 

Namun sebab dah ramai yang pm dan bertanya, saya hanya sempat bertanya kepada kawan-kawan saya yang bekerja  sekitar kawasan sana. Malangnya mereka sendiri menjawab tak lagi berniat nak singgah ke sana setakat ini sebab tak ada masa terluang biarpun jaraknya sepelaung aje.

Jadi saya kena gunakan facebook KC. Kwang and Son untuk mengetahui kisahnya. 


Benar. Ramai yang telah kemaskini dan berkongsikan pengalaman mereka ke sana baru-baru ini. Buahnya masih belum masak sepenuhnya namun ada yang sudah mula dipetik oleh pekerja untuk dijual pada harga RM 30 sekilogram.

sumber gaambar Facebook ...
Jadi dari facebook tersebut saya boleh katakan anda boleh ke sana dalam masa terdekat. Kalau nak tahu berapa lama musim anggur dan pertanyaan yang lain, anda hubungi mereka sendiri la ya.

Saya boleh membantu sampai tahap ini sahaja. Cerita itu ini lebih-lebih pulak ibarat terlebih sudu dari kuah dan syoook sendiri aje.

Anda nak ke sana ? Macamana dan ke mana arahnya ? 

Ikuti catatan saya PANDUAN PERJALANAN KE LADANG ANGGUR K.C KWANG & SON ini. Semoga  catatan ini dapat membantu.

Kemaskini Catatan 20 November 2017: 
Saya dah berkesempatan ke Kebun Anggur KC Kwang di Blue Valley ini bersama keluarga kecil saya. Ceritanya saya Kongsikan di Catatan ini, KLIK

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock